Cosmoderm

cosmoderm

Saturday, August 30, 2014

Rekod Perkembangan dan Pencapaian Murid | Akif Danish

Balik dari sekolah Akif mesti nak main tab la, main henfon, koman sekali mesti tengok tv. Risau aku sebenarnya, kalau asyik layan gadget dan hiburan ni. Dah try cuba limitkan masa Akif untuk main benda-benda ni tapi kurang berhasil. Akif lagi bijak menagih simpati. Haha.. Semalam Akif bawa balik buku rekod perkembangan dan pencapaian murid senang cakap "report card". Haa, tengok keputasan Akif penggal pertama.
Fuyooo... Akif dapat no 3 dari 30 murid dalam kelas, cayalah Akif. Anak aktif ni kita nampak je main banyak tapi masa kat sekolah Akif tumpu perhatian. Kat rumah lambat tidur pulak tu, risau pergi sekolah mengantuk je. Apapun yang aku perhatikan Akif ni cepat tangkap apa yang dia belajar mungkin sebab mulut dia kuat pot pet pot pet bertanya. Haha.. Semoga Akif berjaya dalam pelajaran, jadi anak yang soleh. Amin.. Good luck untuk penggal kedua nanti ya. 

Friday, August 29, 2014

Kembalikan rambutku | Nutri M Anti Hair Loss Regimen

Tengoklah rambutku, jarang kannnn. Dah semakin jarang dah, kulit kepala dah nampak , kepala semakin terang. Silap-silap nanti helikopter pun boleh landing. Rambut aku gugur banyak, entah kenapa. Dengar kata rambut gugur ni ada banyak faktor, ada yang kata faktor usia, ada yang kata disebabkan pemakanan, ada juga yang kata sebab krim rambut, stress. Memang kalau semua di atas ni menjadi faktor memang aku takleh kata apa, memang usia aku dah meningkat, pemakanan tak jaga dan aku memang pakai krim rambut berbeza-beza dan sometime aku stress! 

Tapi aku rasa belum bersedia lagi nak botak. Huhu.. Aku kena selamatkan rambut aku....  
 
Padang Golf...
Yun Nam Haircare?? Mahalnya aku tak mampu, treatment kat salon, mahal jugak. Local produk mungkin? Macam-macam produk yang aku jumpa, syampoo bawang la, krim lebat la, Nutri M la, dan banyak lagi. Berkesan?? Itu tak pasti, so aku minta pendapat kawan-kawan, 2,3 orang syorkan aku try Nutri M | Anti Loss Regimen | Shampoo & Essence. Aku ? Why not kan.. So aku dapatkan produk, aku try dulu nanti aku maklumkan hasilnya.
Member kasi try yang ni la, mana tau dengan IzinNya, dapat kembalikan kelebatan rambut aku. Produk ni 100% berasaskan herba.


Ada 5 jenis herba utama yang digabungkan dalam Nutri M Anti Hair Loss ni, Akar Ginseng, Touki Knotweed, Touki Ekisu, Bunga Za'faran dan Akar Halia. Macam menarik je..p
Selain shampoo dalam kotak ni ada jugak Herbal Scalp Nourishing Essences. Botol yang kecil ni. Pakai selepas mandi pulak. Tak susah pun pakai, calitkan sikit kat jari boh kat kepala, tonyoh pelan-pelan kasi massage sikit-sikit. 


Aku baru je pakai 3 kali. Nanti kalau brkesan, aku akan inform kat korang, lebih-lebih lagi yang la ada masalah keguguran rambut.
Stay tune.. To be continue....

Monday, August 25, 2014

Tutorial Format PC atau Laptop | Windows 7

Semua kita tau guna PC or Laptop tapi tak semua tau cara nak format PC atau Laptop ni kalau nak upgrade atau reinstall Windows, atau Windows dah corrupt kan. So aku nak tunjuk sikit tutorial nak format Windows 7 versi bahasa senang faham.

Cara-cara nak Format PC ke Laptop Windows 7
Mula-mula masukkan CD Windows 7 Boot Disk dalam DVD Drive and reboot PC korang,
Install Windows 7 - Press any key
Lepas reboot tu nanti akan keluar satu text "Press any key to boot from CD" tekan je apa-apa key button keyboard. 

