Cosmoderm

cosmoderm

Friday, January 31, 2014

Apa Apa Saja Tentang Aku Facebook Page | Jom Like

 
Jom Like Facebook Page aku. Baru nak mula berpage-page. 
Boleh usha-usha kat link bawah ni..


Terima kasih sudi support.

Sempena CHINESE NEW YEAR | Potret satu ketika dulu...

Gambar ni rasanya dah lebih 20 tahun yang lepas. Aku? Yang duduk paling tengah sekali. Nampak tak? Sama tak muka dulu dengan sekarang? Masa ni beraya kat rumah tok aku kat Lundu, Sarawak sempena tahun baru cina. By the way, Tok aku chinese and Mak aku pun chinese. Aku ni kira mixing la kononnya. Chinese + Bidayuh. Tapi aku tak pandai cakap chinese.. Arghhh ruginyer. Anyway, expert in Bidayuh, nanti nak buat entri Learning Bahasa Bidayuh korang nak?


Alhamdulillah semua dalam gambar sihat walafiat. Baru semalam call Atuk ada makan besarkah? Haha..
Walau berlainan agama tapi perhubungan tetap erat.  
We living in Malaysia and We love Peace and Harmony
Happy Holiday to them!!

Thursday, January 30, 2014

Koleksi Koleksi Lego | Marvel & Super Hero

Kalau dah minat nak buat cam mana kan. Pantang jumpa lego, aku beli tapi takde la beli yang merapu-rapu. Aku beli yang murah-murah je. Mampu milik. Kalau mahal tu aku abaikan je.

Ni koleksi lego terbaru aku.
Marvel juga Super Hero...
Koleksi Marvel Hulk, Thor, Ironman, Loki dan Captain America

Super Hero Superman, Batman. Spiderman pun ada tengok pic bawah. 

 Koleksi-Koleksi Lego aku dengan Koleksi Tesco Toy
Apa macam, comel tak? Haha, aku memang suka toy kecik-kecik ni. Comel... Nanti kalau terjumpa lain nak angkut lagi. Ngeeeee......

Wednesday, January 29, 2014

Hard Rock Cafe Tokyo | Sovenir Dari Seorang Sahabat

 Alhamdulillah ada sahabat murah hati 
balik dari Jepun belikan sovenir untuk aku. T-shirt Hard Rock Cafe | Tokyo
Arigato Gozaimashita....
Boleh tambah koleksi baju Hard Rock aku ni. Poyo je macam banyak koleksi aku ada kan.

 Siap dengan Fridge Magnet lagi.. 

Kawan yang aku maksudkan ni nama dia Idham budak Ganu. Bujang lagi + Hengseng.. Kalau datang KL slalu bawakan aku kopok lekor atau kopok ikan. Baik budaknya. Dia pandai buat bisnes, dah ada butik sendiri. Ni sapa-sapa minat kain nah tengok koleksi-koleksi dia.. Ni antara-antaranya :

 
 Kalau nak tengok lagi boleh klik link bawah ni.
Ada macam-macam korang usha la..

Mudah-mudahan murah rezeki dia. InsyaAllah. Ini je yang aku mampu balas.

WW | Paintball bersama Kelab Blogger Ben Ashaari | KBBA

Game on:  Ben Ashaari in !!
 
Kena dah weh! Headshot!

 26.01.2014
Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA)

Lokasi
Cyberjaya Paintball Park,
@ Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya,
Jalan Kelab Off Persiaran Semarak Api,
63000 Cyberjaya, Selangor
Malaysia.

Nur Aliah Nadhira | 5.50 a.m buat homework

Semalam penat sangat agaknya. Balik rumah terus tido. Kejut-kejut tak nak bangun. Ada homework plak tu. Haa, homework tetap homework. Pukul 5.50 am kejut dia bangun buat homework.
Siap jugak homework 6.20 a.m.


