Monday, March 23, 2015

Legoland Malaysia cipta nama dalam Malaysia Book of Records

Setinggi-tinggi ucapan tahniah buat Legoland Malaysia Resort kerana telah berjaya mencipta nama dalam Malaysia Book of Records | Cabaran membina sejumlah biji Limau Mandarin dengan menggunakan brick LEGO.
Sesi penyerahan Sijil Malaysia Book of Records
Untuk kelayakkan mencipta nama dalam Malaysia Book of Records, Legoland Malaysia dikehendaki menyiapkan sekurang-kurangnya 1888 biji Limau Mandarin menggunakan bricks LEGO dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. [klik sini] Wow nampak banyak nak buat tu... dan cabarannya ialah limau mandarin ini haruslah dibina oleh pelancong yang datang mengunjungi Legoland tersebut.

Pada 6 Mac 2015, iaitu hari pengumuman tersebut, Legoland Malaysia Resort telah diumumkan secara rasminya telah mencatat Malaysia Book of Records dengan menghasilkan sebanyak 2,015 bricks LEGO Limau Mandarin. Tahniah tahniah..
Nampak tu, dengan stylonya "2015 biji limau mandarin" di susun bersamaan tahun 2015. Menarik kan..
Ni lah bentuk Limau mandarin yang telah dibina menggunakan bricks LEGO.
Sempat mengambil kesempatan berphoto dengan EMMET | Limau Mandarin 2015 sebagai tanda kenang-kenangan di Legoland Malaysia, semoga Legoland akan terus maju dan menyediakan aktiviti-aktiviti yang menarik pada masa akan datang. Tahniah sekali lagi.

Sila layari website www.legoland.com.my untuk keterangan lanjut. 

No comments:

Post a Comment