Cosmoderm

cosmoderm

Thursday, August 30, 2012

Segmen Up Follower & Tambah Kenalan Part 3

Wah part 3 dah.. Aku skip kelas ker ni. Takpe cikgu tak marah. Hehe anyway jom kita up follower dan tambah kenalan... Orang macam aku ni mmg sesuai join segmen ni..
miss Z berceloteh

redscarz.blogspot.com
 Sarawak 

Follower
 123

TAMAT
10 September 2012
2.00 Petang

GA : SYAWAL GIVEAWAY

Assalamualaikum, Salam Syawal.. Tengah-tengah mood raya lagi ni, aku nak join GA: Syawal Giveaway. 
Walaupun banyak Entri segmen ker GA ker yang jadi entri aku, korang jangan marah tau. Hehe.. 
TQ kat mrs.budubilis yang tag aku. Okey. Jom terjah..

Tag-Tag aku
&

Jom terjah..

Wednesday, August 29, 2012

Tuesday, August 28, 2012

Koleksi-koleksi Toys McDonals Part 2

Ini koleksi-koleksi toys McDonals yang baru aku dapat. Seperti biasa aku tak beli Happy Meal set, aku beli toys je. Mcd toys Rm3 je, murah dari KFC Rm4. So..
 
Superhero :: Superman. 
Aku tak sempat dapat batman dan robin. Robin siap ada motosikal. Next week batman. 
Superman ni pun aku beli yang display punya sebab dah abis stok. Display pun displaylah janji anak tak ngamuk.. :p
My daughter dapat 2 toy girls. Siap ada wangian lagi. Yang perisa Plum Pudding 
 
Yang ni perisa Rasberry Torte..
 Comelkan dua-dua ni..Dua dua wangi..
Yang ni toys apa ntah.. dah lama dah beli keluaran yang ni tapi tak upload pic. Alang-alang. ok kalau nak review koleksi -koleksi part 1 klik kat bawah.

Monday, August 27, 2012

Segmen : Mood Raya Belum Habis Lagi!

Hmm... tak puas lagi bercuti raya.. kejap je dah masuk balik kerja.. Tahun ni collection duit raya anak-anak aku tak banyak pun. Sedeh, kat mana lagi nak cari yer. Minggu ni harap-harap ada la sapa2 yang invite open house ker.. Boleh gak ziarah. ;p
Disamping anak-anak tersayang...

Hari ni mmg sungguh membosankan. Apapun teman aku hari ni blog.. Menyegmen-segmen.. Sori la kalau entry aku banyak segmen. Aku budak baru lagi.. Hahahaha.. Kalau korang rasa mood raya belum habis lagi jom ke segmen YUYU Silakan..

SEGMEN :: Aku terjah! Aku Follow! Apakah itu?

Jom main Terjah terjah, pastu follow.. Tak tahan soalan "Apakah itu?" Hehehe
Nak tau korang tengok klik la banner tu.. Dussshh.. 


Tagging

Gameweek 2 Liga Blogger Update (Notis Penting)

Fantasy Premier League 2012/2013
Gameweek 2
 

Badik FC masih lagi mengunguli takhta liga dengan 151 mata. Nampak gaya jaraknya dengan aku makin jauh. Aku dah drop no last.. Hahahhaa.. Siot je nampak sangat aku main-main je, saja nak bagi Hadiah..Oh ya, ada pengumuman penting.

PENGUMUMAN PENTING
1.Atas dasar syarat-syarat utama dirujuk, yang perlu diperlu dipatuhi untuk layak memenangi hadiah ni, korang kena ada blog. Sapa sapa yang takde blog tak layak untuk menang hadiah ni. 
2. Dan kena follow blog ni.

Aduan ni dari blogger yang join ni. Harap maklum. Yang belum ada blog, register la blog. Boleh kan..
Terima Kasih.