Posted via Blogaway

Monday, January 27, 2014

VICTORIA BRIDGE KUALA KANGSAR | TAPAK WARISAN NEGARA

(on slang perak)Rasa-rasanyer mekome pernah tak dengar nama Victoria Bridge? Tak pernah! Victoria Adams? Victoria Beckham? Ha, itu mekome kenal sangat la kan. Retis kenal aje. Okeh mari sini nak kabo kat mekome apa dia Victoria BridgeVictoria Bridge ni ialah sebuah jambatan landasan keretapi. Kat mana? Jambatan ni dok ada kat Seberang Karai, Padang Rengas, Perak. Lebih kurang 10km dari Bandar Kuala Kangsar. Jambatan ini deme beri nama sempena nama Queen Victoria nun orang British dulu-dulu. Usia jambatan ni pun dah lebih 1 abad.(off-slang perak)
Oleh kerana ia adalah part of sejarah dan Khazanah Warisan Negara, Railway Tourism Association Malaysia (RTAM) mengambil inisiatif dengan menganjurkan satu acara ‘Program Pelancongan - 1Malaysia Green, 1Malaysia Clean’ bertempat di Victoria Bridge, Seberang Karai, Padang Rengas, Perak. Bertujuan memulihara dan memelihara kawasan persekitaran tempat bersejarah ini. Bahkan Victoria Bridgemampu menjadi destinasi terbaru tempat pelancongan bersejarah di Kuala Kangsar malah di Malaysia. Selain dari itu, penganjuran dibuat bagi menghalang mana-mana pihak yang berniat untuk meroboh dan memusnahkan struktur jambatan tersebut yang mempunyai nilai sejarah yang tidak ternilai kepada Negara seterusnya menjadi salah satu ikon terbaru pelancongan Negara terutamanya kepada negeri Perak.
 " ...dibina sekitar tahun 1897 hingga 1900 oleh pihak berkuasa Keretapi Negeri Perak, Jambatan Victoria adalah sebuah jambatan kereta api tunggal yang melintasi Sungai Perak di Karai dan merupakan salah satu jambatan kereta api tertua di Malaysia. Ia terletak kira-kira 4 km dari Jambatan Iskandar. Ia telah dibuka pada 21 Mac 1900 oleh Almarhum Sultan Idris Murshidul Azzam Shah pada satu majlis yang turut dihadiri oleh Sir Frank Swettenham, Residen-Jeneral untuk FMS, dan Sir John Pickersgill Rodger, yang bertindak Residen British Perak. Pembukaan istiadat jambatan terdiri membuka sebuah bar menyeberangi portal dengan kunci perak" 
Program Pelancongan - 1Malaysia Green, 1Malaysia Clean telah ddisempurnakan oleh Menteri Perlancongan dan Kebudayaan Malaysia, YB Dato' Seri Mohamed Nazri Bin Tan Sri Abd Aziz. Turut disaksikan oleh Pn Khadijah Abd Rahman, Pengerusi Railway Tourism Association Malaysia (RTAM)
Beberapa das meriam dibunyikan sempena perasmian pelancaran program ini. Dinyalakan sendiri oleh penduduk kampung. Takde peluru pun tapi bunyi mak aiihhh KeBaBOOOMMM!!!!

Sekitar majlis pelancaran. Sungguh meriah.

Rasanya mereka ni otai-otai ni, petugas-petugas yang terlibat dengan keretapi lama. Kalau tak berphoto dengan dorang ni memamng rugi la.. sangat RARE! . Puan Khadijah tidak lepaskan peluang berphoto dengan mereka.

Haa, bagai VVIP!! Blogger, media dan pelancong luar negara disambut meriah oleh penduduk-penduduk kampung. Makan lagi.. Makanan tradisional sememangnya power.
Last but not least, Victoria Bridge bukan setakat tempat lawatan je, bagi korang nak buat photoshoot kat sini memang terbaik beb.


 ..........seimbas lalu........................................

Kalau bukan kerana Victoria Bridge tidaklah aku terperasan banyaknya tempat dalam Malaysia ni yang bersempana nama Victoria ni. Korang tengok ya...

Victoria Street, Penang 
 
Queen Victoria Jubilee Clock Tower, Georgetown Penang 
 
Victoria Institution, Kuala Lumpur
Victoria Fountain, Dataran Merdeka
Victoria Memorial Fountain, Melaka
Victoria Road, Nibong Tebal

Sumber-sumber dari internet. Kalau destinasi telah diiktiraf, memang wajar Victoria Bridge juga diiktiraf sebagai salah satu Tapak Warisan Negara. Terima kasih RTAM memberi peluang menjadikan kami blogger sebagai perantara penyampai maklumat.

Saturday, January 25, 2014

Kaison | Bekas Aluminuim serba guna !

