Cosmoderm

cosmoderm

Thursday, January 31, 2013

Syariat itu Mudah Kahwin itu Indah | Ustaz Don Daniyal

 Syariat itu Mudah Kahwin itu Indah

Inilah cenderahati aku bawa balik selepas ceramah Maulidur Rasul semalam. Sebuah buku bertajuk "Syariat itu Mudah, Kahwin itu Indah". Buku ini ditulis sendiri oleh Ustaz Don Daniyal. Buku ni sangat sesuai sebagai panduan untuk kita yang sudah berumahtangga mahupun yang bakal mendirikan rumahtangga. Lihat rumusan kat bawah ni. 
Ringkasan rumusan isi kandungan dalam buku ni. Kalau nak buku ni try lah call nombor tertera tu. Aku pun tak pasti kat mana ada jual. Masa aku beli buku ni harga Rm5 sahaja. Kalau kat luar tak tau la harga brapa.
 Sedikit Prebiu isi kandungan. 
Dan yang paling sempoi ialah ini bukan printed autograf. Aku minta sendiri Ustaz Don untuk sign autograf ni. Sangat Rare...

Sambutan Maulidur Rasul Bersama Ustaz Don Daniyal

Sambutan Maulidur Rasul Kementerian Kerja Raya 18 Rabiulawal 1434H / 30 Januari 2013 diadakan di Dewan Tan Sri Mahfuz Khalid. Sambutan dimulakan dengan perarakan dan laungan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. Sambutan ini dimeriahkan dengan ceramah Maulidur Rasul yang disampaikan oleh penceramah terkenal Al Fadhil Ustaz Don Daniyal Bin Don Biyajid atau mudah dengan panggilan Ustaz Don.

Ketibaan Ustaz Don dalam dewan. Seghak sekali dengan reben hitam beliau.

Gaya Ustaz Don menyampaikan ceramah beliau

Ketika berdiri sambil berceramah. Dekat 2 jam gak tu. Berbeza sekali kalau kita tengok 30 minit Ustaz Don kat tv. #30minitustazdon yang sekejap sangat. Ceramah ni makan masa dekat 2 jam serius memang puas giler. Puas menatap Ustaz Don tapi belum puas dengar ceramah beliau. Boleh kata penyampaian beliau mengajak kita beremosi dan menghayati cerita beliau.
 
Peluang berphoto-photo dengan Ustaz Don. Peluang tak datang selalu, so kena rebut la peluang. Kalau malu-malu tu melepaslah. Ini kira candid gak ni. Tapi gambar bawah ni bukan candid.
 
Apa cam? Sapa seghak? Opkos la Ustaz don. 
Siap berbaju melayu lagi aku. Aku join perarakan tu yang pakai full set. Ok la next entri aku share skit pasal buku keluaran khas dari Ustaz Don.

Buku "Syariat itu Mudah Kahwin itu Indah" oleh Ustaz Don Daniyal

Wednesday, January 23, 2013

Tuesday, January 22, 2013

Layan internet dengan USB Tethering Smartphone (Modem)

Line broadband kena bar? Line internet rumah kena bar? Takde wifi ? Terlupa bayar bil, or buat buat lupa keh3.. (gelak jahat) Jangan risau masih ada banyak lagi cara nak melayari internet kat PC or Laptop. Ini salah satu cara untuk pengguna Samsung S2 dan samsung-samsung sewaktu dengannya kot** tetiba ada kot kot kan. Teknik mudah iaitu Teknik USB tethering.

Lihat langkah-langkah dibawah:-
1. Pastikan data plan ada kalau takda anda bukan pembaca yang kami cari. boleh usha entri lain ya.
2. Pastikan data plan tak kena bar-kalau kena bar jugak pi cc la, bayar rm1 dok sejam.
3. USB cable kena ada? takde usb ang pi ambik tali lembu sumbat kat hidung ang.
4. Semua dah cun, cucuk usb kat usb port(Smartphone ke CPU or laptop)
5. korang gi kat smarphone korang pilih SETTING -> WIRELESS AND NETWORKS
->TETHERING AND PORTABLE HOTSPOT->USB TETTHERING (sila tick) harap maklum kalau USB tak connected maka korang takleh nak tick. Sila pastikan usb connected. Dah tick tunggu sekejap dia nak connecting...loading 2%..99%.. pastu timbul perkataan ni [tethered] haa maka suksess la proses tu.

6. buka browsers mozilla, ie or chrome try browse tengok.. kalau tak keluar jugak ulang langkah 1. Kalau tak keluar jugak sila ulang sampai korang stress. Kalau dah stress tak boleh jugak sila bayar bil anda. Sekian terima kasih.
Selamat mencuba.

Monday, January 21, 2013

Panduan Penggunaan SF Beauty

Setiap produk kecantikan ni ada cara-cara tersendiri untuk menggunakannya. So ini cara yang disyorkan untuk penggunaan SF Beauty: 

1. Cuci muka dengan sabun 2 Sf Beauty kali sehari.
2. Gunakan krim malam Sf Beauty pada malam hari (tentu la pakai malam kan nama pun krim malam.)
3. Gunakan krim siang Sf Beauty pada siang hari (sebab  boleh dijadikan alas bedak sebagai pelindung UV)

Sapuan kedua krim ni adalah nipis sahaja. Tak yah banyak sangat.
Jika kulit kering, basahkan hujung jari dengan air bagi memudahkan sapuan krim.

Jika pada awal penggunaan muka terasa pedih, hentikan penggunaan krim malam tetapi teruskan penggunaan krim siang dan sabun. Selepas 2@3 hari gunakan semula krim malam.

