Cosmoderm

cosmoderm

Friday, November 30, 2012

Ayat-Ayat Singkatan


"TGIF" ayat familiar yang slalu aku baca or ternampak. Mostly on twitter or facebook. Setiap hari jumaat pulak tu. Aku sebenarnya baru tau minggu lepas je. Agak lambat la.. Rupa-rupanya "Thank God it's Friday" LOL no wonder la. So aku google la ayat-ayat singkatan ni. Ni list yang aku jumpa. Sumber dari blog Titan Blaze
Layannnnn............. OOOooo la memanjang yer..

AFAIK =» As Far As I Know
AFK =» Away From Keyboard
ASAP =» As Soon As Possible
BAS =» Big A$$ Smile
BBL =» Be Back Later
BBN =» Bye Bye Now
BBS =» Be Back Soon
BEG =» Big Evil Grin
BF =» Boyfriend
BIBO =» Beer In, Beer Out
BRB =» Be Right Back
BTW =» By The Way
BWL =» Bursting With Laughter
C&G =» Chuckle and Grin
CICO =» Coffee In, Coffee Out
CID =» Crying In Disgrace
CNP =» Continued (in my) Next Post
CP =» Chat Post(a chat message)
CRBT =» Crying Real Big Tears
CSG =» Chuckle Snicker Grin
CYA =» See You (Seeya)
CYAL8R =» See You Later (Seeyalata)
DLTBBB =» Don't Let The Bed Bugs Bite
EG =» Evil Grin
EMSG =» Email Message
FC =» Fingers Crossed
FTBOMH =» From The Bottom Of My Heart
FYI =» For Your Information
FWIW =» For What It's Worth
GAL =» Get A Life
GF =» Girlfriend
GFN =» Gone For Now
GMBA =» Giggling My Butt Off
GMTA =» Great Minds Think Alike
GTSY =» Glad To See You
H&K =» Hug and Kiss
HABU =» Have A Better 'Un
HAGN =» Have A Good Night
HAGU =» Have A Good 'Un
HHIS =» Hanging Head in Shame
HUB =» Head Up Butt
IAE =» In Any Event
IC =» I See
IGP =» I Gotta Pee
IMNSHO =» In My Not So Humble Opinion
IMO =» In My Opinion
IMCO =» In My Considered Opinion
IMHO =» In My Humble Opinion
IOW =» In Other Words
IRL =» In Real Life
IWALU =» I Will Always Love You
JMO =» Just My Opinion
JTLYK =» Just To Let You Know
KIT =» Keep In Touch
KOC =» Kiss On Cheek
KOL =» Kiss On Lips
L8R =» Later
L8R G8R =» Later 'Gater
LHM =» Lord Help Me
LHO =» Laughing Head Off
LHU =» Lord Help Us
LMAO =» Laughing My A$$ Off
LMSO =» Laughing My Socks Off
LOL =» Laugh Out Loud
LSHMBB =» Laughing So Hard My Belly is Bouncing
LSHMBH =» Laughing So Hard My Belly Hurts
LSHTTARDML =» Laughing So Hard The Tears Are Running Down My Leg
LTNS =» Long Time No See
LTS =» Laughing To Self
LUWAMH =» Love You With All My Heart
LY =» Love Ya
MTF =» More To Follow
NRN =» No Reply Necessary
NADT =» Not A Darn Thing
OIC =» Oh, I See
OL =» Old Lady (significant other)
OM =» Old Man (significant other)
OTOH =» On The Other Hand
OTTOMH =» Off The Top of My Head
PDS =» Please Don't Shoot
PITA =» Pain In The A$$
PM =» Private Message
PMFJI =» Pardon Me For Jumping In
PMP =» Peed My Pants
POAHF =» Put On A Happy Face
QSL =» Reply
QSO =» Conversation
QT =» Cutie
ROFL =» Rolling On Floor Laughing
ROFLAPMP =» ROFL And Peeing My Pants
ROFLMAO =» ROFL My A$$ Off
ROFLMAOAY =» ROFLMAO At You
ROFLMAOWTIME =» ROFLMAO With Tears In My Eyes
ROFLUTSROFL =» Unable to Speak
RTFM =» Read The F****** Manual!
SETE =» Smiling Ear To Ear
SHID =» Slaps Head In Disgust
SNERT =» Snot-Nosed Egotistical Rude Teenager
SO =» Significant Other
SOT =» Short Of Time
SOTMG =» Short Of Time Must Go
SWAK =» Sealed With A Kiss
SWAS =» Scientific Wild A$$ Guess
SWL =» Screaming with Laughter
SYS =» See You Soon
TA =» Thanks Again
TGIF =» Thank God It's Friday
TCOY =» Take Care Of Yourself
TILII =» Tell It Like It Is
TNT =» Till Next Time
TOY =» Thinking Of You
TTFN =» Ta Ta For Now
TTYL =» Talk To You Later
WAS =» Wild A$$ Guess
WB =» Welcome Back
WTH =» What/Who The Heck (or sub an 'F' for the 'H')
YBS =» You'll Be Sorry
YG =» Young Gentleman
YL =» Young Lady
YM =» Young Man