Konon nak pergi kaison teman wife je. Masuk dalam ni juling mata juga tengok barang-barang dalam ni. Skali aku pun terjebak beli benda ni. Bekas aluminuim serba guna | So apa kegunaannya? |
Haa, tengok bawah ni.
Tempat simpan barang-barang kecik. Takde la berterabur atau berselerak. 5's la sangat, hahaha.. Tapi serius bekas ni cantik. Ada New York & London, gambar lain-lain. Harga Rm6.90 satu.

Lokasi Kaison Paradigm Mall

Friday, January 24, 2014

Muhammad Akif Danish | Batuk dah makin reda

Alolololo siannyer Akif Danish, dua hari lepas tak sihat, batuk-batuk.. Dia kalau batuk-batuk memang slalu macam sesak nafas. Tido pun berbunyi, pusing sana pusing sini tak selesa.
 Muka pun monyok je, tak sihat kan.
Ubatnya kena bawa gi buat nebulizer. Lepas buat nebulizer baru nampak cergas sikit. Tenang je buat nebulizer hari tu, selalu meronta-ronta.. 

Alhamdulillah hari ni batuk dah surut. Semoga bertambah sihat ya Akif Danish..

Railway Tourism | Percutian ke Homestay Kampung Beng

Bayangkan kalau member korang ajak pergi jenjalan. Transport, penginapan dan makan minum semua ditanggung. Excited tak nak join?? Mau tak excited kan. Satu hari tu member aku Careno offer nak tak aku join satu event. Percutian ke Homestay Ipoh naik Keretapi katanya. Tinggal dengan keluarga angkat la bagai, dia story mory la dari A sampai Z. Aku! Apalagi excited giler la nak join.
....... Masih terngiang-ngiang lagi invitation dia, dah pun kami sampai ke destinasi. Pilihan kami Homestay Kampung Beng, Lenggong, Perak. Perjalanan menaiki keretapi laju (ETS) dari KL Sentral ke Terminal Ipoh mengambil masa 2 jam 20 minit. Memang tidak terasa kepenatannya, sebab menikmati pemandangan hijau yang mengasyikkan serta keselesaan ETS itu sendiri. Dari terminal Ipoh kami menaiki bas ke Kg. Beng dalam sejam lebih gitu.
 
Untuk sampai ke Kg. Beng kena naik bot pulak. Ada je jalan darat tapi jauh dan lorong kecil tidak sesuai untuk kenderaan besar. Naik bot lagi best what? Baru la nampak cabarannya, menikmati keindahan tasik Raban yang terkenal di Lenggong. Kejap je pun naik botnyer tak sampai setengah jam pun.Pemandu-pemandu bot cekap-cekap belaka. Memang Otai sungguh.

“Perkampungan ini telah dibuka oleh seorang anak Raja Patani yang dikenali sebagai ‘Tok Beng’ yang telah melarikan diri mengikut Sungai Perak. Maka wujudlah nama kampung ini sempena dengan panggil ‘Tok Beng’. Kampung Beng ni terdiri daripada 6 buah perkampungan kecil iaitu Kg. Durian Lubuk, Kg. Bend Dalam, Kg. Dusun, Kg. Sekolah Kg. Durau dan Kg. Batu Ring. - info”

Kami ditempatkan di Homestay Kg. Batu Ring, Kampung Beng. Sampai di sana kami disambut oleh keluarga angkat dan penduduk-penduduk sekitar. Inilah pengalaman pertama nak duduk dengan keluarga angkat.

Najeeb | Aku | Ujang | Mawardi | Lan Careno
Inilah pemandangan sekitar kampung, fresh sangat, bebas dari udara toksik. Kelihatan pokok pokok getah di sekeliling kerana Menoreh getah merupakan aktiviti utama penduduk kampung ni. 

Inilah gambar kenangan bersama keluarga angkat di Homestay Kg. Batu Ring, Kampung Beng. Haa rumah biru tu la tempat kami tinggal. Terima kasih Pak Zam dan Mak Siti yang menerima kami sebagai anak angkat, serta makan dan minum sepanjang 3 hari 2 malam di sana. 
**homestay ni menyediakan khas 2 bilik beserta 1 bilik air untuk pelancong yang tinggal di sini. Katil, kipas, almari, plug semua ada. Juga menyediakan sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam. Bekalan Air paip yang sangat sejuk hampir tahap beku. Haha, yelahkan sumber air terus dari air bukit yang berdekatan.


