Cosmoderm

cosmoderm

Tuesday, March 18, 2014

Ikan Bilis Goreng Berkicap | Mudah dan Ringkas

Sumber inspisari dari DAPUR TANPA SEMPADAN 

Mungkin ramai yang kata menu ni menu orang bujang tapi tidak bagi aku. Kalau aku nak kategorikan, aku akan kata menu last minit, menu teringin, mudah dan ringkas, menu keluarga pomboley..

Aku olah sikit dari resepi asal. Biasa la orang lelaki ni kreatif. Bab masak masak ni suka tokok tambah. Sebab tu ramai orang lelaki jadi Chef. Kalau orang pompuan ni straight to the point. Kalau nak tambah itu ini mesti dia akan tanya, "pernah ke orang letak tu?" atau dia akan cakap "Tak best la letak tu.." atau dia cakap lagi "Tak pernah di buat orang.."...

Jom ke dapur versi aku..

Bahan bahan:

1. Ikan Bilis (2 genggam bersihkan)
2. 1 Bawang merah saiz besar (hiris)
3. 10 biji cilipadi (ikut suka)
4. 2 sudu besar kicap
5. 1 sudu besar oster sos (tambahan menu)

Cara penyediaannya..
1. Goreng ikan bilis sehingga nampak garing
2. Angkat ikan bilis dan toskan.
3. Goreng bawang dan Cili pula.. jangan sampai hangit bawang sudah ler.. Sekejap je then perlahankan api
masukkan ikan bilis yang goreng tadi,
4. Masukkan oster sos dan kicap. Gaul sebati. Tak cukup kicap tambah lagi.. Agak agak dah sama rata tu boleh lah hidangkan...


Hidang dengan nasi putih panas-panas... Perghh.... Aku yang taip ni pulak yang terliur.. Hehe...

3 comments: