Cosmoderm

cosmoderm

Thursday, September 19, 2013

Ten Dollars Board of Commissioners of Currency Malaya and British Borneo a.k.a Kerbau Bajak

Akhirnya kau sudah sah jadi milik ku. Aku berkenalan tak lama, dari pandangan pertama terus aku jatuh hati. Ingin ku miliki tapi belum bersedia. Sudah beberapa hari berlalu, ternyata hasrat terpendam tidak pudar, terus ku hantar rombongan merisik. Ternyata risikanku tidak sia-sia. Tarikh dan masa telah ditetapkan dengan wang hantaran yang berpatutan dengan kondisi yang hampir sempurna GEF. Inilah dia Si Kerbau Bajak.
Ten Dollars Board of Commissioners of Currency Malaya and British Borneo
Date of Issue : 1961

Kena simpan kemas, simpan ketat-ketat. Duit lama katakan, payah nak jumpa dah sebenarnya. Kalau ada sapa-sapa yang jumpa kerbau bajak ni, boleh roger-roger aku.

1 Dollar Board of Commissioners of Currency Malaya and British Borneo