Wednesday, November 28, 2012

Wordless Wednesday #10 :: Malaysia vs Laos

 Sumber: sokernet.com

Menang, Seri atau Kalah?

Selamanya aku tetap "Harimau Malaya"...

SEGMEN : PENCARIAN BLOGLIST DESEMBER AMERCORNER


Sebelum nak gi lelapkan mata, aku join segmen ni dulu atas perlawaan tuan blogger. Segmen pencarian bloglist ni yang kedua aku join. So aku join sambil support blog amercorner mana tau dapat dok dalam bloglist desember ni. Korang yang nak join klik banner di atas, tarikh tamat 30 Novermber 2012 jam 11.59 PM. Hurry up. Good Nite.. Ehh...

Tuesday, November 27, 2012

Aku & S2 Part 11 :: Reflection

Gambar ni aku ambik masa pergi Masjid Negara baru ni. Sebelum ni aku masuk ikut pintu yang sebelah tanglin tu, kali ni aku saja nak pergi jenjalan ke arah KTM tu, kot-kot ada image yang nak di tangkap. Aku jenjalan ikut tepi kolam ni sampai hujung nak naik tangga tu aku terpandang reflection(pantulan) menara daya bumi dari dalam kolam. Cun beb..  Apa lagi aku terus snap.. Ini hasilnya.
Just a small idea from me
Aku harap-harap ada antara gambar aku nanti boleh dijadikan contoh. Arghh perasan betul la. Bukan contoh apa pun, sebagai idea. Kot-kot la terpandang gambar-gambar ni, owh nak try la ambik gambar cam ni ke, cam tu ker. Tak semestinya gambar sama, tapi idea yang sama. Alah internet banyak sumber, pilih je nak macam mana kan. Kalau memang kaki shoot memang slalu la menggoole tp yang jarang2 ni. Tetiba Blogwalking sini terus berkenan ker. Kan.. 

Hit 10000 Viewer

Alhamdulillah, tercapai gak satu-satunya angan-angan dalam checklist aku tahun 2012 ni. Fuh yang lain tu macam nak kena carry foward je. Hit 10k viewer ni aku sasarkan bulan Ogos lepas, masa tu hit cuma dalam 4k lebih je kot. Aku buget 1k hit sebulan so sampai end tahun ni sempat la nak dapat 10k. Al maklum la blog ala kadar je. Tapi belum masuk bulan Disember lagi hit dah cecah 10k. Wah lagi semangat rasanya nak berbelogging. Nak banding dengan korang yang hit 1k sehari memang tak lah. Blog ni usia dah lama tapi masa tu tidak aktif dan tidak tahu menahu pun pasal blog-blog ni, trafik-trafik ni. So aku bangga dengan dengan pencapaian aku sendiri. Wakkaka.. Terima kasih kepada viewer-viewers yang secara rela atau paksa ke blog ni. Korang memang Ohhsemm!!

Monday, November 26, 2012

Aku & S2 Part 10 :: KLCC

Minggu lepas, tengahari buta aku ke KLCC semata-mata nak shoot bangunan ni. Dengan camera phone je pun aku pulun kan. Wat malu je tangkap pakai camera phone. Aku peduli apa, aku nak mantapkan komposisi, framing aku, angle aku. Tangkap gambar pakai app instagram tak muat satu bangunan. Kalau tangkap sampai baring-baring pun belum masuk penuh lagi. Bukan DSLR ada wide lens ker. Ala gambar ni semua orang leh tangkap. Mungkin nikmat lain-lain. Kepuasan lain-lain.
Angle dari bawah. 
Aku ilhamkan gambar-gambar ni dalam blog untuk koleksi-koleksi aku. Boleh aku tengok progress KPI aku. Kalau korang rajin tinggalkan rating dan komen korang untuk aku mantapkan lagi. 