BARADA :: Where Malaysian Meets Middle East

Fuhh, bukan main lagi tajuknya ::BARADA ---bukan lagu BALADA. Restoran nasi Arab la. Fuhh dari bulan Ramadan lagi aku ngidam nasi Arab, baru semalam dapat makan. Boleh tahan terbaek gak nasi arab kat sini. Kat mana? Haa, ni kat Cheras, Bandar Tun Hussein Onn. Tak yah susah-susah gi Al Rawsha, Hadramawt, Sa'ba ker.. Pasal aku duduk kat cheras. Dekat sangat dah. So jom lihat silibes menu yang aku tangkap.
Ni sikit je aku ambik. Kang aku ambik semua baik aku photostat je.. hehehe.. Bukan ape, kalau aku tunjuk semua tak suspen nanti.

Ni menu aku favourite aku  Kabsa Lamb RM16 Terbaekk...
Mem aku plak ambik menu Lamb Mandy Rm16
Nasi tambah Rm5
Haa, ni air minuman yang famous kat restoran Arab, Barbican.. Air jus yang bergas, ada pelbagai perisa, Apple, Rasberry, Strawberry, Peach, Pomegranate dan lain-lain. RM4 sebotol. Aku ambik Pomegranate pasal yang lain dah abis. Cis, baru nak rasa Strawberry.. 

Takpelah lain kali lah datang. Bukan minggu ni or bulan depan. Next time la.. Hari-hari makan nasi arab lingkup. Mahal la. Nah kalau korang rasa nak gi sini, tengok map bawah ni. Boleh jumpa kot. Senang cakap sebelah Carrefour Bandar Tun Hussein Onn. Tak jumpa jugak Google Maps, GPS sendiri..

 
Where Malaysian meet Malaysian, hahaha.. Marvelloussss


Saturday, August 25, 2012

Segmen : JOM TAMBAH FOLLOWER BLOG SEBANYAK YANG MUNGKIN !

Nak join gak la segmen ni. Nak tambah follower katanya....


Follower: 81

Nak tau lanjut klik banner di atas... 

Tarikh tamat: 15 September 2012

Gameweek 1 Liga Blogger Update

Fantasy Premier League 2012/2013
Gameweek 1
Inilah result dari gameweek 1. Nampaknya pendahulu liga minggu pertama, Badik FC. Berada jauh dipuncak dengan 91 mata. Yang highlite tu aku ler tu, no 6. Cissss yang amat sangat. Percaturan aku silap nampaknya. Apapun hampir 10 team yang join. Ada 9 gameweek to go. Adakah kedudukan ini akan berubah di gameweek 2. Kita tunggu...
Nak join, boleh klik link dibawah ni.

Ligabloggerfantasy

Wednesday, August 22, 2012

Wordless Wednesday #2:: Satu hari di hari raya

Saling bermaaf-maafan di hari raya. Lentur buluh biarlah dari rebungnya. Moga yang dibaja elok hasilnya. Amin

Tuesday, August 21, 2012

21 Ogos 2005

7 tahun lepas,
84 bulan yang lepas, 2556 hari termasuk (1 hari tahun lompat) yang lepas,
61344 jam yang lepas,
3680640 minit yang lepas, 220838400 saat yang lepas......
Di surau kecil, kampung pakri, bukit kerajaan, kuala kangsar....
Dengan sekali lafaz " Aku terima nikahnya....."

Dengan itu maka sahlah aku menjadi suami kepada isteriku. 7 tahun berlalu dikurniakan sepasang cahaya mata. Alhamdulillah masih diberikan kesihatan yang sempurna. Pelbagai rintangan ditempuhi bersama-sama. Angka 7 tahun ni masih kecil lagi. Masih banyak lagi yang perlu diperbaiki dalam perhubungan ini, masih banyak lagi perkara yang perlu ditempuhi. Semoga Allah sentiasa berada disamping kami, memudahkan segala urusan kami, panjangkan umur kami, murahkan rezeki kami, memberikan kesihatan yang sempurna kepada kami sekeluarga. Amin. Doakan kebahagiaan kami jugak. "Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang ke-7, wahai isteriku. Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat kita. InsyaAllah."

