Cosmoderm

cosmoderm

Friday, December 30, 2011

Wang Polimer RM1 dan RM5

BNM menukar wang kertas RM1 kepada substrat polimer kerana polimer mempunyai daya tahan yang tinggi dan amat sesuai untuk denominasi wang yang lebih rendah yang paling kerap digunakan. Hanya RM1 dan RM5 yang dikeluarkan dalam bentuk polimer.
Bank Negara Malaysia juga mengeluarkan wang kertas peringatan bersempena dengan pengeluaran mata wang siri baharu ini.Set 2 dalam 1 (denominasi RM1 dan RM5) - 500,000 set yang berharga RM15.00 setiap satu.
Lima set untuk simpanan saya.

Wang kertas RM20 telah kembali

Wang kertas RM20 telah lama diperkenalkan sejak siri kedua pada tahun 1982. Namun dihentikan pengeluarannya pada .tahun 1995. Hampir 16 tahun berlalu kini wang kertas RM20 kembali
Wang kertas RM20 diperkenalkan semula sebagai memenuhi keperluan orang ramai kerana ia merupakan denominasi pengantara untuk mengisi jurang antara denominasi RM10 dengan RM50. Ini bagi memudahkan orang ramai dalam urusan pembayaran mereka.
Bank Negara Malaysia juga mengeluarkan wang kertas peringatan bersempena dengan pengeluaran mata wang siri baharu ini.
Set Individu (denominasi RM20) - 500,000 set yang berharga RM30.00 setiap satu.


dibawah ialah koleksi yang saya..
Lima set untuk simpanan.

Wang Kertas Malaysia Siri Baharu




PREFIX  AA00003153
 Bank Negara Malaysia ingin mengumumkan pelancaran mata wang siri baharu Malaysia. Mata wang siri baharu ini dilancarkan hari ini oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak. Mata wang siri baharu ini terdiri daripada wang kertas dan duit syiling baharu dengan reka bentukyang baharu. Wang kertas yang dikeluarkan adalah dalam denominasi RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100 dan akan berada dalam edaran pada separuh kedua 2012. Wang kertas denominasi RM50 dalam siri baharu ini telah pun berada dalam edaran. Bagi siri baharu ini, substrat polimer digunakan untuk wang kertas RM1 dan RM5.

Wang kertas siri baharu ini turut mengandungi ciri-ciri keselamatan yang dipertingkat sejajar dengan kemajuan terkini dalam teknologi wang kertas. Ciri-ciri keselamatan wang kertas siri baharu ini termasuklah imej tanda bayang, tingkap pandang telus, potret tera air dengan piksel dan angka, benang keselamatan dengan warna berubah-ubah, benang kanta mikro, tanda pandang telus dan petak kilat berwarna untuk memudahkan orang ramai mengenalinya. Ciri keselamatan lain ialah pengenalpastian secara sentuhan untuk memudahkan golongan kurang upaya penglihatan untuk mengenali dan membezakan denominasi yang berlainan.

Bank Negara Malaysia juga mengeluarkan wang kertas peringatan bersempena dengan pengeluaran mata wang siri baharu ini. Tiga jenis set wang kertas peringatan yang akan dijual adalah seperti yang berikut:
Set 2 dalam 1 (denominasi RM1 dan RM5) - 500,000 set yang berharga RM15.00 setiap satu.
Set Individu (denominasi RM20) - 500,000 set yang berharga RM30.00 setiap satu.
Set Premium (denominasi RM1, RM5, RM10, RM20, RM50 dan RM100) - 50,000 set yang berharga RM300.00 setiap satu. Bagi setiap set ini, semua denominasi wang kertas akan mempunyai nombor siri yang sama.
Wang polimer RM1
Sukan Tradisional
Permainan wau merupakan sukan tradisional yang popular di Malaysia terutamanya di Kelantan dan Terengganu. Permainan wau juga secara tradisinya merupakan suatu acara untuk meraikan hasil tuaian yang baik yang merapatkan masyarakat tempatan negeri-negeri tersebut.
Wau Bulan adalah antara wau Malaysia yang terkenal dan paling ikonik, dan dipaparkan pada wang polimer RM1 baharu.
Wau Bulan buatan tangan, yang diperbuat daripada buluh dan kertas, juga menjadi barang hiasan popular yang menghiasi rumah-rumah di Malaysia.
Wang polimer RM5
Hidupan Liar
Burung Enggang Badak (Buceros rhinoceros), iaitu salah satu spesies burung enggang terbesar dan paling mengagumkan di dunia, dipaparkan pada wang kertas polimer RM5 baharu.
Burung hutan yang menarik, bersayap lebar dan berekor panjang yang boleh ditemui dalam kelompok kecil di hutan hujan di seluruh negara ini memainkan peranan penting dalam budaya dan upacara tradisional negeri Sarawak yang turut dikenali sebagai 'Bumi Kenyalang'.
Burung enggang juga melambangkan simbol kekuatan dan keberanian bagi masyarakat asli Sarawak.