Sila Rate gambar ini berskala 1-10 serta komen. Terima kasih.

Friday, November 23, 2012

Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad di Masjid Negara

Tergerak hati aku nak ke masjid negara hari ni, rupa-rupanya selain solat fardu jumaat ada solat hajat. Alhamdulillah boleh jemaah sekali. Aku duduk di Saf 4,5 di hadapan, lepas bacaan doa kedengaran bunyi petikan camera(shuttle) berdetik detik. Photographer snap gambar siapa? Aku buat derk je dulu. Sekali pandang kat luar tu, orang dah berkerumun, ish takleh jadi ni. Aku usha pelan-pelan, MasyaAllah itu "Tun Dr. Mahathir lah." Mantan Perdana Menteri Malaysia. Aku apa lagi bangun terus melulu ke arah Tun. Aku snap dulu sekeping dua, tengok orang lain dah start berposing dengan Tun aku pun nak jugak. Peluang jarang datang macam ni. Aku dah tak kisah sapalah aku nak suruh tangkap gambar ni. Hari ni gi masjid sorang-sorang pulak tu. Kebetulan pulak ada abg ni nak tangkap gambar so aku tolong kau, kau tolong aku.. Yes dapat lah walaupun agak blur. Yelah sambil berjalan tangkap gambar. Dua kali aku salam tangan Tun. Jom lihat gambar..
Dengan selamber je aku himpit. Excited sangat.
Haa, ni yang clear sikit. Gambar kenangan bersama Tun di Masjid Negara
Semoga Tun dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yang sempurna. Amin.

Suasana Pilu di Masjid Negara :: Free Palestine

Suasana pilu menyelubungi dalam dan luar Masjid Negara bagai dapat merasa kesengsaraan penduduk Palestin. Apabila khutbah hari ni yang bertajuk "Tangisan Gaza" disampaikan saudara Ustaz (terlupa pula namanya) yang memukau para hadirin. Solat fardu Jumaat hari ni berlainan sedikit pada rakaat kedua selepas rukuk ada bacaan doa. (aku ni baru belajar) Yang pasti doa ini untuk bumi Palestin. Makin bertambah sebak apabila imam yang mengetuai solat jumaat menangis apabila membaca doa tersebut. Aku memang dari awal lagi rakaat pertama apabila saudara Imam membaca Al-Fatihah (suara yang sangat merdu) aku dah sebak. Menitis air mata aku, aku tak paksa tapi aku tak tahu kenapa? Mungkinkah sebab ada berkaitan dengan cerita di Gaza? Atau aku terasa keindahannya Ayat Suci Al-Quran ni. Memang kedengaran bunyi esakkan makmum disebelah aku. Ternyata bukan aku sorang. Selesai sahaja solat Jumaat ditunaikan, diteruskan lagi dengan Solat Hajat. Kemudian doa. Dengan tidak disangka hujan turun membasahi bumi bagai memberi seribu rahmat. Aku tidak terus balik, sebaliknya melayan tempias angin hujan. Tiba-tiba aku ternampak beberapa orang memakai mafla "Viva Palestina Malaysia" membuatkan aku tercari-cari di manakah booth ini. Aku bertanyakan kepada adik yang memakai mafla ni dan dia tunjukkan arahnya. Alhamdulillah rezeki aku hari ni. Memang baju dan mafla ni memang yang last stok yang NGO ni bawa.
Baju ada dua design, satu RM20 dan satu lagi RM25, lengan panjang dan pendek ada, hitam ada putih pun ada. Mafla RM10.
Kalau nak tu kena tu pergi ke alamat tertera kat atas ni. Membeli sambil menderma. Tunjukkan keperihatinan kita, tak mampu yang mahal kita sumbang kecil-kecilan. Even kita berdoa juga satu sumbangan. Semoga Allah lindungi bumi Palestine.

Thursday, November 22, 2012

GUNDAM REGIONAL FINALS

Untuk peminat-peminat GUNDAM silalah ke Sungei Wang Plaza. Event ni berlangsung 19-25 November 2012. Apa yang menarik korang je tau. Aku sekadar menyampaikan info. Hehehe.. Free je aku buat iklan ni :p
Layan gak Gundam ni cuma belum masuk dalam list hobi aku lagi.

