Tuesday, April 21, 2015

Aiskrim Kelapa Sedap | Sangkaya Ampang Point

Bila wife dah mengidam, maka suami ni kena la usaha untuk dapatkan apa yang diingini tu. Kalau benda yang diingini tu senang nak cari atau benda tu wujud dan tak membebankan apa salahnya. Teringin aiskrim je pun. Wow aiskrim kat kedai kan berlambak-lambak. Sekali dia nak Aiskrim Kelapa Sangkaya??. Aku tak pernah dengar weh. Macam mana rupa aiskrim ni. Dia cakap Aiskrim kelapa ni sedap tapi tak pernah makan.

............Nasib baik wife tau aiskrim ni dan tau kat mana nak cari. So senang la cerita aku. Bukan nak ngelak tapi tak pernah dengar kan. Dia kata Aiskrim Kelapa Sangkaya ni ada kat Ampang Point, Ampang. Fuhh lega, dekat je. So mengembara lah kami mencari aiskrim ni. Alhamdulillah jumpa, kedai buka, senang je cari kedai ni. Kat groundfloor Ampang Point je. Jom tengok macam mana rhoper aiskrim kelapa sangkaya ni.
Mula-mula aku ingat kedai ni besar macam Baskin Robbins rupanya kecik je. Lebih kurang besar kedai Coodblog je. Concept takeaway.
Hiasan sangat comel dan sangat menarik.. Siap ada prop lagi kalau nak selfie kat sini. Aku tak prasan pun prop ni. Balik tengok gambar ni baru perasan. Haha..
Cup aiskrim kelapa
Guna tempurung kelapa dengan isi kelapa yang telah disiat-siat. Macam best je macam menarik je.
BEST SELLER
Signature
Sori la gambar pun blur-blur la. Tak nampak dah harga aiskrim ni. Best seller kat Sangkaya ni Aiskrim kelapa 'signature' berharga RM10.50. Bila beli aiskrim signature ni dapat free 3 topping. 
Proses menopping. Self service tu.. Pilih la 3 daripada 6 jenis topping yang ada ni. Ada kacang tanah, kacang merah, jagung, nestum, kerisik kelapa dan cornflake.
Aiskrim kelapa Sangkaya Ampang Point.
Haa, ni la hasilnya selepas ditopping. Apa macam ada terliur ka?? Rasa pun sedap, memang rasa kelapa. Kalau yang teringin tu jangan tunggu lama-lama, kat ampang point je. Nyum-nyum...


Menarik untuk dikongsi Original Cendol Bakar Port Dickson

5 comments:

  1. ehh dekat boleh la pegi try nanti!

    ReplyDelete
  2. nnti la try... hari tu dah try yg kat penang tp yg ni mcm lain skit...

    ReplyDelete
  3. xpernah makan.. mat taknak bawak HHAHHAHAHHA

    ReplyDelete
  4. fenomena dgn aiskrim pasu daa habis. ni mcm baru pes time dgr. huhu

    ReplyDelete