Cosmoderm

cosmoderm

Friday, September 26, 2014

Perkhidmatan 'Video Conferencing' oleh Jabatan Kerja Raya Malaysia

Pengumuman untuk warga JKR je!
Sukacita dimaklumkan, Bahagian Teknologi Maklumat JKR telah menyediakan Perkhidmatan 'Video Conferencing' | VC bagi memudahkan warga JKR di ibu pejabat berbincang, bermesyuarat dan sebagainya secara atas talian dengan warga JKR di negeri. 
 -berita JKR 25-09-2014
Berita lanjut [klik sini]
Ibu pejabat JKR negeri yang telah dilengkapi dengan peralatan Video Conferencing ini adalah seperti berikut:

·         Perlis

·         Kedah

·         Pulau Pinang

·         Kelantan

·         Terengganu

·         Perak

·         Selangor

·         Pahang

·         Negeri Sembilan

·         Melaka

·         Johor

·         WP Labuan
Gambar bawah ni lakonan semula, yang merupakan gambaran sebenar video conferencing | persidangan sedang berlangsung.

Video Conferencing JKR ni bukan aku jaga. Tapi tak lama lagi mungkin akan handover kat aku.

Thursday, September 25, 2014

Percutian sekitar Putrajaya | Langkah penjimatan kepuasan maksima

Cuti sekolah? Bercuti? Berjalan-jalan? Actually aku dah plan bawa family bercuti ke satu homestay 20 september lepas. Akif dan Aliah bukan main seronok lagi, bukan apa, sebab ada kolam. Tau la kan budak-budak ni, memang suka mandi kolam. Last-last cancel atas sebab salah faham antara aku dengan owner homestay. Memang agak sadis dan sedey bai. Pasal aku dah invite 2,3 family member buat gathering kat situ. Siap ada yang dah apply cuti. Arghh sudah, macam mana nak cakap aku pun serba salah. Kalau tau tak jadi homestay tu awal-awal lagi aku pergi tempat lain. Ni tinggal beberapa hari je nak gi homestay tu baru dapat tau. Aku kesian kan Akif dan Aliah ni la, nak bawa gi mana ntah? Nak cari hotel ke apa ke semua dah last minit.

Maka pakat la ramai-ramai kami fikir apa nak buat ke, nak pergi mana la, gantikan hari sabtu tu. Kejap sana, kejap ke situ, haha. Last minit tau la ongkosnya berapa. Ya udah.. Maka last-last dapat gak menyelesaikan masalah. Nak bagi seronok hati masing-masing. 3 lokasi berbeza sekitar Putrajaya.

Lokasi 1: Taman Rekreasi Air Wetlands, Putrajaya.


Berkelah sambil menikmati Port-luck yang dibawa dari rumah. Masak dulu sebelum datang sini. Jimat kos makan.
Siap pasang khemah lagi. Yalah takut-takut hujan turun ke? tapi memang hujan turun pun lepas tu cuma tak lebat la.
Ini panggil Jeti kan. Haa, tempat best nak ambik angin. Tempat ni sangat berangin. Best kaw... Sejukkk...
Layan pulak pengunjung yang datang sini bawa pancing.
Antara pengunjung yang datang berekreasi kat sini.
Gelagat Akif dan Aliah.. Tengok pemandangan kat belakang tu ada orang main kapal layar control.

Ni panggil apa eh, kayak eh? Ke sampan? Ni untuk disewa kot. Aku pun tak tanya. 

Lokasi 2: Kids Rock Climbing, Taman Cabaran, Putrajaya


 Selfie dengan anak buah.
Lepas dari berkelah tepi tasik, aku nak pergi bawa Akif dan Aliah mandi kat kolam tapi hujan turun sepanjang petang tu. So kami ke Indoor Kids Wall Climbing kat Taman Cabaran, Putrajaya. Bahagian budak ni free, tapi untuk budak-budak je la. Aku? tengok je la. Biarkan dorang panjat puas-puas. Gambar dorang tak banyak. Tapi aku ada satu video pendek je.
*Btw surau ada disediakan di sini. So takde la susah hati cari tempat solat.
Lokasi 3: Kolam renang kanak-kanak Persint 9, Putrajaya


 Rakaman aksi anak buah [klik sini]

Akhirnya tertunai jugak la hajat utama Akif dan Aliah nak mandi kolam. Nasib baik malam tu hujan dah berhenti dan kolam ni masih buka lagi. Malam-malam dah tak ramai orang. Puas la mandi kolam kat sini. Free je. Kalau siang penuh tempat ni. Berbaloi-baloi la perjalanan hari tu. 3 lokasi berbeza, free semuanya. Kuar duit minyak je. Penat-penat gak yang penting semua happy. Next time nak gi mancing kat taman Wetlands tu. Macam beshhh je..

