Thursday, September 18, 2014

Aliah dengan Loom Band | Permainan terkini

Dah menjadi trend budak-budak perempuan dan remaja terkini bermain permaianan Loom Band | Getah mesin tenun [translate dari Google]. Aliah pun tak terlepas bermain Loom band ni. Hadiah dari nenek. Nenek pun tau main getah. Hehe.. Gelang getah halus berwarna warni. Memang sangat comel dan menarik.
Loom band Kit. Mudah didapati dipasaran, mana-mana kedai mainan pasti jumpa loom band ni. Jual getah saja tanpa kit pun banyak.
Aliah nak mengait | menenun secara manual gelang getah tersebut. Nak main ni pun kena ada mood gak. Takde mood tak jadi.
Aliah boleh buat gelang tangan, rantai leher dan cincin. Itu yang Aliah slalu buat. Tanya kat Aliah mana dia belajar pasang getah ni, dia cakap tengok tutorial je. Bijak anak babah ni. Tengok tutorial je.
Yang huruf Y macam bentuk lastik tu adalah antara tool yang digunakan. Tempat letak getah-getah untuk di tenun. Menghasilkan getah yang panjang.
Ni hasil yang Aliah dah buatkan. Rantai leher. Cantik kan. Tapi untuk hiasan je. Aku tak kasi pakai sebab bahaya takut terketat tak sedar darah tak jalan nanti. Ada jugak pro and con main getah-getah ni. Cuma jangan kerap sangat main sudah. Elakkan dari menghidu getah-getah ni. Banyak bahan kimia. Pastikan lepas main getah ni basuh tangan.

4 comments:

  1. bukan budak pompuan je, anak bujang akak pun rajin mengulit benda ni. akak suruh dia buat ikat rambut akak je... 😂

    ReplyDelete
  2. Same goes to my Dania..2 hari lepas beli full set loom band kat padang besar...suka betuldia...

    ReplyDelete