Tuesday, August 21, 2012

Resepi Ayam masak dalam buluh (Ayam Pansuh)

Raya tahun ni aku tambah menu baru Ayam Pansuh dalam rancangan edisi khas. Haha, limited edition punya. Menu ni aku pernah makan dulu-dulu masa kecik, tapi tak pernah buat pun. Even bahan-bahan pun aku tak sure. So aku search dan tanya bapa aku ramuan-ramuan ayam pansuh ni. Ohh, by the way, Ayam pansuh ni terkenal di Sarawak. Best tradition in town. So kita straight ke keperluan-keperluannya..

1. Buluh Lemang (Bukan buluh yang keras tu) kalau boleh yang besar (2inci lebih)
2. Tempat bakar(rujuk gambar dibawah)

Bahan-bahan
1. Ayam (potong kecil-kecil) (1 ekor)
2. 6 Bawang Putih
3. 2 Bawang Merah(saiz besar)
4. 1 ibu jari Halia
5. 1 ibu jari Kunyit
6. Daun Kunyit 1 helai besar
7. Serai 2 batang (potong 2)
8. 1 atau 2 kiub ayam stock
9. Daun Ubi kayu
10. Air
11. Garam

Cara-cara membuatnya..
1. Bahan-bahan 2,3,4,5 ditumbuk. Jangan blend.. tak best.. kita nak yang tak hancur..
2. Masukkan dalam ayam tadi. Gaulkan.
3. Tumbuk serai masukkan dalam ayam tadi jugak.
4. Koyakkan daun kunyit masukkan skali.. Lihat gambar atas.
5. Koyakkan daun ubi, Nak banyak atau sikit tu bergantung pada anda.
Gaulkan semuanya.. Lihat gambar bawah ni.
6. Masukkan stok ayam dan garam, stok ayam tu cairkan dulu lagi bagus. Taklah ketul2 nanti. Garam jgn banyak sgt. Masin kang bukan boleh modified. Pandai-pandai la agak.
Di gaul bersama daun ubi yang telah di koyak2kan.
Proses sumbatkan ayam dalam buluh. Buluh aku jmpa ni kecik je. Maklum la time raya mmg takde stok dah. Tinggal yang untuk buat lemang. Masukkan ayam sehingga 4/5 sahaja. ALERT.. jangan sampai penuh. Kalau boleh biar ada sejengkal lagi nak penuh. Dah sumbat tu masukkan air sikit2. Sukatannya air tu sama paras dengan ayam kat dlm buluh tu. Sikit je..
Lepas tu sumbat hujung buluh tu dengan baki daun ubi tadi. Sumbat buat penutup je k. Jangan tolak sampai masuk dalam sangat. Haa, inilah tempat bakar aku. Emergency sangat, pakai kayu je semuanya. Kalau boleh palang tu pakai la besi, tali tu pakai la dawai.
Haa, possing baek punya.. Dengan baju melayu lagi. Ini bukan possing saja-saja.. tapi memang aku bersauna disini. Api jangan la besar sangat. Ini api mula-mula je.. tu nampak besar..
Sudut tepi. Ala-ala bakar lemang jugak cuma dalam ni ayam..
Ini keadaannya yang dah siap. Macam mana nak tau dah masak? Ok tunggu sampai air dalam tu mendidih dan airnya keluar dari penutup ubi tu. Dah mengelegak la tu maksudnya.. Lebih kurang sejam lebih jugak proses ni. Bertahan la sikit nak menikmati sesuatu yang asli..

Sori la aku tak sempat nak ambik gambar yang dah siap. Kuar je dari buluh dah leboh.. (maksudnya dah lesap di makan). Jangan terkejut kalau kuar dari buluh tetiba ayam ni ada sup. Itu lah supnya..

Apapun ini lah 1st time aku buat, dan mendapat rating 9/10..
Selamat mencuba..


**UPDATE VIDEO Tahun 2018 punya.. 

6 comments:

  1. X pernah teringgin pulak nak makan npk menark sgt ;-)

    ReplyDelete
  2. try la buat. senang je.. kalau nk senang g kt waterfront sarawak. ada jual.

    ReplyDelete
  3. Tengah mencuba ni,terima kasih atas info

    ReplyDelete
  4. ini versi moden punya. klo yg asli xda guna Bawang Putih, Bawang Merah, KunyitDaun Kunyit, kiub ayam stock.
    ni dia bahan2 asli
    1. umbut tepus
    2. daun bunkang
    3.daun pasak/bandung
    4. bunga kecalak/kantan
    5. aji/garam
    6. serai
    7.halia
    8. letak minyak skit.

    proses pembuatan sama saja.
    daun bungkang tu sudah cukup untuk ganti bawang merah dan garlic. masa dulu2 kami org iban mana tau ada bawang bakong kiub ayam per semua. sekadar perkongsian.

    ReplyDelete
  5. Sedap sangat ayam pansuh ni.masa study kat sarawak dulu try

    ReplyDelete