Antara kesan awal yang biasa ialah rasa gatal di tempat yang bermasalah dan pengeluaran minyak berlebihan (biasanya kesan ini hanya sementara dan akan beransur kurang). Kadang kala bagi kulit yang kurang mendapat penjagaan sebelumnya akan berlaku sedikit pengelupasan HALUS di bahagian bermasalah.

Kulit akan mendapat kelembapan semulajadi dan terasa halus dalam tempoh 1 hingga 3 minggu. Krim malam boleh dikurangkan penggunaannya selepas hasil yang diperolehi (contohnya guna seminggu 2 atau 3 kali sahaja)

Mudah sangat kan cara penggunaannya.. Klau nak cuba cuba produk ni, sila ke link ni SF Beauty
atau boleh contact saya 0194565783 (Firdaus) atau 0195775783 (Sal) untuk maklumat lanjut.
Sekian.

Wednesday, January 16, 2013

Peristiwa-peristiwa 2 Januari 2013

1 Januari harijadi mak aku, 2 Januari harijadi aku pulak, dekat sangat tak? Best kan? Sangat Rare. Haha rare sesaja. Apa yang aku nak cerita semperna harijadi aku hari tu, ada beberapa peristiwa serentak yang berlaku hari tu yang memungkinkan aku ingat sampai bila-bila.. 

2 Januari 2013- Usia aku beralih angka dari 2 ke 3. Sekarang dah masuk 30tahun. Alhamdulillah masih sihat.
2 Januari 2013- My eldest daughter start persekolahan tahun 1. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Jumpa kelas, tak sesat. Tau toilet kat mana. Penting tu. Takde peristiwa kencing-kencing dalam kelas macam zaman keci-kecik dulu. .
2 Januari 2013- My son start masuk Nusery baru 4 tahun. Alhamdulillah segalanya ok, anak aku takde nangis-nangis dan takde dia gigit-gigit anak orang. Wakkakaka..

So malam tu aku nak celebrate Birthday aku. Tapi takde la makan tiup lilin or potong kek bagai. Hehehe.. Kali ni lain sikit dan jugak boleh diketegori peristiwa baru aku. Pergi makan Burger Bakar Burn. (Bakar terbakar) di Dagang Avenue Food Court, Ampang. First time aku makan bak ang.. So memandangkan birthday aku so order yang special punya la. Memang terbaek dan sangat mengenyangkan. (Lamb and beef dia memang powerr) Sila try... chow...

Faizal Tahir Lelong Piala Untuk bantu GAZA

Kenapa aku tak tahu pasal ni. Yang aku sibuk tau Cristiano Ronaldo lelong kasut emasnya untuk bantu GAZA. Sedangkan ada rakyat Malaysia yang sanggup lelong harta hakmiliknya untuk membantu GAZA. Hmm.. Slow internet aku ni.
 
 Sumber maklumat dan gambar: Ohbulan.com
Salah seorangnya penyanyi terkenal negara, Faizal Tahir. Mungkin ada yang lain yang aku tak tau. Yang membeli ni pun sedikit sebanyak turut menyumbang. 3 buah trofi yang berjaya dilelong.


Berikut merupakan tiga pihak yang telah berjaya membida harga paling tinggi untuk trofi Faizal Tahir :

Telekom Malaysia (TM) – Suheilah Abu Bakar, Naib Presiden Segmen Entrepreneur TM (Trofi AIM 15  – RM50,000)
Maybank – Pn Eliza Mohamed, Naib Presiden Eksekutif Hal Ehwal Koprat Maybank (Trofi APM 2008 – RM20,000)
Celcom – Pn Rahizan Ismail, Pengurus Kanan Komunikasi Koprat Celcom Axiata Bhd (Trofi AJL 2003 – RM10,000)
Kesemuanya berjumlah RM80,000.00


Beliau berharap tindakannya tidak akan dipersoalkan dan ia merupakan keputusannya sendiri.
Tambahnya lagi, Allah tidak akan bertanya berapa banyak trofi yang telah dimenanginya sewaktu hidup dan apabila mati kelak, trofi-trofi tersebut tidak akan dibawa bersama. 

Syabas Faizal Tahir... 

Tuesday, January 15, 2013

Aku & S2 Part 14 :: Sepetang di Pullman Putrajaya

Jalan-jalan makan angin di sekitar pullman, Taman Seri Empangan, Putrajaya. Jambatan Seri Gemilang, Bangunan KPKT, KPWKM. Sungguh menawan hati.

Tuesday, January 1, 2013

Tahun Baru dan Tarikh Lahir bergerak serentak

Hari ni 1.1.2013 dan 1.1.2013 ialah hari lahir mak aku. Hari lahir yang ke-48. Selamat hari lahir dan selamat tahun baru. Senangkan nak ingat? Ingat tahun baru ingat hari jadi mak. Semoga mak diberikan kesihatan yang sempurna, diberikan fizikal dan mental yang kuat untuk menghadapi masa-masa akan datang. Moga dilimpahkan dengan rezeki dan dipanjangkan usia. Amin. Mak, saya sayangkan mak.
Serba sedikit tentang mak aku,


Dia berbangsa Cina,
Fasih berbahasa hokkien, mandarin, bahasa bidayuh.
Boleh bertutur bahasa melayu dan bahasa inggeris jika perlu haha.
Dilahirkan di Lundu Sarawak.

Aku gak tak pandai cakap cina.. Rugi-rugi. Walaupun kami berbeza agama tapi hubungan kami mak dengan anak tetap utuh, mesra dan sentiasa mantap. Walaupun kami juga berjauhan, kami tetap berkomunikasi dengan mesin elektronik. Kalau kami tak balik kampung mak datang melawat kami. We love you mum and dad.. Selamat Hari Lahir ke sekali lagi dan selamat tahun baru. Moga tahun baru lebih baik dari tahun-tahun yang lepas. InsyaAllah.