Monday, September 22, 2014

Kejohanan Futsal MAKSWIP 2014

First time aku join Kejohanan Futsal MAKSWIP ni. Sebelum ni aku cuma pernah main dalam peringkat tertutup Jabatan je. MAKSWIP ni singkatan bagi Majlis Kebajikan Dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Wilayah Persekutuan. Boleh tahan gak pasukan yang join kejohanan Futsal MAKSWIP 2014 ni. Tengok jadual ni lebih kurang 70 pasukan kot yang hantar pasukan. Group dari A-N setiap Group ada 5 pasukan. Kami group L

 Apapun sebelum game 'Wefie' dulu. Yelah nak bukti gi sini. Hahaha.. Ada sijil tu, boleh masuk 'SKT' nanti.

Ramai giler orang. Team dekat 70 pasukan, satu pasukan pulak dekat 10 orang, penonton lagi, manager lagi, pom-pom girl lagi kalau ada..


Ni dia team kami. Bukan calang-calang pemainnya. Semangat yang penting. Dah main kira lain. Hehehe..

Mendengar sepatah dua kata dari Referee.  Biasa la, banyak rules yang tak brapa nak tau. Main je tau. Disebabkan tak tau rules la gol aku dibatalkan. Sepak mula dari tengah, 1st player tu kena touch dan bola tu kena bergolek ke depan dulu baru di kira gol. Aku nyer, 1st player touch bola tak golek then aku rembat. Cis. Idok le tau. 

Result dari 4 perlawanan yang kami telah lalui dirahsiakan, supaya tiada siapa yang riak dengan keputusan yang kami perolehi. Cuma apa yang aku nak cakap kami gagal ke peringkat seterusnya. Apa sekali pun result game kami dalam 4 perlawanan ni, aku puas hati. Yalah dari segi pengalaman terlalu jauh untuk ke peringkat ni. Lagipun player pun belum ada keserasian lagi. Training kena lebih kerap. Chayokkk! Semangat kesukanan. Majulah sukan untuk Negara.

Aku tengok ramai blogger yang hebat berfutsal, harap ada yang boleh create team ke nanti. #kelabbloggerbenashaari pun dah boleh buat satu team ni.

Friday, September 19, 2014

Ping Blogspot dengan Android Apps | Edisi Blog

Cara baru dan cara mudah untuk Ping Blogspot | Cara mempromosi Blog content dan mendapatkan pelawat ke blog anda. Kepada Blogger sekalian pastinya akan suka benda ni. Aplikasi terbaru Andriod iaitu Edisi Blog. Korang cari kat Apps Store | Market taip saja "Edisi Blog" kalau jumpa Icon berkaca mata tu betul la tu. Tak jumpa jugak Klik link ni. http://bit.ly/edisiblog 
Mudah saja. Dah jumpa lepas tu install. Kejap je Install tak sampai seminit pun, kecik je fail dia.




Dah Install, open lah, kemudian Daftar. Masukkan maklumat blog korang. Mudah je.
Okey ini la paparan yang ada kat dalam Edisi Blog ni.  Kat sini jugak korang boleh pilih kategori untuk dapatkan story terkini. 

Korang jugak boleh melihat list blogger yang mendaftar dalam ni. Blogwalking dengan mudah. 
OK selamat mendownload dan menginstall. 

#kelabbloggerbenashaari

Aku & Kasut | Tips Penjimatan Kewangan

Bukan aku tak mampu beli kasut, tapi ada kalanya ada lagi benda penting yang aku nak kena settlekan. Nak beli baru, tapak je yang rosak, yang lain semua elok lagi. Kalau beli paling murah pun mau RM100++  mungkin lebih. Tapi tu la demi langkah penjimatan yang harus aku praktikkan aku hantar ke tukang kasut di Cheras [taman suntex].
Aku tanya tukang kasut boleh tukar tapak tak? Dia cakap boleh, dia sambung lagi... "Ini betul-betul pakai kasut ni dik". Haha sedeh. Segan nak tunjuk gambar kasut yang lama tu memang boleh campak buang dah. Dua-dua belah dah berlobang, besar pulak tu. Kalau jalan tempat berair tu kompom stoking basah. Kesian kan. 

