Wednesday, February 25, 2015

SYM Sport Bonus SR 110 CC

Setelah panjang kisahnya [klik], akhirnya aku tekad jugak untuk Trade-in moto Modenas Kriss aku. Bukan kata suka-suka nak tukar. Modenas Kriss tu power lagi sebenarnya cuma baru ni ditimpa dugaan. Kos repairing pun agak mahal. Kalau nak dibanding dengan usia moto aku tu dah lebih 10 tahun. Nak repair memahal macam tak berbaloi je. So aku tekad untuk trade in. Bla..bla..bla...bla...bla.. setel deal dengan tauke kedai moto. Maka..

Keluar la moto "SYM" | Syamsul Yang Mencelah bukan Safee Yang Menunggang 110 CC je. Alhamdulillah. Nak beli 500cc tapi ada lesen B2 je.. kekeke tak mampu la moto beso ni.. Ni bukan nak menunjuk, tapi nak promote jugak model SYM ni. Selalu tengok Yamaha LC je.
SYM Sport Bonus SR. Ada macam ultraman tak?
Ni alkisahnya nak pasang Carrier | Box belakang. Tak sangka pulak kena buka abis semua body ni. Mula-mula tengok macam seriau je. Yelah benda baru ni tetiba kena buka abis. Kang terlebih skru ke, terkurang ke.. Tapi tau la mekanik tu buat macam mana. Dekat sejam gak nak pasang carrier ni. Apapun dah setel pasang dah. Senang sikit ada carrier ni, nak letak baju hujan, beg-beg kecik, kalau hujan boleh la letak henpon ke dompet ker.. Overall ok la kalau nak guna untuk pergi kerja. Nak rempit ke racing ke memang tak sesuai.


Bermula la episod baru... 

4 comments:

  1. Pinjam! hahaha.. Ok la akhirnya lepas ni semoga permudahkan la perjalanan A.Daus ke kontor ke mana2 sekali pun. Safe ride dude!

    ReplyDelete
  2. pinjam nak bawak ke ladang getah boleh x?

    ReplyDelete
  3. Here you will get today match prediction astrology tips who will win ball by ball live match predictions.

    ReplyDelete