Thursday, January 15, 2015

PART 1 : Percutian ke LEGOLAND Malaysia

Alhamdulillah tercapai jugak hasrat nak bawa Aliah & Akif bercuti ke Legoland Malaysia. Dah lama dorang impi nak pergi Legoland tapi belum berkesempatan lagi. Sabtu lepas 10 Jan 2015, memulakan trip percutian dengan rakan blogger #kelabbloggerbenashaari ke Legoland, bertolak seawal 7.00 pagi, kena bertolak awal weh, lagi awal lagi bagus. Jauh kot Nusajaya, Johor ni kalau dari KL. Kalau dok JB tu gerak pukul 9 pun takpe. Yang dok jauh ni tak boleh lewat sangat bertolak nanti sampai lambat. Legoland buka jam 10.00 pagi, takut termiss beberapa jam dari opening hours. Rugi ooo kalau masuk lambat.
Tak laju dan tak slow bawak, jam 11 lebih pagi kami dah nak tiba. Perasaan excited dah mula terasa kat hati masing-masing. Akif dan Aliah pun dah terjaga dari tidur, nampak agak mamai mula-mula, tapi bila nampak menara Legoland terus terbeliak mata. "Waaaaa, LEGOLAND!!"..


Semakin menghampiri Hotel Legoland, aku pulak rasa makin teruja. Bukan apa, tak sabar nak tengok apa ada kat Legoland ni, apa yang meriah sangat kat Legoland ni.. Aku, Akif dan Aliah memang minat lego-lego ni. Dah ada beberapa koleksi lego dah dalam simpanan.


Belanja Selfie dulu sebelum Check-IN.. #Muahciked

Welcome to Legoland Hotel...
Tudiaaa meriah betul Lobi hotel Legoland ni, warna warni, kelihatan Lego gergasi, Lego Pirates dan Lego Kingdoms. Dua-dua Akif dah ada dalam koleksi lego.
Nama pun Legoland, memang penuh dengan lego la, perghh.. sana sini lego. Akif dan Aliah seronok la, main lego. Aku pun terjebak sekali. Boleh kata kat mana pergi ada station untuk main lego.
Sementara tunggu Check In, Akif dan Aliah main lego la jawapnya, kira kalau lambat pun anak-anak tak bosan, tak merengek. Parent yang bawa budak-budak ni tak perlu risau lah.. 
Tak lama lepas tu, tiba-tiba kelihatan Mascot lego Emmet datang, charactor dalam citer "Lego the Movie". Akif dan Aliah macam biasa, tak melepaskan peluang berphoto dengan Emmet.  Bukan takut pun kat mascot tu. Siap salam lagi Akif ni.
Seronok la tu dapat gi Legoland..
Galeri dan Shop! 
Aduh rambang mata masuk dalam ni. Banyaknyer lego, menarik-tertarik nengoknyer. Macam-macam ada! Geram je nengoknyer.. Hehehe

NOTA:
Untuk makluman, waktu check in khabarnya lewat, lebih kurang pukul 4 petang, so taknak habiskan masa kat lobby, pergi daftar kaunter then dah boleh masuk theme park & waterpark dulu. Dah boleh check in hotel akan call. Oh ya, lupa nak pesan, nanti kalau nak pergi legoland pastikan korang bawa baju spare, atau sluar spare, tuala (boh dalam beg galas)  Sebab waktu check in lewat, so korang boleh masuk theme park | water park dulu. Tak perlu usung bagasi yang berat-berat tu lagi. 

LEGOLAND Website [ K L I K S I N I ]
 Facebook LEGOLAND  [ K L I K S I N I
Maka tiba la masanya kami nak masuk LEGOLAND THEME PARK | Apa agaknya yang menarik dalam theme park ni ya..  Jumpa ya di Part 2.

9 comments:

  1. Klau aku g skali mesti best kann... kann... ngeee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klu ai ade sekali pun best jugak hahaha

      Delete
    2. Klau ada sekali pon lg best kan kan kan ,..

      Delete
  2. seronoknya.. tak sabar nak bawak anak saya Kimi ke sini. :)

    ReplyDelete
  3. Aliah dan Akif pasti seronok sgt kat sana ,,.Bila laa dpt bwk ank2 g sana ..

    ReplyDelete
  4. sy blum try lg waterpark ~ theme park dia best ~ hehee

    http://mohdkhairi9197.blogspot.com/

    ReplyDelete