Published with Blogger-droid v2.0.6

Resepi Ayam masak dalam buluh (Ayam Pansuh)

Raya tahun ni aku tambah menu baru Ayam Pansuh dalam rancangan edisi khas. Haha, limited edition punya. Menu ni aku pernah makan dulu-dulu masa kecik, tapi tak pernah buat pun. Even bahan-bahan pun aku tak sure. So aku search dan tanya bapa aku ramuan-ramuan ayam pansuh ni. Ohh, by the way, Ayam pansuh ni terkenal di Sarawak. Best tradition in town. So kita straight ke keperluan-keperluannya..

1. Buluh Lemang (Bukan buluh yang keras tu) kalau boleh yang besar (2inci lebih)
2. Tempat bakar(rujuk gambar dibawah)

Bahan-bahan
1. Ayam (potong kecil-kecil) (1 ekor)
2. 6 Bawang Putih
3. 2 Bawang Merah(saiz besar)
4. 1 ibu jari Halia
5. 1 ibu jari Kunyit
6. Daun Kunyit 1 helai besar
7. Serai 2 batang (potong 2)
8. 1 atau 2 kiub ayam stock
9. Daun Ubi kayu
10. Air
11. Garam

Cara-cara membuatnya..
1. Bahan-bahan 2,3,4,5 ditumbuk. Jangan blend.. tak best.. kita nak yang tak hancur..
2. Masukkan dalam ayam tadi. Gaulkan.
3. Tumbuk serai masukkan dalam ayam tadi jugak.
4. Koyakkan daun kunyit masukkan skali.. Lihat gambar atas.
5. Koyakkan daun ubi, Nak banyak atau sikit tu bergantung pada anda.
Gaulkan semuanya.. Lihat gambar bawah ni.
6. Masukkan stok ayam dan garam, stok ayam tu cairkan dulu lagi bagus. Taklah ketul2 nanti. Garam jgn banyak sgt. Masin kang bukan boleh modified. Pandai-pandai la agak.
Di gaul bersama daun ubi yang telah di koyak2kan.
Proses sumbatkan ayam dalam buluh. Buluh aku jmpa ni kecik je. Maklum la time raya mmg takde stok dah. Tinggal yang untuk buat lemang. Masukkan ayam sehingga 4/5 sahaja. ALERT.. jangan sampai penuh. Kalau boleh biar ada sejengkal lagi nak penuh. Dah sumbat tu masukkan air sikit2. Sukatannya air tu sama paras dengan ayam kat dlm buluh tu. Sikit je..
Lepas tu sumbat hujung buluh tu dengan baki daun ubi tadi. Sumbat buat penutup je k. Jangan tolak sampai masuk dalam sangat. Haa, inilah tempat bakar aku. Emergency sangat, pakai kayu je semuanya. Kalau boleh palang tu pakai la besi, tali tu pakai la dawai.
Haa, possing baek punya.. Dengan baju melayu lagi. Ini bukan possing saja-saja.. tapi memang aku bersauna disini. Api jangan la besar sangat. Ini api mula-mula je.. tu nampak besar..
Sudut tepi. Ala-ala bakar lemang jugak cuma dalam ni ayam..
Ini keadaannya yang dah siap. Macam mana nak tau dah masak? Ok tunggu sampai air dalam tu mendidih dan airnya keluar dari penutup ubi tu. Dah mengelegak la tu maksudnya.. Lebih kurang sejam lebih jugak proses ni. Bertahan la sikit nak menikmati sesuatu yang asli..

Sori la aku tak sempat nak ambik gambar yang dah siap. Kuar je dari buluh dah leboh.. (maksudnya dah lesap di makan). Jangan terkejut kalau kuar dari buluh tetiba ayam ni ada sup. Itu lah supnya..

Apapun ini lah 1st time aku buat, dan mendapat rating 9/10..
Selamat mencuba..

