Tuesday, September 9, 2014

Cabaran 30 Hari | Hari # | 5 lelaki yang menarik perhatian aku

Hari #9 Cabaran 30 Hari | #kelabbloggerbenashaari berlangsung. Topik hari ni? 5 lelaki yang menarik perhatian aku. Okeh biasa kalau orang lelaki selalu dikaitkan dengan perempuan tapi kali ni lelaki. Nak tak nak kena cerita gak. Tapi takde la sukar sangat pun cuma masa je tak sempat nak karang. Pagi petang meeting. Okeh top 5 pilihan aku. 

5. Cristiano Ronaldo atau nama sebenar Cristiano Ronaldo dos Santos Aveiro 
Kenapa aku pilih dia? Sebab aku fan Manchester United? Bukan sebab tu je, aku suka karektor dia sebagai seorang yang murah hati. Seorang penderma...
Sedikit info:-
“I don't have tattoos because I donate blood very often,” Ronaldo told the Diretta News. ... You won't find a tattoo on Cristiano Ronaldo's body.

Cristiano Ronaldo donates $83,000 to pay for sick child's operation

Cristiano Ronaldo has donated his Golden Boot worth €1.5 million to a cause of supporting Palestine children.
Dan banyak lagii... Huh info yang korang kata biar betul?
Ini Koleksi Jersey RONALDO aku..

4. Wayne Rooney | Wayne Mark Rooney | Player Manchester United
Seorang pemain penyerang yang sangat berkarektor. Aku sangat suka dengan perubahan dia dari seorang yang panas baran ke seorang pemain yang berdisiplin tinggi. Pemain yang begitu rajin dan tidak pernah putus asa dalam padang. Kalau boleh satu padang dia nak lari. Fizikal dan stamina yang padu.
Ini Koleksi Jersey ROONEY aku
3. Jason Statham | Actor
Bukan calang-calang pelakon ni. Aku minat dia sejak tengok transpoter. Aksi bersahaja penuh dengan Martial Art. Gaya dia dengan badan dia Fuh aku tertarik. Antara filem yang aku minat Transpoter I,II,III , The Mechanic, The Expandables I, II, III, Parker, Safe, Killer Elite dan aku tak sabar tunggu statham dalam Fast & Furious 7
Sepatutnya aku yang masuk majalah, tapi sebab dia dah senior so aku bagi je la chance kat dia.

2. Tun Dr. Mahathir Mohamad | Mantan Perdana Menteri Malaysia
Kenangan berphoto bersama Tun di Masjid Negara. Kenapa beliau ? Korang google la sendiri.. 

1. Ayah aku  | HE's the ONE
Tidak heran memilih ayah sebagai lelaki yang menarik perhatian. Banyak ciri-ciri yang aku tak mampu tandingi ayah aku. Dia seorang yang bertanggungjawab, berdisiplin dan dedikasi. Tepati waktu dan komited tinggi terhadap tugas. Dia tidak ambil mudah sebarang kerja yang dia lakukan. Terliti dan teratur. Ayah aku tidak pernah pukul aku sejak dari lahir lagi. Dia seorang yang penyabar dan tidak panas baran. Banyak lagi la yang menarik.. cukup la ni cukup. tiba-tiba fullstop!

3 comments:

  1. yang gambar pakai baju askar tu 2 3 kali tengok..banding ngn gambar atas hahahaaa

    ReplyDelete