Thursday, October 23, 2014

Koleksi Teenage Mutant Ninja Turtles Part 2 | Ada Tips membeli Lego

Sambungan dari Teenage Mutant Ninja Turtle Part 1 . Yang ni koleksi watak jahat pulak dalam citer ninja turtles. Aku tak sure pulak watak jahat ni. Melayan la karenah Akif nak lego ni pulak. Memula nak sifu Ninja Turtles tu takde pulak. Stendet sangat bila nak takde pulak, bila tak cari bersepah-sepah pulak. Geramm hehe...
Watak yang jahat ni dipanggil Shredder dan Soldier. Yang Shredder ni aku rasa dia la ketua jahat, dan Soldier ni kompom konco-konco dia.
Siap skateboard lagi. Ha btw tak semua lego ada skateboard ni. Yang brand ni ada skateboard. Kena check aksesori.
Ok dah Zoom in.. Gambar dengan lego nampak sama. Memang menarik kalau dikumpul banyak-banyak. Okey aku nak share sikit tips nak membeli lego ni.

Tips membeli.
1. Check dulu sebelum beli atau bayar. Tadi masa beli ni, tangan takde, tak cukup part. Nasib baik dekat dengan kiosk tu lagi. Kalau dah balik rumah silap-silap malas nak tukar.
- dan ada kes yang gambar kotak lain, aksesori dalam tu lain, kepala lain, tangan lain...

2. Tengok gambar kotak, biasanya apa yang ada kat gambar kotak tu, 80% itu lah yang korang dapat didalamnya.

3. Lego sebesar ni kalau harga lebih dari RM5 takyah beli lah. Melainkan brand LEGO yang sememangnya mahal. Tapi kalau dah teringin sangat sebab susah nak dapat, itu hak masing-masing. Akif ni pantang tengok lego, pergi memana nampak kiosk ke kedai yang ada lego, aku risau dah. Kalau Akif nak sangat lego pun, harga lebih dari RM5 aku tak beli. Menangis ke menjerit ke aku akan cuba tak beli. Rugi kot dengan harga tu boleh beli 2,3 biji lego tempat lain.

4 comments:

  1. ni ash dah besar nanti dah pandai mintak barang tak boleh bagi tengok blog uncle daus dia ni...hik hik hik...sebabnya nanti dia mintak... "mummy...nak mainan macam uncle daus punya?"

    ReplyDelete
  2. Kena kumpul duit belanja sekolah la kalau nak beli yang mahal2 tu Akiff oi..heheh

    ReplyDelete
  3. bestnya... dah besar nanti buat koleksi lego plak akif ye...

    ReplyDelete