Saturday, August 18, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Salam Lebaran dan Salam Aidilfitri dari Tentang Aku dan keluarga kepada semua followers dan bloggers sekalian. Mohon ampun dan maaf jika ada salah dan silap, ada entry terkasar ker.. Gambar2 jolol mata ker.. Tertunjuk gambar yg blh menggugat iman puasa ker..
Jangan main mercun k, bunga api boleh ler. Anak2 ni pun nak merasa gak rasa mcm mana nk main bunga api.
Ingat! Kecik api jadi kawan, besar api boleh jadi lawan.
Yang memandu berhati-hati dijalan raya. Selamat...

Friday, August 17, 2012

Mee Udang Ipoh Mali

Semalam bermulalah perjalanan balik kampung. Tak jauh pun, dari KL ke Kuala Kangsar je. Aku gerak pukul 3 petang. Buget konon-konon sampai sebelum waktu berbuka.. Sekali kul 7 petang masih kat simpang pulai lagi. Mana taknya nak kuar dari KL jem, pastu hujan lebat sepanjang highway. So aku redah exit ipoh cari kedai makan untuk berbuka. Cari punya cari jmpa lah satu kedai.. SSI Corner bersebelahan dengan bangunan JKR. Apa lagi..Terjah...
Menu special kat sini Mee Udang
Mee Udang RM8.50. Udang boleh tahan la besarnya. Puas hati gak.
Selain itu ada menu special yg lain iaitu nasi goreng udang. Skali sampai mak aihhh, nasi tak nampak. Udang penuh kat atasnya.. Terbaek gak. yang ni aku tak sure harga. Dlm lingkungan RM8 gak kot.

Sebelum balik memandangkan makan mee udang tu mcm ringan je, so larat lagi nak tambah menu. Dessert la kononnya.. Hahaha.. Yong Tau Fu.. Nyum.... Ramai gak pelanggan kat sini, rata-rata menu sama. Famous kot kat sini. Apa pun ada gak hikmahnya sampai lambat tadi. Dapat gak singgah makan mee Udang. Ipoh mali...

Wednesday, August 15, 2012

Tips Tukar Tayar Pancit or Bocor

Pernah tak korang alami tayar pancit ker bocor ker? Bagaimana perasaan korang bila hadapi situasi mcm ni? Mesti stress la, geram la, ataupun buat tak tau je, call mekanik terus. Entry ni aku buat alang-alang aku dah kena tadi. Jangan stress-stress.
Jom kita ke bengkel tukar tayar.. Zusss.. OOoopss TAPI dengan syarat korang kena ada tayar spare, dan tools (buka nut dan jack) yang mcm sesiku L ni, jack punya pemutar untuk memudahkan proses jack. takdak salah satu ni payah gak. Anyway take it just for basic knowledge.
First korang longgarkan nut(skru) kat Rim tu. Make sure kereta dalam mode handbrake! Dah longgarkan nut tu, masukkan jack pada rangka bawah kereta berdekatan dengan tayar yang bocor tu. Jack smpi tayar tu terangat lebih kurang 2,3 inci dari permukaan tanah. Lepaskan handbrake slow-slow. Pastikan jack berada dalam keadaan seimbang.
Keluarkan semua nut, dan tayar skali. Lihat gambar.
Ambik tayar spare masukkan dan pasangkan nut, jangan ketatkan lagi nut tu. Pastu tarik handbrake semula, turunkan jack slow-slow. Ok, baru ketatkan nut tu. Kalau perlu ketatkan dengan henjutan kaki, silakan. Ketatkan sampai dengar bunyi. Hahahaa.. Mula-mula memang macam susah, dah pandai senang je, 10 minit je. Siap. Dah siap hantar la keter ke kedai. Suruh dia tampung tayar yang asal tu. Bukan terus pakai je tayar spare tu. Tapi kalau tayar spare elok lagi ok la pakai. Buat balancing kat kedai.