Terpaksa Aku Lepaskan

Peraduan tamat dah lama dah tapi hadiah belum berkesempatan lagi nak bagi. Hari ni bertemu jua dengan pemenang peraduan fantasi premier league liga blogger a.k.a Ekjozbuluh FC. Memandangkan Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo baru selesai perlawanan UEFA Champion League so dorang tidak dapat hadir untuk majlis penyampaian hadiah. Press semua dah batal undangan. Lambat sangat katanya.. Hahaha..

 Ekjozbuluh(Baju biru)
Siap dengan baju batik lagi untuk majlis ini. Disebabkan kesungguhan ini, terpaksalah aku aku import photograher khas untuk snap bukti majlis. Tima kasih Lebai@Ipin sebagai photographer. Tengok kat belakang tu ramai tengah raikan majlis ni. :p Tahniah sekali lagi.
Sebenarnya aku sedih sebab terpaksa melepaskan hadiah ni. Limited edition punya oo. Aku berbaris kat bank negara untuk dapatkannya. Aku harap tuan penerima menjaga dengan sebaik-baiknya. Jangan jual pulak. Wawawaa..... review hadiah..

Kepada Marqis Careno, ko tetap dapat saguhati sebab potong aku last minit. Tunggu..

Wednesday, November 21, 2012

Wordless Wednesday #9 :: 1 Malaysia Family

This is my family. Malay, Chinese, Indian and Bidayuh.

SEGMEN ERAZ FADLI : Pencarian BLOGLIST

Assalamualaikum blogger dan reader, dah lama aku tak bersegmen. Kali terakhir bersegmen ni bulan lepas.. Wakakaka.. Baru bulan lepas :p  Tapi kali ni aku bersegmen dalam pencarian BLOGLIST oleh Eraz Fadli. Nak review atau join segmen sila klik banner di bawah ni. 
http://4.bp.blogspot.com/-HzPHZdqMiKQ/UDwZOLjUHKI/AAAAAAAADRA/WO2wUXSDAXo/s1600/Bloglist+Eraz+Fadli.jpg

Tuan blogger cakap dia buka untuk 15 jam sahaja (21 November 2012). Apa lagi, kejor, mana tau rezeki pencarian ni adalah aku atau korang. Chayokk..

Tuesday, November 20, 2012

Tune Hotel Kulim

Aku ke Kulim baru-baru ni menghadiri family gathering. So aku menginap di Tune Hotel. Salah satu hotel yang ada di kulim. Ada dua lagi rasanya hotel yang berdekatan. Tak banyak hotel area kulim ni. Aku pulak book last minit. Apa pun aku agak berpuas hati dengan bilik yang aku dapat.

 Tune Hotel Kulim
Nak cerita sikit al kisah aku nak book tune hotel ni. Aku check availability bilik, ada queen bed dan 2 single bed yang available. So aku choose queen bed. Rate Rm78.00 ok lah tu murah lah. Aku tekan next... sekali itu harga bilik sahaja tanpa elektrik, tv, aircond, toileteries and so on.. Kena add-on lain rupanya. Cis memang air asia sungguh la. Setiap yang kita add-on tu ada harga lain-lain. Pandai-pandai la pilih. Electricity 24 hours ke, Aircond 12/24 hours ker, Tv and even towel pun kena add on.. Kalau rasa aktiviti banyak luar hotel ambik 12hours aircond cukup la. Btw, kipas ceiling ada  kalau xnak aircond. Kalau nak jimat lagi, toileteries dan towel bawa sendiri. Ini kira last minit plan. Kalau nak murah lagi booking awal lor. Sama macam booking flight jugak. Like father like son. Adik ipar aku pernah dapat room Rm20 per night after add-on. Murah giler. Balik semula ke cerita aku tadi, last-last + - service + govt tax Rm120. Last minit booking ok la kan. Keluasan bilik 11sq. Nice and Comfort.
 Toilet bersih dan selesa. Cuma pintu bilik air takde lock. Better ready dengan segala kemungkinan. Haha. Anak-anak ni suka main terjah-terjah..

Kelebihan menginap di tune hotel kulim ni, nak cari tempat makan senang. Agak-agak baju terlupa bawa pasaraya dekat. Ada The Store, Hypermarket Giant, KFC, McD, kedai makan Nasi Kandar, Domino sebelah hotel je. Nak lagi dekat turun lobi keluar pintu terus Old Town White Coffee.