** kalau tak keluar text "Press any key to boot from CD" ni, maksudnya PC/Laptop korang tu kena set BIOS, Boot from CD-Rom. Macam mana nak masuk BIOS, masa rebooting tu tekan ESC atau F2 atau F12 bergantung kepada jenis PC. Bukan tekan semua skali tau. Try salah satu. Sampai masuk dalam BIOS. Install Windows 7 - Windows is loading files 
Lepas Klik any button tadi so akan loading files
Install Windows 7 - Starting Windows Setup

Windows 7 setup bermula...
Install Windows 7 - First Setup Screen, input language, time and currency format and keyboard input method

Pilih bahasa, masa dan tukaran wang serta keyboard punya method. Ni korang kalau kat Malaysia ni klik Next je. Tak yah tukar apa-apa.
Install Windows 7 - Install Now Screen 
Klik Install Now.. 
Install Windows 7 - Setup is starting

Setup akan load seminit dua..
Install Windows 7 - Setup bermula..
Install Windows 7 - License Terms
Yang ni sah-sah kena tick! Kalau tak tick takleh install. Lepas tick klik Next..


Install Windows 7 - Custom Install
Pilih Custom (advanced)

Install Windows 7 - Where do you want to install windows
Nak install Windows 7 ni korang perlukan sekurang-kurangnya 5716mb @ 5Gb free space. Kurang daripada ni abaikan je. Tapi biasanya harddisk korang space dah berGIG-GIG dah.
Install Windows 7 - Not enough disk space warning message will appearKalau tak cukup space, maka popup warning akan keluar macam kat atas ni.
Install Windows 7 - Drive Options
Okay bab ni rumit sangat kalau bagi yang newbie tu. Ni untuk korang setkan partition, maksudnya nak bahagiakan storage untuk PC korang. Pernahkan nampak C: D: E: tu dalam My Computer, haa tu la dia. Ada je orang yang tak nak create partition ni. Main belasah je semua dalam satu storage. Kalau corrupt maka corrupt la semuanya.. Kalau buat partition ni at least salah satu boleh diselamatkan.
Pilih yang anak panah merah tu, Drive options (Advances) 
Install Windows 7 - Format Windows 7 Install Partition

Pilih klik pada mana-mana Disk atas tu the format, akan popup warning dulu, korang sure ke tak? Kalau format memang dia buang abis isi-isi dalam tu. 

Dah selesai create partition klik next, Windows 7 akan mulakan installasi. Selalunya akan ambil masa dalam setengah jam atau sejam untuk setel bergantung pada kelajuan PC korang. Lambat pun takpe korang boleh la lepak minum kopi dulu..
Install Windows 7 - Setup running
Install Windows 7 - Setup Complete



Install Windows 7 - Setup Restarts
Ok dah setel install maka computer akan minta reboot.


Install Windows 7 - Dont press anything this time
Masa PC nak up balik nanti kemungkinan akan keluar message key kat PC. Jangan Press apa-apa. Biarkan je, PC korang tu tengah sambung booting sebenarnya nak abiskan Installation tu. 
Install Windows 7 - Windows starts to load

Windows semakin hampir untuk siap.. 
Install Windows 7 - and loads and loads
Install Windows 7 - Completing Installation
Install Windows 7 - Setup is preparing your computer for first use
Akhirnya setel Setup Windows 7.
Install Windows 7 - Type a username
Maka korang start la isi maklumat korang. Nama untuk PC ni..
Install Windows 7 - Type a password
Kalau nak boh password pun boleh, tak nak pun boleh, kemudian pun boleh!!
Install Windows 7 - Type your windows product key
Okey, kalau masa ni PC ada minta lesenkey masukan je kalau ada. Kalau dia tak minta, nanti masa dah siap boleh masukkan kemudian. Cari Activate Windows dan masukkan lesenkey.

Install Windows 7 - Use Recommended Settings
Pilih je yang use recommended settings
Install Windows 7 - Review your time and date settings
Time zone Kuala Lumpur, Malaysia
Install Windows 7 - Windows is finalizing your settings
Akhirnya finalizing Windows korang.
Install Windows 7 - Welcome screen
Install Windows 7 - Windows Update
Dah settle semuanya masuk kat Contol panel, cari Windows update, kat sini nanti PC akan cari update apa-apa yang berkaitan.