**Musim perayaan ni ramai yang balik kampung, pesanan dari aku, korang check dulu keter korang k. Check angin tayar, check air, check minyak hitam k... Selamat memandu.. Memandu jangan asyik ingat orang tersayang je.. tengok jalan la..

Wordless Wednesday #1:: Just me, SpiderKid

Great power comes great responsibility.

Tuesday, August 14, 2012

Berat Aku Turun Lagi..

Sepanjang bulan Ramadan ni aku tak turun GYM, senaman pun kurang, rasanya baru 2 kali kot turun berbadminton. Aku yakin walaupun tidak workout bulan Ramadan ni, berat aku akan turun jugak. Semua pun pakat turun berat badan gak kan.. kalau ada yang naik tu memang tak tau la kan. Jeng jeng jeng.... inilah result hari ni.
Ini adalah statistik penurunan yg aku rekodkan.

Date            Weight(kg)  Loss(kg)
18.4.2012        89.9   
25.4.2012        88.7            1.2
02.5.2012        87.1            1.6
07.5.2012        86.4            0.7
14.5.2012        85.8            0.6
18.5.2012        85.0            0.8
24.5.2012        84.1            0.9
31.5.2012        83.1            1.0
15.7.2012        82.1            1.0
27.7.2012        80.9            1.2 
14.8.2012        78.3            2.6

Last aku timbang berat pada 27.7.2012 (80.9kg) - hari ni 14.8.2012 (78.3kg) turun lagi 2.6kg
PreviousEntry gain total loss up to 11.6kg
Raya dah makin dekat ni. Berjaya atau tidak aku mentenkan berat badan aku nanti. Atau sebaliknya.. Kita tunggu dan lihat update nanti. InsyaAllah pada 27.8.2018 (reminder pls)

Jadi Follower Bertuah [MFW#373]

Rare number untuk blog Tentang Aku setakat ni.. jadi follower ke-100, 373, 686.
Tak sangka pulak dlm nombor-nombor dapat jadi follower bertuah [MFW#373] dalam EntryBlog Dunia Cik Angah Humaira. Dapat gift, suspen! Dusshh...

By the way kalau korang nak tau MFW tu aku ler. Mr. Firdaus Windey.  Memang menunggu plat number kreta MFW, lambat lagi kot.

Anyway, terima kasih sangat-sangat Angah.. 
sebab promote blog saya skali. Terharu rasanya. 

Monday, August 13, 2012

Tazkirah yang buat aku tersentak

Buat pertama kali penduduk Cheras Intan Apartment mengadakan Jamuan Berbuka dan Moreh di Surau Al-Ukhuwwah pada sabtu (11.8.2012) Sebelum ni mmg tak pernah buat lagi sebab tahun lepas bulan 10 baru duduk sini. Dah lepas raya dah pun. Surau pun belum siap. So lihat jadual mmg padat dengan aktiviti.
Aktiviti bermula seawal jam 6.30 petang. 
 
Pada pukul 6.30 petang, Ustaz jemputan memberi sedikit tazkirah tentang bulan Ramadan. Dengan penuh semangat dan penuh penghayatan. Antara sub-sub topik antaranya, kekayaan makanan kat negara kita, keamanan dalam negara kita, kemasyarakatan dan membandingkan dengan negara-negara bergolak yang berpuasa dalam keadaan tidak tenteram, tidak aman. Waktu puasa negara kita hanya 12 jam, berbanding sesetengah negara smpi 20 jam. Ada yang tak cukup bahan makanan, berbanding dengan negara kita yang terlebih makanan.
Dalam Ustaz meneruskan tazkirah beliau, ada satu cerita membuatkan aku tersentak.
Lihat dibawah:-

Kenapa Pak Arab ni menangis..?  
Sebenarnya ini adalah gambar seorang Mufti dari Mesir yang sedang bersiaran langsung di Television. Keadaan menjadi sendu apabila beliau menerima satu panggilan dari seorang hamba Allah yang membuat panggilan dari Somalia.  Soalannya berbunyi..