Kemudahan Seterika/iron RM50 deposit 2 jam sahaja. Dah pulangkan iron dorang bagi balik deposit. Jangan risau.

Thursday, November 15, 2012

Kenapa Gajah tidak ada di Sarawak?

Aku tak pasti korang pernah dengar cerita ni. Jom layan........

Pada satu masa dahulu di hutan rimba Semenanjung Malaysia ada seekor gajah yang sangat gagah dan perkasa. Semua binatang tunduk dan takut kepadanya. Satu hari gajah memanggil semua binatang berkumpul untuk satu pengumuman.
"Aku lah yang paling besar di bumi ini. Akulah yang paling gagah." kata gajah itu dengan sombong.
"Semua negeri di Semenanjung aku dah tawan. Tiada siapa yang lebih kuat dan besar dari aku." katanya lagi.


Kini gajah ingin memperluaskan empayarnya ke negeri bumi kenyalang. "Aku ingin tawan Sarawak." Semua binatang terkejut dengan pengumuman itu.
"Bagaimana tuan nak ke Sarawak? Ada lautan yang luas. Bagaimana nak menyeberangnya tuan?" celah penasihat gajah itu.

"Aku tak perlu pergi ke sana untuk tawan." kata gajah itu dengan riaksi bijak dan penuh yakin. Sementara itu binatang-binatang yang lain kehairanan.
"Bagaimana caraya tuan?" tanya penasihatnya..

"Aku akan suruh burung kirimkan telinga aku ke sana. Bila mereka tengok telinga aku yang besar ni, pasti mereka boleh mengagak besar mana badan aku. Hahahaha.." kata gajah sambil ketawa.
Gajah mengarahkan burung-burung membawa telinga ke negeri Sarawak. Sampai di sana burung-burung mencari pemerintah negeri itu dan menyampaikan telinga gajah tersebut.
"Tuan kami nak memerintah negeri ini, tiada siapa boleh lawan tuan kami. Tuan kami sangat besar." kata burung sambil menunjukkan telinga gajah tersebut. "Kami bagi tempoh 3 hari untuk menentang balik."
Pemerintah negeri berasa sangat gelisah lalu memanggil seluruh rakyatnya.
"Adakah ada binatang yang lebih besar dari gajah di negeri kita? Kalau tidak ada kita akan di tawan." kata pemerintah dengan nada lemah. "Kita ada masa 3 hari bertindak." sambungnya lagi. Semua rakyat tunduk sambil memikirkan nasib mereka nanti.

"Saya ada idea, tuanku" kata seekor landak. Landak bangun dan berbisik dengan pemerintah. Pemerintah tersenyum lebar dan gembira. Rakyat semuanya tergamam, apakah idea landak ni..


3 hari berlalu...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
"Ini ialah bulu binatang yang terbesar di negeri ini" kata pemerintah sambil menyerlahkan bulu itu kepada burung-burung. Burung-burung ni sangat terperanjat sambil berbisik sesama sendiri, "Bulu saja dah panjang ni, macam mana la pulak badannya.. Burung-burung beredar membawa bulu dengan rasa takut.

Sampai di Semenanjung terus burung sampaikan kepada gajah itu. Alangkah terkejutnya gajah itu. Sambil memikir perkara yang sama seperti burung itu. Gajah mula takut dan gelisah. Sejak hari itu gajah tidak lagi bongkak kerana dia sedar ada lagi binatang yang lebih besar darinya. Dia juga tidak berani datang ke Sarawak kerana takut dengan makhluk yang lebih besar darinya.

Semua rakyat terselamat dengan kebijaksanaan landak itu. Bulu landak je pun..  The End...

Ini cuma cerita dongeng rekaan semata-mata, tiada kaitan dengan yang hidup atau mati. Ditacap sikit-sikit..

Aku & S2 Part 9 :: Pantai Klebang

Tidak sah kiranya kalau pergi tempat orang tanpa bawa balik sebarang buah tangan. Aku & S2 Part 9 ke Pantai Klebang Melaka bawa balik sikit ole-ole. Jadi la untuk santapan mata. 
Scenery sebelum sunset. Sekitar jalan tepi pantai Klebang. Masa ni dah nak balik dah, sebab hujan renyai-renyai. Mata dok melilau tengok alam, sampai tang kona tu nampak cam besh je scenery tu. Aku turun kejap, renyai pun renyai lah. Ini lah yang sempat dirakamkan. Snap ke arah matahari membuatkan gambar nampak gelap. Tapi takpe kita modified la skit-skit kan.