So inilah hasilnya selepas buat penambahbaikan pada kasut aku. Hanya RM50 saja sepasang. Kalau pandai cari tempat mungkin lagi murah. Takpun yang ni paling murah. Jimat ke tak? Tukar tapak, siap jahit lagi. Maka kasut aku kembali meneruskan tanggungjawabnya. Dapat setengah tahun bertahan pun dah kira bagus dah. Kalau ada kasut-kasut korang yang boleh dibaiki lagi sila baiki. Dah banyak dah kasut yang aku tengok macam putus harapan tapi selepas keluar dari kedai tukang kasut, ia nampak membawa sinar harapan. Hhehehehe.. 

**Lagi satu tips aku jangan pandai-pandai letak gam UHU kat kasut kalau terkoyak ke apa, tukang kasut tak suka, itu gam mati namanya. Nanti nak repair susah. Gam kasut sila guna  gam kasut.

Thursday, September 18, 2014

Besar dah Aliah & Akif | My 2A's

Dah besar dah Aliah dan Akif ni. Kejap je masa berlalu. Aku? Dah nak tua la maksudnya. Sekarang ni dah boleh ajak lepak mamak dah. Haha, Akif ni pergi mamak je nak roti canai. Suka betul roti canai. Takpela janji nak makan. Susah betul nak makan. Berat tak naik-naik, menten je. Aliah jugak makin berisi. Bam-bam babah ni.. 

Budak-budak ni walaupun kuat merengek, nak itu, nak ini, aktif main, tak dengar cakap tapi malam-malam sebelum tidur tetap cari mama dan babah dia. Nak gak berkepit-kepit tidur. Pepagi bangun nangis sebab tak nak kena tinggal. Biasa la tu. Tapi tula kita kena pandai la selit-selit masa kita untuk main dengan dorang masa dorang tengah main. Jangan biarkan mereka sedar kewujudan kita waktu nak tidur atau sebelum pergi kerja je. 

Tabur kasih sayang untuk anak-anak. Umur begini memang main je la kerjanya. Hehe..

Aliah dengan Loom Band | Permainan terkini

Dah menjadi trend budak-budak perempuan dan remaja terkini bermain permaianan Loom Band | Getah mesin tenun [translate dari Google]. Aliah pun tak terlepas bermain Loom band ni. Hadiah dari nenek. Nenek pun tau main getah. Hehe.. Gelang getah halus berwarna warni. Memang sangat comel dan menarik.
Loom band Kit. Mudah didapati dipasaran, mana-mana kedai mainan pasti jumpa loom band ni. Jual getah saja tanpa kit pun banyak.
Aliah nak mengait | menenun secara manual gelang getah tersebut. Nak main ni pun kena ada mood gak. Takde mood tak jadi.
Aliah boleh buat gelang tangan, rantai leher dan cincin. Itu yang Aliah slalu buat. Tanya kat Aliah mana dia belajar pasang getah ni, dia cakap tengok tutorial je. Bijak anak babah ni. Tengok tutorial je.
Yang huruf Y macam bentuk lastik tu adalah antara tool yang digunakan. Tempat letak getah-getah untuk di tenun. Menghasilkan getah yang panjang.
Ni hasil yang Aliah dah buatkan. Rantai leher. Cantik kan. Tapi untuk hiasan je. Aku tak kasi pakai sebab bahaya takut terketat tak sedar darah tak jalan nanti. Ada jugak pro and con main getah-getah ni. Cuma jangan kerap sangat main sudah. Elakkan dari menghidu getah-getah ni. Banyak bahan kimia. Pastikan lepas main getah ni basuh tangan.

Pageview 250,000 tercapai | Ada Wishlist tambahan?

Last 23 Julai 2014 blog aku mencapai target wishlist tahun ni 150,000 page views. Memandangkan baru bulan Julai, so aku tambah wishlist untuk capai 250,000 pageview sebelum hujung tahun ni. Nampaknya 16 September 2014 dah Hit 250,000 page views masih lagi berbaki 3 bulan lebih. 

Perlukah aku sasar 400,000 pageviews sebelum akhir tahun? Macam mengarut! Tapi try je la. Kalau letak lebih usaha pun kena lebih.

Wishlist terbaru untuk pageviews

Apapun statistik ni berdasarkan blogspot statistik. Kesahihan dan ketepatan tu bukan 100%. Terima kasih jugak kepada blog-blog yang meletakkan aku dalam bloglist mereka. Salah satu traffic sources pageviews terutamanya #kelabbloggerbenashaari 

Usaha lagi Daus Redscarz!! Chayokk..