"Adakah puasa saya diterima jika saya tidak bersahur dan berbuka puasa (Iftar)?"

Tersentuh jiwa Pak Mufti ini hingga tidak dapat menahan tangis takkala terkenangkan penderitaan rakyat Somalia yang kekurangan dan sebenarnya tiada makanan untuk bersahur dan berbuka puasa..

Hati siapakah yang tidak tersentuh dengan soalan begini..?

Sedang kita di sini bermewah mewah dengan makanan dan minuman, saudara seislam kita di sana tiada apa untuk dijamah.. Sebak wehh, aku mmg dah mengalir airmata mendengarnya. Nak sahur? Nak berbuka? nak makan apa? Selepas bulan Ramadan, Syawal menjelma, kita berpesta makanan lagi menyambut Hari Raya. Mereka? Mereka tetap seperti orang yang berpuasa. Bayangkan lah..
 Sebahagian dari penduduk yang hadir bagi menjayakan program ini. 

Tazkirah yang disampaikan walaupun sekejap tetapi sangat padat. Penghayatan yang berkesan. Pastu Azan Maghrib berkumandang menandakan waktu berbuka puasa. Dan program seterusnya dilaksanakan..

Sumber:
Apa yg ustaz tu sampaikan sama sahaja tetapi tak mampu aku rekod ayat dia satu-satu. So aku google kisah yang ustaz ceritakan.

Wallahualam....


Koleksi Wang Kertas Tan Sri Ali Abul Hassan

Kalau korang membeli belah tu belek-belek la wang kertas korang tu, kalau nasib baik dapat la wang kertas yang lama.. Ini antara koleksi yang aku jmpa.. Rare tak. Sekarang ni korang nak jmpa memang susah dah, melainkan korang cari collector yang jual. Harga pulak dah tak sama dah. Mungkin 2 kali ganda, mungkin lebih bergantung kepada kondisi. Wang kertas ini (gambar diatas) ditandatangani oleh Tan Sri Dato' Seri Ali Abul Hassan bin Sulaiman (September 1998-April 2000) Tapi aku tak jmpa lagi RM1, RM50 dan RM100.

Saturday, August 11, 2012

Peraduan Fantasy Premier League 2012/2013


Setelah 2 bulan lebih rehat, kini Barclays Premier League kembali dengan membuka tirai pada 18 Ogos 2012 untuk musim 2012/2013. Serentak dengan itu bermulalah jugak fantasy premier league yang menjadi kegilaan ramai peminat-peminat bola. Aku jugak.. Yang tak tau bola pun main jugak. Aku ingat nak buat peraduan antara blogger-blogger dengan follower.. yang ni bukan official. Suka-suka saja sambil berblog main fantasy ni.
Register. Klik kat gambar ni.

Aku dah create satu liga, aku bagi nama ::Liga Blogger 

Setiap gameweek nanti akan diupdate. InsyaAllah.
Jika berminat ikuti syarat-syarat peraduan..

1. Follow blog saya -(mudah untuk berinterkasi nanti)
2. War-warkan dengan copy gambar atas skali. (tentang aku dan bola)
3. Register Fantasy Premier League klik gambar Register  (yg biasa main mesti tau kan.)
4. Join classic league ::code :: 827785-206555
5. Dah join publish comment nama dalam fantasy + nama blog.

Tu je syarat-syaratnya..

Hadiahnya taklah lumayan sangat cuma agak RARE..

Limited Edition RM20 dalam Album
 
 
Limited RM20 prefix AA00***** 
Bakal jadi buruan money collector satu hari nanti.

Tempoh peraduan ni kalau 1 musim bola lama sangat sampai tahun mei 2013. So aku putuskan tamat peraduan ni sampai by Gameweek 10. Ok tak? Dapat je result Gameweek 10, tempat pertama akan dapat hadiah ni. Kedua sampai last takde hadiah harap maklum.. :p

## yang tak join boleh tolong-tolong sebarkan kat kengkawan yer..terima kasih..