Selamat mencuba, try dulu format sendiri, kalau tak boleh tanya kawan, tak boleh jugak baru hantar kedai repairs. Tak susah pun sebenarnya. Hanya ada perlu CD.

Credit All picture and guide are from howtoformatacomputer.com
Translate all by me to the easiest language to understand. Thank you.

Sunday, August 24, 2014

Heavy Duty Freight Locomotive | Enlighten Train Series

Heavy Duty Freight Locomotive ni koleksi train aku yang ke #3 dari Enlighten Train Series. Makin susah nampaknya aku dapatkan koleksi jenis Enlighten ni. Merata-rata aku cari tapi tak jumpa. Yang train brand lain ada la. Aku sudah jatuh hati dengan Enlighten mana mungkin cari yang lain. kekekeke...
Sejumlah 282 pcs ada dalam kotak ni. Tempoh sejam dua tu stendet la nak pasang lego ni. Jumlah paling banyak pcs dari yang aku pasang sebelum ni. Mungkin lagi sukar. 
Ni ada manual cara nak pasang, kalau takde manual ni, jangan harap nak dapat train ni.
Ni aku pasang dah half way, mengantuk.. erkk. Pastikan time nak pasang tu tengah bersemangat. Kasi bunyi keretapi skali. pooot..poooot...
Siap sudah train aku. Setengah hari aku pasang, kejap buat kejap skip buat benda lain. Hehe.. Gini la rhopernyer bila dah siap. Comel kaw.. 
Ni dari pandangan sisi
Dari pandangan belakang
Okeh, dah boleh bergerak. Kapten sudah mau jalan. Hehe.. 

Memandangkan ni koleksi aku yang ke #3 jadi mestila ada yang ke#2 dan yang #1 kan. Meh nak usha, 


Bila train ni dah berkumpul pastinya Ia Lebih Menarik. Sangan sesuai untuk buat hiasan.

Ada brani? ....

Wednesday, August 20, 2014

PEMENANG PERADUAN UJIBAKAT SELUDUP DIUMUMKAN !!!

Korang ingat tak lagi Peraduan Ujibakat Drama Seludup yang aku buat bulan lepas? Yang tawar hadiah RM15K tuuuuuu... Dah pun umum pemenang. Sapa dapat durian runtuh!!

Tahniahhhh, buat  Mohd Andika bin Abdul Halim  (25 tahun) dan  Nur Afieqah binti Zulkarnain  (20 tahun) yang masing-masing berasal dari Johor dan Kuala Lumpur telah pun berjaya mengungguli pertandingan tersebut dan akan berpeluang berganding dengan nama-nama besar industri hiburan negara seperti Pekin Ibrahim, Tiz Zaqyah, Namron, Syafie Naswip dan Raja Ilya. Turut membintangi drama bersiri 13 episod ini adalah Jehan Miskin, yang juga bertindak sebagai penerbit eksekutif dan pengarah.


Dilancarkan oleh Astro Malaysia dan Mastermind Group Sdn. Bhd., drama sarat aksi dan cinta ini berkisar tentang kegiatan perdagangan barangan haram seperti rokok seludup, dadah dan pemerdagangan manusia yang menjejaskan pendapatan, keselamatan dan kualiti hidup masyarakat Malaysia. Produksi ini telah memilih daerah Pantai Pengkalan Balak di Masjid Tanah, Melaka sebagai lokasi dan kini di dalam fasa kedua penggambaran. 

Mohd Andika yang merupakan seorang pekerja restoran berkata “Saya amat berterima kasih kepada para juri yang telah memilih saya dan saya percaya saingan adalah sangat sengit. Peluang ini akan saya gunakan sepenuhnya untuk mencapai impian saya menjadikan bidang lakonan sebagai kerjaya”. Perasaan gembiranya turut dikongsi Nur Afieqah, seorang pelajar yang menyifatkan peraduan ini sebagai usaha yang sangat unik untuk mendedahkan bakat baru dengan realiti sebenar kerjaya lakonan.
Selain peluang keemasan untuk berlakon di dalam drama ‘Seludup’, pemenang-pemenang juga akan menerima hadiah bernilai sehingga RM15,000. 

Perghhh!! dah la dapat RM15,000, dapat pula berlakon dengan retis-retis hebat. Memang layak dorang ni. Khabarnya mereka ni antara 2 yang terbaik dari lebih 130 pernyertaan ujibakat yang dihantar. Hebat-hebat. Aku pun kalah. Apapun korang buat la yang terbaik ya..