Haa, yang ni arah aku membelakangi matahari, so pemandangan depan aku cerah lah. Bot-bot di persisiran pantai nampak clear. Baru nak seronok ambik gambar hujan makin mencemburui aku. Lariiii..  masuk dalam keter..

Wednesday, November 14, 2012

Sepetang di Pantai Klebang, Melaka


Cuti Deepavali semalam memang aku guna dengan sepenuhnya. Destinasi aku ke Melaka, bandar bersejarah. Perjalanan mengambil masa 2 jam dari KL. Ikutkan 1 jam setengah je kot tapi sebab perluasan AES terus jadi 2 jam. Apa pun aku yakin sistem AES mampu membuat pengguna jalan raya mematuhi hadlaju yang ditetapkan. Rasanya semalam aku drive cam siput(110km/j). Highway besar, tengah jalan tak jem pulak tu, moto cc110 potong selamber jer. Aku rasa moto sampai dulu. Aishh takleh jadi ni. Takpe la aku tekan je la pedal tu ikut hadlaju. Cuak punya pasal.
Tujuan ke Melaka ni nak cari barang wife aku. Lokasi jumpa tapi barang pulak takde, adehh kecewa gak sebenarnya. Takpela aku gunakan kesempatan yang ada ronda-ronda Melaka, takde la frust sangat kan. Kalau A Famosa, Menara Taming, Dataran Pahlawan aku dah pegi dah. Ubah angin jap, pasal aku nampak signboard "Pantai Klebang". Aku tak penah pegi lagi. Nak usha kot-kot ada yang menarik. Aku drive follow signboard kejap je dah sampai, senang je rupanya. Sebelum sampai pantai tu kena lalu jem sikit pasal ada orang tengah usha orang beratur beli coconut shake. Nak tengok panjang ke tak? Usha sini Klebang Original Coconut Shake.
Sampai gak aku Pantai Klebang ni kira-kira jam 5 petang. Cuaca dah redup, memang timing cun. Sepemerhatian aku, tempat ni mcm baru diperbaharui. Boleh tahan luas, sesuai la untuk rekreasi. Pokok-pokok baru tanam. Pantai takde orang mandi pun. Turun-turun je dari keta...jeng jeng jeng..

Anak aku dah kecoh semacam, ada pulak 3,4 ekor kuda melepak kat situ. Kuda ni buat bisnes. Anak-anak aku dah tak tentu arah nak naik kuda. Ingat free ke aper. RM5 sekali naik. Hmm.. xpela aku bagi la anak aku naik walaupun dah penah naik dulu kat PD. Tapi hampeh, time anak perempuan aku naik tu, siap berak-berak plak kuda tu. Cis..then time anak laki aku pulak kuda tu malas, jalan sekerat berhenti-henti, tengah baca step agaknya.. Hahaha.. Dah selesai aktiviti menunggang kami...
Main layang-layang pulak. Tempat luas ngan angin kuat cam ni main layang-layang memang besh. Siot la mahal rupanya layang-layang ni. Paling cokia Rm5, RM7 dan mahal RM15. Idokler aku nak beli yang Rm15 tu. Pasal anak aku minat Ben10, aku kena beli yang RM7. Ok lah, nak merasakan. Masa layang-layang dah kat udara tu aku pas kat anak laki aku, dia pegang layang-layang mcm experience je. Tangan turun naik turun naik tarik tali layang-layang tu. Lama gak dia pegang. Padahal ni first time rasanya dia pegang. Cayalah.. Belum puas main, hujan plak turun, errmm terpaksa balik awal la jawapnya. Baru kul 6 petang beb.. Gi pusing town kejap seround then balik.. Jumpa lagi Melaka.. Vrooooomm..

Wordless Wednesday #8 :: Klebang Original Coconut Shake

#1 Bungkus kat sini, makan kat dalam..
#2 Beratoq bak ang..
#Yummy..

Lokasi: Dekat dengan pantai Klebang, Melaka..

