Cosmoderm

cosmoderm

Monday, June 30, 2014

Heavy Duty Steam Locomotive | Enlighten Train Series

Koleksi kedua aku dari Enlighten Train series | Heavy Duty Steam Locomotive.  Dah lama aku beli tapi tak sempat nak pasang. Semalam tak tau nak buat apa so aku pasanglah benda ni.. Dekat 2 jam jugak nak menyetel benda ni. Lenguh jari.
Tuuudiaa, ada 224 pieces nak kena pasang. Larat tak? Ini tuk budak 6+ je. Orang tua je sibuk nak main. Hahaha
Ni baru 1/4 siap. Nak lenguh dah jari pasang. Belum lagi bricks yang 500-600 ratus biji.
Apapun inilah hasilnya, Keretapi Heavy Duty Steam Locomotive. [dari sudut tepi]. Teruja tengok.
Apamacam menarik tak?? [dari sudut hadapan]
[dari sudut atas] Bahagian enjin boleh buka lagi. Nampak tak dalam tu macam ada peluru berpandu. Aku tak sure panggil apa. Turbo dia kot. Nama pun heavy duty. Untuk keretapi kuasa tinggi.

Train series partner.. dengan train aku yang pertama [Steam Locomotive]
dan kedua Heavy Duty Steam Locomotive
Puas hati dengan saiz train ni. Buat display memang mantap. Harap boleh jumpa train yang lain. Setakat ni jumpa kat kedai satu satu je. Itu pun nasib je jumpa. Rasanya ramai yang dah balun kot.. Meriah ooo kalau dapat tambah 2,3 train series yang lain.

Sunday, June 29, 2014

Restoran Sri Ayutthaya Wangsa Maju | Authentically Thai Cuisine

Bak kata orang "Rezeki jangan ditolak".
Apabila dapat jemputan ke jamuan Makan tengahari bersama Crew-Crew JKR Slope. Apalagi aku on je, makan free kan. Destinasi tersebut kat Restoran makanan Thai di Wangsamaju
Sri Ayutthaya | Authentically Thai
Aku tau kewujudan Restoran ni tapi tak pernah makan kat situ lagi. Bersebelahan dengan Carrefour Wangsamaju. 
Tempahan khas untuk Crew JKR.
Nice presentation.. Menarik dan teruja.

SAWADEE KAP....
Krew ICT dan Photographer berselfie dulu sebelum makan. Haha, seronok-seronok buat kenangan. Aku gila selfie sekarang ni, jangan marah aku k.

Jom tengok sajian yang dihidangkan. Aku tak tau nama masakan ni, Aku teka je. Kalau food review aku dah interview dah waiter tu. Haha... Layankan jela, post pulak time-time bulan puasa gini, jangan marah yer. Fikir yang positif ok. Mungkin terfikir nak berbuka makanan masakan Thai, or terfikir nak masak masakan ni.
Gulai Ayam goreng laici (Bukan nama sebenar aku teka je)
Mix Vege, kerabu mangga
Ketam goreng  tepung sweet sour (Aku rasa la..)
Ikan Siakap masak stim versi Thai(Ada kacang panjang, nanas ) Aku tak tau namanya..Bukan masak tempoyak yer.
Udang goreng kari
Butter Prawn - yang ni je aku confident nama dia.. haha
Minuman -  yang bestnya welcome drink bukan air kosong, dapat air atas ni(kiri). Rasa-rasa macam ice lemon tea pun ada, ntah rasa lain skit. Pastu boleh tambah Air lain lagi, aku order Young coconut. Macam-macam menu air kat situ. Terbaekk!!
Orang lain sibuk makan aku sibuk ambik gambar. Selfie bagai. Buat dont know je. Haha.. 
Surprisingly, aku tak ambik gambar menu satu lagi. Gambar apa yang aku tak ambik tu? Dah la masakan famous thai, boleh kata makanan tu kalau tak order memang tak sah. 
 T.O.M Y.A.M!!
Pahadal tu yang sampai dulu. Haha.. TOM Yam Seafood nyum-nyum korang tengok la dalam gambar atas ni. Nampak sikit pun jadi la.
Menarik tak? HARGA jangan tanya aku... Aku tak tau... Harga minuman tau la, pasal ada menu kat atas. Dah tengok sikit-sikit je. Kang ada terliur. Buat bookmark page ni, malam karang buka lagi. Haha..