...........selepas seharian di Pesta Makanan Tradisional Lenggong.....

Aktiviti Riadah
Aktiviti yang diadakan oleh penduduk kampung. Ekspedisi menawan Air Terjun | Lata Tok Muda.. Wow ekspedisi sangat. Havoc gitu.. Tak percaya tengok gambar. Kena melepasi pagar elektrik? Berdegup boboi takut syot karen... Kena lalu bukit curam dan licin, batu licin, air sungai yang deras.. Haa baru kerlas panggil ekspedisi.. kan kan..

Crossing sungai sambil mengelak pagar elektrik Sue Izza ke tu yang baju hijau tu? Leading yer..
Tengok ni superman a.k.a member aku tu pun takutt...
Haa tengok Najeeb ni Cemas la tu..
Cemas lagi... bila nak sampai daaaa??
 Sue Izza, Erra Kyra dan Mieza rileks je..
Nampaknya kasut Beki tidak sesuai untuk aktiviti ni, so berkaki ayam lah yerrr... Amboi mamat blakang tu... Chakk..
 
Yaahooo dah sampai Air Terjun.. Amboi si Erra Kyra tu terbelit tudung ker? Hehe.. Qaseh kontrol ek.. padahal nampak pacat terlompat lompat.. Haha Superman tu kemain lagi tadi main hulur tangan, ni nak terbang dah la ni. MK Syahir nak bersilat ker? Dah buka kuda-kuda?
Ni apa pulak pesyen ni main hempuk batu kat belakang ke? Ke tengah mengurut? Cari urat..
Ini ala ala Prince Mermaid yang tersadai.. Aspalela Lela lela lela... bukan dugong ok
Apapun aktiviti ke air terjun ni memang sempoi. Pergi ramai-ramaikan best.

Aktiviti Malam
Rasanya tengah kami sibuk bermandi manda, Mak-mak angkat & Pak-pak angkat sibuk kat dapur. Prepare untuk jamuan makan malam.Gotong-royong ala-ala kenduri gitu. Kalau ikutkan plan nak barbeque tapi cuaca tidak mengizinkan. So penduduk kampung sediakan Plan B.
Haaa ni lah makan malam kami........ amacam? Homestay kat kampung, makan pun ala-ala kampung gak la. Takkan nak makan Chicken Chop! Tapi serius menyelerakan. Terbaek. Bertambah-tambah nasi. Dia punya kuah cili bawang tu entah brapa kali tambah. Ikan pekasam goreng, Ikan Merah bakar, masak pindang...

Tudiaa plan B.... LiveBand kot. Lagu-lagu lama berkumandang sungguh versetyle, orang kampung pun rock beb.. Mawardi dengan Najeeb turut menyubangkan suara. Memang A lah suara deme..
Gedikknya mamat ni. Siap kasi bunga lagi. Wakaka.. Sungguh meriah malam tu, masakan sedap + kenyang sangat + pulak dengan musik.. 
Ada pun Yanty ni.. penat cari dalam pic. Hhehe..Tik Tok Tik Tok jam berbunyi. Cepat betul masa berlalu.. Dahh dah dah.. abis dah liveband. Masa balik tido. Penattt seyh, letak kepala je teruss..
 
........................zzzzZZZZZzzZZZzzzz.................

Begitulah flashback saya....

Keesokan harinya..............
Dah bersiap-siap untuk balik ker? Kejap je? Apapun percutian ke Homestay Kg Beng ni sesuatu pengalaman yang tidak akan dilupakan. Akanku abadikan dalam kenangan.

Credit Pic: lan, najeeb, beki, erra, sue, qaseh, potia, dan lain-lain..

##Terima kasih Railway Tourism Association Malaysia (RTAM) yang menganjurkan pakej pakej percutian sebegini. Terima kasih kerana memberi peluang merasai sendiri pengalaman ini. InsyaAllah satu hari nanti boleh repeat.
Korang yang nak melancong nanti bukan Free yer.. Ada pakej-pakej tertentu disediakan.
 Experience Malaysian Homestay By Rail
Rasa berminat untuk pakej homestay by Rail ni boleh tengok kat facebook Page RTAM

Railway Tourism Association Malaysia (RTAM)
Malaysia Tourism Centre (MaTiC)
109, Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur, Malaysia
Mobile: 017-364 1157 / 019-326 8480
E-mail: secretariat.rtam@gmail.com