Tuesday, November 13, 2012

Majlis Berkhatan 11.11.12

Ohh meriah rupanya Majlis berkhatan ni. Idokler tau.. Ingatkan buat makan-makan jer. Siap ada berarak dan pelamin tu. Macam kenduri kawin pun ada. Sori arr, aku takde pengalaman ni sebenarnya. Naper? Korang baca tentang aku Haa, so takkan nak berarak gak.. Umur pun dah tua. :p
11.11.12 (Ahad) Ini gelagat 3 orang anak buah Amar, Nabil dan Ilhan yang bakal disunatkan 13.11.12 (Selasa) bersamaan dengan tarikh post ni, hari ni lah. So goodluck lah yer.. jangan ada yang lari. Hehe.. Kang ambik balik duit angpau..
Wahh siap makan beradap tu, ayam golek, udang tepung segala bagai buah-buahan. Perghh kalah pengantin.
Apa apa pun sebelum majlis dimulakan, bacaan doa selamat lah dulu kan. Selesai saja doa selamat, apa lagi... makan ler.. makan dan makan...  Selesai majlis..

Friday, November 9, 2012

Kecoh Anugerah Skrin via Bicara Mak Dara

 
"Jangankan nak dapat undangan ke majlis itu tapi langsung tak diberitahu akan pencalonannya itu oleh pihak penganjur.. Very funny lah juga kannnn nominee tak tahu dirinya di nominatekan sehingga tengok di TV tadi baru dapat tahu."

Rangkap ayat diatas sudah cukup terang maksudnya. Siapa yang dah terjah Mak Dara tau lah ceritanya.. Kalau nak tahu lebih lanjut sila ke entri Mak Dara

Anda rasa patut ke tak patut???

Aku & S2 Part 8 :: Cityscape

Aku & S2 ke bandar metrapolitan, Kuala Lumpur. Tak ke bandar sangat la pun, scenery ni ambik dari opis aku je(tingkat 14). Boleh kata tiap-tiap hari gak menghadap bangunan-bangunan ni. Scenery ni bukan hari yang sama, lain lain. Boleh kata, memory S2 aku ni penuh dengan gambar je.
Yang ni hari sama, beza pilihan mode je.
Hari yang lain, scenery lepas hujan rasanya. Agak berkabus sikit.
Yang ni (pic first atas ni) nampak lebih menarik dengan kepulan awan yang tebal. Macam canopi F1 pun ada.. Tiangnya menara KL tu. Ok lah, layannn.....

Anugerah Skrin 2008 :: Berphoto bersama artis

Memandang malam ni Anugerah Skrin 2012, aku nak imbas kembali kenangan Anugerah Skrin 2008. Bukan imbasan event pun tp imbasan berfoto dengan artis. Aku dapat pergi ni pun member aku dapat tiket free so dia ajak aku. Aku pula masa tu x pernah tgk retis2 live memang teruja gak nak gi. Dapat la snap-snap sekeping dua. Ngee...

Aku & S2 Part 7 :: Pantai | Beach

Sambungan dari Aku & S2 Part 6, scenery penduduk setempat. Gambar nelayan menolak bot ke laut. Berat tu, sampai 3 orang tolak. Difahamkan pantai ni tidak sesuai untuk aktiviti mandi manda atau berenang kerana pantai bukan mendatar, tebing-tebing terus dalam. Macam mana nak explain, korang tau kan. Memang bahaya, tengok la ombak tu bergelora, sangat menyeramkan. Tetapi bukan kepada nelayan-nelayan ini.
Mode instagram yang diubah-ubah mengikut pilihan masing-masing. Korang tau la kan instagram ni gambar banyak 4 segi je. Kalau nak lagi cantik boleh edit guna software lain..
Kelibat nelayan merempuh ombak yang bergelora, tenang saja dorang ni. Dah rutin dah, tempat mencari rezeki dah sebati dah. 
Lihat gambar ni, telatah ibu dan anak bersahaja duduk tepi pantai setelah menemani suami berangkat ke laut. Pasti kepulangan mereka dinanti-nantikan.
 
Yang ni aku tak sure ape. Mungkin penggunaannya sama seperti kereta sorong. Untuk membawa enjin bot agaknya. Enjin bot kan berat so dorang guna benda ni. Bagi aku, ia nampak menarik untuk kegunaan multipurpose.

Masa tidak mengizinkan untuk lebih lama di pantai ni. Takpe la lain kali lain hari kita pergi lagi. Banyak lagi pantai di Malaysia ni.