Saturday, June 28, 2014

Eksperimen Gunung Berapi | Professor Aliah & Akif

 Kalau korang nak tau Aliah dan Akif suka tengok Siri Astro TVIQ Sains Comot dan Bracket Science. Macam-macam ada dalam rancangan tu. Budak-budak ni tau la, semangat ingin tahu dorang tu macam mana, teringin nak buat. Lagipun bahan-bahan tak susah cari. Banyak dah eksperimen Aliah dan Akif buat kat rumah, guna tepung la, pewarna makanan lah.. Ni salah satu yang aku rakam. Siap buat shooting lagi guna handphone..Eksperimen gunung berapi katanya.. Aku pun tak pernah tengok. Jom saksikan....
Apamacam? Komen sikit.. Kalau aku bukan dari segi eksperimen je yang aku nampak. Dari sudut keyakinan mungkin..
Biarkan mereka belajar. Dengan cara begini mereka dapat menajamkan minda mereka. Seronok belajar sains ni. Kalau ada yang menarik lagi aku akan sharekan lagi.

Thursday, June 26, 2014

JKR SLOPE DAY 2014

JKR SLOPE DAY 2014
25 Jun 2014
Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid
Merupakan event yang dianjurkan dengan kerjasama Bahagian Kejuruteraan Cerun, JKR Malaysia dan Pertubuhan Professional JKR Malaysia (ProJKRM).
JKR Slope Day dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kerja Raya,
Y.B. Datuk Rosnah Binti Haji Abdul Rashid Shirlin. (dapat snap gambar dari skrin je dok belakang tabirkan)

Ini merupakan event kedua aku sertai sebagai urusetia ICT 
selepas event Mesyuarat Pegawai Kanan JKR (SOC) awal bulan Jun baru-baru ni.  

Antara pegawai-pegawai yang menghadiri event ni. Penceramah yang datang pun bukan calang-calang orangnya. Yang dari UK ada dari Jepun pun ada. 7 Session dari pagi sampai petang.

Alhamdulillah program berjalan dengan lancar. Peralatan ICT berfungsi dengan baik. Slide dan Audio perfect.
Crew-crew yang terlibat menjalankan tugas dibelakang tabir.

Gambar selit-selit..
Jamuan makan tengahari dengan Urusetia Penganjur. Briyani kambing.. 
Opsss meja VIP!!.. Kenyang...

Tuesday, June 24, 2014

Lawatan ke Pusat Sains Negara | Program sekolah Akif

Minggu lepas dapat surat kebenaran dari sekolah Akif. Lawatan ke Pusat Sains Negara katanya. Memula memang rasa macam berat je nak bagi tapi Akif excited sangat nak pergi. Tambah pula Akif ni aktif risau pulak Cikgu tak larat nak kejar. Hehe.. So aku dengan wife aku setuju bagi Akif ikut lawatan ni. Semalam tengah bersiap nak hantar dia ke sekolah untuk mengikuti lawatan, aku dengan wife aku tiba-tiba je ubah fikiran. Nak join lawatan tu, tak sampai hati rasanya tinggal Akif naik bas. First time naik bas, then without parent pulak tu. Parent nak join boleh tapi anak-anak kena naik bas. So kami follow dari belakang. Transport sendiri. .
Bacaan doa dulu sebelum bertolak dari sekolah.

Akif is ready naik bas. Hehe.. Siap bawa air dan bekal. Aliah ikut jugak semalam. Kebetulan Isnin cuti peristiwa, Ahad ada sukan sekolah.
Amboiii suka la tu naik bas. Siap buat peace lagi.. Tak tau Aku dan Mama dia susah hati..
Alhamdulillah, sampai di Pusat Sains Negara, beratur lagi check kawan-kawan.
Semua ada boleh masuk....
Ada Aquaria.. Seronok Akif dan Aliah tengok ikan-ikan. Besar pulak tu..
 Masuk kat dalam Hall Pusat Sains

Magic Mirror.. Banyaknya cermin, serius pening dok dalam ni. Cari jalan keluar. Apapun best oo main ni, ada seorang dua budak terlanggar cermin. Perghh berdentum bunyinya. Lawak pun ada haha. Aku jalan slow-slow je dalam ni. Risau terhantuk.
Akif bab-bab benda baru ni dia memang suka. Berebut-rebut budak nak main. Biasalah perasaan ingin tahukan.
Yang ni best, susun rail untuk bola pingpong. Yang hujung blah kiri tu naik kan bola, pastu tengok bola pingpong tu sampai tak bawah.
Macam-macam ada la kat sini. Fizik, kimia, biologi, astronomi dan lain-lain. Uji minda, hands on budak-budak. Meriah betul tengok budak-budak ni. 

Lepas masuk Pusat sains, kami ke taman rama-rama. Dekat-dekat je.
Selain rama-rama dalam ni ada gak arnab, kura-kura, specis iguana, budak-budak memang suka la.

Selesai lawatan, phototime...
Aku dengan kurang segan dan silu melakukan selfie dihadapan murid-murid. Hehe.
Photogroup kenangan. Murid-murid Umur 5 dan 6 tahun. 

Rupanya kami je parents yang ikut. Parents yang lain tak ikut pun. Takpe lah puas hati dapat jenguk dan teman Akif. Daripada tak tenang dok kat ofis. Dah settle program Akif tak balik naik bas dah , naik dengan kami. Senyum sampai ke pipi..