Untuk maklumat lanjut mengenai ‘Seludup’ dan peraduan #masukdramaseludup termasuk terma dan syarat, sila layari laman FB Seludup di www.facebook.com/seludup 

Mengenai Mastermind Group Sdn Bhd.
Mastermind Group Sdn Bhd adalah pusat sehenti untuk penerbitan kandungan berkualiti tinggi bagi penonton tempatan dan antarabangsa. Portfolio perkhidmatannya merangkumi pengkonsepan kreatif ke penghasilan kandungan, produksi dan pasca-produksi untuk pelbagai klien bebas. Sejak 2009, Mastermind Group telah mencipta kandungan layar untuk barisan klien yang mengagumkan termasuklah Heinz, McDonalds, Kidzania, Canon, Tabung Haji, Berjaya Corporation, Korea Tourism Organization, 8TV, Asian Food Channel, Astro Malaysia, CNBC, AXN. Syarikat ini diketuai oleh seorang ikon serba boleh industri televisyen, Jehan Miskin. Untuk maklumat lanjut mengenai Mastermind Group, layari www.mastermindgroup.com.my
 
Bagi pihak Mastermind Group Sdn Bhd – Untuk pertanyaan media, sila hubungi:
Nizam Khamis | Senior Consultant | Geometry Global | +6019-388 7147 | Mohd.Nizam@geometry.com
Amy Lisa | PR Associate | Geometry Global | 6019-289 5125 | amy.lisa@geometry.com

Tuesday, August 19, 2014

Akif dan Aliah ke Muzium Negara Kuala Lumpur

Sabtu lepas misi menyelesaikan maraton 3 jemputan terbuka Hari Raya. Pagi di Sekolah Pasti, tengahari di Kuarters JPS, Brickfield, haa masa jemputan yang ke-3 belum masuk waktu lagi nak terbuka, aku bawa Akif dan Aliah singgah sebentar di Muzium Negara. Aku pun sendiri pun tak pernah pergi sebenarnya. Haha. Dah alang-alang sama jalan ke rumah terbuka maka haruslah bazirkan masa dengan aktiviti yang berfaedah. Jom kita usha apa kat sini. 
 Kereta Bomba zaman dulu-dulu.
Kenderaan perisai tentera. Tayar lebih tinggi dari Akif.
Okey masuk dalam Muzium Etnologi Dunia Melayu | Muzium Negara
Menceritakan Etnik Melayu, dengan perbagai aktiviti harian, permainan tradisional melayu, contohnya bermain gasing,
Membuat wau bulan, terkenal di negeri Terengganu
Wayang kulit, yang terkenal di negeri Kelantan.
Antara watak wayang kulit Kelantan.
Adat istiadat perkahwinan orang melayu..

Okeh lepas dari muzium Etnologi Dunia Melayu kami ke sekitar muzium. Kat luar lagi ni belum masuk muzium yang betul-betul lagi.
Akif dengan gaya menangkap gambar dengan tab dia.
rasanya ni kereta kabel ni. Bukit bendera, ada lambang bendera Pulau Pinang.
Kereta klasik dan kat belakang tu kereta proton saga.

Kereta lembu..

Slamber je Akif duduk atas Kereta kebal... Peace!!
Selfie sekejap. Pelancong China rasanya, nak bergambar dengan Aliah. Glamor la Aliah..
Selamat datang ke Muzium Negara.. Saya Aliah... bla.bla...
Keretapi dulu-dulu..

Keretapi tanah Melayu.. 

Yang ni semua bahagian luar Muzium. Free je nak tengok semua ni. Aku tak masuk ke dalam lagi sebenarnya. Yang masuk dalam Muzium tu ke bayaran. Tak mahal pun harga tiket. 

 With Mycard
Kanak-kanak bawah 12 tahun percuma. 
Dewasa 13 tahun ke atas = RM2
Warga emas > 55 tahun ke atas | OKU = RM1 
Without Mycard

Kanak-kanak bawah 5 tahun percuma. 
Kanak-kanak 6-12 = RM2
Dewasa 13 tahun ke atas = RM5

Lain kali lah masuk lagipun dah cukup time nak sambung pergi open house. Dapat la Akif dan Aliah tengok sikit-sikit apa ada kat muzium negara ni.