Wang kertas RM10
Flora
Hutan tropika Malaysia yang tumbuh subur, iaitu salah satu hutan hujan tertua di dunia, mempunyai berjenis-jenis pokok berbunga dan antara yang paling ikonik ialah bunga yang terbesar di dunia iaitu Rafflesia.
Spesies Rafflesia Azlanii yang dipaparkan pada wang kertas RM10 baharu ini merupakan spesies asli Semenanjung Malaysia dan mula-mula sekali ditemui di Hutan Simpan Royal Belum di negeri Perak pada tahun 2003.
Bagi memperingati penemuan ini, bunga yang mengagumkan ini dinamakan sempena nama Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah.
Wang kertas RM20
Hidupan Laut
Dua spesies penyu terkenal dan hanya dijumpai di perairan Malaysia iaitu Penyu Karah (Eretmochelys imbricata) dan Penyu Belimbing (Dermochelys coriacea), yang juga merupakan lambang hidupan laut yang pelbagai dan berwarna-warni di perairan tropika kita, dipaparkan pada wang kertas RM20 baharu.
Penyu Karah mudah dikenali melalui muncungnya yang melengkung dan kulitnya yang bersisik manakala Penyu Belimbing pula mempunyai kulit yang keras dan tujuh jaluran pada cangkerangnya.
Kewujudan penyu-penyu ini memberi peringatan bahawa kehidupan mereka bergantung pada imbangan aktiviti manusia dan pemuliharaan hidupan laut yang perlu dikendalikan dengan bijaksana.
Wang kertas RM50
Pertanian dan Teknologi
Kelapa sawit dan bioteknologi dipaparkan pada wang kertas RM50 sebagai ikon ekonomi Malaysia yang berkembang maju. Kelapa sawit telah menjadi tanaman pertanian negara yang paling utama dari segi ekonomi kerana Malaysia merupakan salah satu pengeluar dan pengeksport terbesar kelapa sawit di dunia.
Bioteknologi terus meningkatkan kedudukan komoditi ini dalam rantaian nilai, menyokong transformasi ekonomi negara ke arah aktiviti nilai tambah yang lebih tinggi dalam sektor pertanian, perkilangan dan perkhidmatan.
Minyak sawit mentah juga digunakan sebagai komoditi dasar bagi memudahkan pembiayaan secara Islam.
Wang kertas RM100
Keajaiban Alam Semula Jadi
Dua keajaiban alam semula jadi terkemuka negara yang diisytiharkan sebagai 'Tapak Warisan Dunia' oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dipaparkan pada wang kertas RM100.
Keajaiban alam semula jadi yang mengagumkan ini ialah Taman Kinabalu di Sabah, dengan Gunung Kinabalu yang hebat dan agung (iaitu gunung tertinggi di Asia Tenggara) dan pembentukan batu mercu batu kapur yang menakjubkan di lembah Gunung Api, yang ditemui di Taman Negara Mulu di Sarawak.
Kedua-duanya adalah antara keajaiban alam semula jadi di Malaysia yang memberi pengunjungnya satu pengalaman yang unik.

membeli belah di Bank Negara Malaysia...

Thursday, December 1, 2011

::C.A.T bukan kucing..

Dah sebulan lebih pindah ke rumah baru (ikut tarikh blog), masih banyak lagi belum selesai pengemasan, pemunggahan serta dekorasi rumah. penat yang amat-amat, belum lagi merasa rehat yang puas, lebih-lebih lagi hujung minggu. kenapa? sebab time tu lah nak pulun buat semua tu..

Drill dah beli, peralatan pertukangan dah beli (wajib ada). Contoh gergaji, tukul, pemutar skru, playar, pisau, pita ukur, timbang air dan lain-lain.

Ni nak citer pasal Cat umah sebanarnya...
Peralatan seperti berus cat, roller, bekas cat, selotape kertas, surat khabar. Pemilihan cat. Dulux ker, Nippon ker, Jotun, Colourland ker.. Setiap jenama-jenama ini ada keistimewaan masing-masing. namun kalau nak di compare compare memang takkan abis. kod setiap cat adalah berlainan dan warna takkan sama dengan jenama-jenama lain. pilihan saya Nippon dengan dulux. Di bawah ni

Nippon


Dulux


setakat ni perbezaan antara dua ni, nippon wangi skit, yang dulux ni busuk sikit..

Tips:
1. Baca arahan dulu pada setiap Tin..
2. sbb ada kena cat 2 layer. so bila cat pertama tak akan jadi. then tunggu kering, cat lagi semula utk layer kedua.
3. sebelum cat pastikan slotep bahagian yang tidak mahu terkena cat. terutama segi-segi atau bucu, mahupun bin.
4. suratkhabar untuk lapik pada lantai.
5. roller kecik mmg agak lambat tapi menjimatkan cat anda. roller besar tapi cat cepat abis.
6. berus cat kecil, utk cat bahagian bucu-bucu.
7. tgk hasilnya..

Selamat mencuba.. renung-renungkanlah..