Wednesday, September 17, 2014

Deco dengan LAIVA BOOKCASE IKEA

Mood deco kembali lagi dengan LAIVA Bookcase IKEA. Memandangkan semalam cuti Hari Malaysia, tiba-tiba mood rajin aku datang, aku pasang dua biji bookcase IKEA semalam. Dah beli lama dah tapi tak pasang-pasang. Akif dan Aliah tolong babah pasang bookcase ni. Hehe.. Jom tengok kegigihan mereka ni.
Bersungguh-sungguh Akif pasang skru. Senang je sebab yang ni pakai AllenKey.
Haha Aliah dan Akif bekerjasama. Ini bukan berlakon ya, ini betul-betulnya. Seronok pusing skru tu. Yang ni siap pakai kerusi lagi, dah masuk part atas skali. Gigih nak putar skru..
Video Akif dan Aliah pasang skru [Kliksini]
Ha siap dah pun dua-dua bookcase. Nak letak dalam bilik, bukan tempat letak buku tapi tempat susun-susun kotak-kotak mainan yang bersepah-sepah tu. Kotak-kotak ikea jugak.
Cerita di sebalik Allen key ni
Masa pasang rangka bookcase ni pakai skru mata philips bila nak pasang partition tu kena pakai allen key pulak. sebab kepala skru hexagon. Jenuh la pulak cari allenkey. Sampai nak giveup cari allen key ni. Last-last jumpa jugak allenkey (color hitam) sebab kecik sangat dah terkeluar dari sarung dia. Sambung la kerja menyekeru. Dah nak abis pasang bookcase yang pertama baru la prasan dalam plastik skru dia bagi ada provide allenkey (color silver).. Grrrr rasa macam nak.... sbb allenkey yang dia provide tu bentuk S senang dan cepat nak pusing. Yang bentuk L tu susah dan lambat. So the next bookcase, Akif dan Aliah tolong skru. Aliah cakap macam tengah sharpener pensel je. 
 

Monday, September 15, 2014

Mee Tarik Warisan Asli @ Jalan Dang Wangi Kuala Lumpur

Semalam berjaya jugak sampai ke restoran Mee Tarik Warisan Asli yang terletak di Jalan Dang Wangi Kuala Lumpur. Dah lama dah tau pasal Mee Tarik ni tapi tak teringat. Ini pun gara-gara tertengok member post gambar mee tarik dalam Facebook dia. Terus aku mengidam. Eh, aku bukan pregnant k. Perut je muncit.  Apalagi moh kita tojah Lokasi Mee Tarik Warisan Asli jalan Dang Wangi. Lepas balai polis Dang Wangi tu,
Jalan terus tengok blah kanan sampai nak dekat hujung simpang. Jangan terlepas sudah. Kedai warna apa aku tak nampak pasal aku pergi malam. Hehe.


Mee Tarik Warisan Asli | Specialist In Eastern Muslim Cuisine |  Chinese Muslim Halal Food

Apa yang mengagumkan aku Mee kat restoran ni diproses di sini. Secara manual, diuli-uli tepung, tarik-tariknya sampai jadi Mee. Wow semakin menarik kan. Dia proses mee depan mata lagi, tiada selindung di belakang dapur. Patutla panggil mee tarik. Okeh, gambar bawah ni antara yang menjadi santapan dan pilihan aku malam tadi. Harga nampak mahal tapi kuantiti yang dapat memang berbaloi. Padan dengan harga.

Wet Mee Ziran Mutton RM12.00
Wet Mee Potato & Beef  RM9.80
Fried Green Pepper & Beef RM8.80
Menu Nasi pun ada, bukan Mee Tarik je. So sapa tak suka mee ada menu lain. Boleh lepak-lepak sini.
Toothpick Lamb RM26.00 | Special Menu
Yang ni memang menu lain dari yang lain. Pakai toothpick. Satay kecik. Rempah memang terasa. Harus cuba. Yalah pergi kedai yang tak pernah pergi mestilah cari menu yang lain dari yang lain.
Special Tea China Ba Bao RM4.50 
Teh ni di campur dengan pelbagai daun herba dan buah-buah herba. Manis-manis pahit. Yang ni pun harus cuba.

Ni antara menu-menu lain yang ada kat sini. Banyak lagi tapi aku bagi 2 keping je. Cukup la tu. 

Akif ni bukan suka Mee sangat tapi semalam banyak Akif makan. Sedap katanya..
Aliah makan nasi, Favourite Black Pepper. Tapi yang sampai tak Black, Pepper je banyak. Silap baca. Heheh. Tapi sedap jugak walaupun tak Black. Abis Aliah makan.

Brullllpppp! Alhamdulillah, kenyang betul makan mee tarik malam tadi. Len kali nak repeat lagi makan mee tarik perisa lain pulak. Nyum-nyum..