Sunday, October 5, 2014

Selamat Hari Raya AidilAdha 1435H

Selamat Hari Raya AidilAdha, aku ucapkan kepada semua. Macam biasa aku balik kampung isteri kat perak. Balik petang jumaat lepas kerja, traffik lancar walau kereta banyak. Malamnya hujan lebat, kereta tak boleh laju pun. So ikut je la flow dalam 60-70km/j sambil layan Zombie Kilang Biskut. Seram jugak tengok cerita ni maklum la memalam dalam kereta, keliling highway tau la hutan kan. 
Alhamdulillah sampai jugak kul 10.30 malam. 

Nah Gambar hasil sketch bro Syed Alwi. Kreatif sungguh orangnya. Lawa gambar ni. 

Hari ni? Selesai solat sunat AidilAdha cadang nak pergi tengok lembu korban. Alkisahnya lembu lambat sampai. Koh³ katanya kul 10.30 pagi  sampai kul 11.30 pun tak sampai. Aku balik la rumah. Keja makan je hari ni. Sebelum gi surau tadi makan nasi lemak, lepas solat tadi surau jamu nasi lemak jugak, balik rumah makan nasi impit dan rendang pulak.. Perghh kenyang perut. Last-last tersadai atas kusyen. 
Korang apa cerita hari ni. Kawan-kawan #kelabbloggerbenashaari ada pergi beraya hari ni. Bestnya.. Kemana pun destinasi korang semua, hati-hati di jalan raya. Kisah sedih dan pilu semalam di highway kuala kangsar sangat menyayat hati. Yang makan daging korban tu kalau rasa tak biasa, makan sikit-sikit. Sebab ada gak orang yang tak boleh makan daging korban ni. Panas katanya. 

Akhir kata, Selamat menyambut Hari Raya AidilAdha semua dari KELABBLOGGERBENAHAARI

2 comments:

  1. Selamat Hari Raya Aidil Adha :)

    http://seronoknyermelukis.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Sempat lg nk ucap salam aidiladha.....

    ReplyDelete