Friday, May 29, 2015

Part 2: Perdana Trail | Kampung Kraftangan & Restoran Nasi Ulam Cikgu

Sambungan dari Part 1: Perdana Trail | Heritage & Historical Walk.
Destinasi Perdana Trail seterusnya kami ke..

6. Istana Batu (Muzium Diraja)
Muzium Diraja telah dibina pada tahun 1939 di bawah pemerintahan Sultan Ismail I Kelantan (1920-1944), muzium ni menempatkan barang-barang peninggalan dari kerabat diraja. 


Bangunan Istana Batu ni telah disempurnakan perasmiannya oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra | Sultan dan Yang diPertuan Bagi Negeri Kelantan Darul Naim pada 25 Julai 1991 | 13 Muharram 1412
Boleh kata kalau masuk dalam muzium ni kita boleh hayati suasana kediaman kerabat diraja zaman dulu. Dari meja makan panjang tu, bilik tidur, ruang legar dalam muzium semua disusun mengikut bentuk asal. Almari display tu memang banyak sangat. Banyak cenderahati & cenderamata dalam muzium ni, rata-rata hadiah dari luar dan dalam negara, mahupun koleksi-koleksi kerabat. Fuh koleksi-koleksi ni memang rare. 

Masa kat Muzium Istana Batu ni dah tengahari dah. Perut pun dah lapar haha. Kat mana pulak nak cari pot makan ni. Rupa-rupanya depan muzium ni ada tempat makan. Restoran Nasi Ulam Cikgu. Hebat betul jadual Perdana Trail ni memang dah susun baiknya. Nak ke restoran tu kena lalu depan kedai-kedai kraftangan dulu.

7. Kampung Kraftangan
Nama pun kraftangan korang dah boleh teka dah apa ada kat sini. Mestilah tempat buat & jual barang-barang kraftangan.
Haa, tudia pakat-pakat ambik gambar pintu gerbang sebelum masuk ke Kampung Kraftangan. Bukan slalu nak datang kan? 
Ni brader tengah potong kepingan kayu. Antara sumber atau bahan yang digunakan ialah buluh, kayu, tempurung kelapa dan lain-lain. 
Haha, muka aku sedih ni, gambar dengan kraftangan ada tapi aku tak beli. Bukan tak nak beli. Tapi cadang lepas makan nanti baru nak tengok-tengok lagi. Sekali lepas makan lupa nak singgah. Huh.. Macam mana boleh lupa ?? Makan kenyang sangat kot. Haha. Nampak tak kronologinya. 

8. Restoran Nasi Ulam Cikgu
Masa sampai ke restoran ni dah nampak ramai orang dah, tengahari dah kan. Memang waktu puncak untuk makan tengahari. Rata-rata tempat duduk dah ada orang. Rupanya hotel dah booking meja untuk kami. Kat restoran ni ada dua bahagian tempat makan, open space dan tempat tertutup. Kami makan kat dalam tempat tertutup tu. Yang pasti kena booking dulu, kalau tak book tu nanti penuh. 
Mula-mula aku tengok longgokan sayur ni, ingatkan untuk dijual. Aku rasa korang pun fikir gitu kan? Rupanya ni untuk ulam-ulaman. Banyak betul. Ini kalau banyak ni sayur maksudnya ramainya la customer kat sini. Alamak lupa la, nama kedai pun Nasi Ulam, tentulah ada ulam-ulamnya.
Ni antara Menu Utama yang ada kat sini. Ikan keli gergasi goreng & ayam goreng..
Tudia budu.. Kat negeri Kelantan ni, kalau tak makan budu tu memang tak sah makan. Ni antara sambal-sambal yang menjadi sajian kat Restoran Nasi Ulam Cikgu ni.
Ni menu yang dah di order untuk Perdana Trail. Sajian untuk 5,6 orang. Banyak tak? Ikan Keli goreng, kalau nak tau, ikan keli tu sama besar dengan lengan aku. Perghh sedap dan garing. Ikan patin pula masak asam pedas? Wah slalunya ikan patin masak tempoyak kan. Haa tu antara kelainan kat Restoran Nasi Ulam Cikgu, dan kelainan kat Negeri Kelantan ni. Ikan patin masak asam pedas. Ayam goreng 2 bahagian dan antara yang paling special bagi aku ialah BUDU. Nampak tak yang ada cili merah tu. Haha, ni kira first time aku nak makan budu secara langsung ni. Kalau sebelum ni makan nasi kerabu tu tak prasan sangat budunya. 
Sebelum makan, kami ditunjuk cara nak makan budu. Apa campuran-campuran yang buat budu ni lagi Ummpppphh!. Digaul dengan isi ikan goreng, tempoyak, cili, bawang dan perahan limau. Sedappnya... Perghh meleleh air liur aku. Serius semua yang makan pakat tambah nasi. 
Memang berbaloi makan kat sini. Lagi satu untuk satu set makanan ni harganya cuma rm50++ je. Makan 5,6 orang kot sekali air.  Kalau datang ke Kota Bharu ni aku nak repeat makan kat sini. 
Antara pelangan yang datang makan kat sini. Ramai kan!!

Sebelum beredar dari Kampung kraftangan ni, nampak sekumpulan pemain alat tradisional sedang bersiap-siap untuk membuat persembahan. Kalau kat kl ni macam baskin la. Yang ni siap dengan pertunjukan silat.
Aku respek la brader main serunai tu, tahan betul nafas dia. Main serunai ni macam takde fulstop nafas. Tiup je sampai abis lagu. Bila masa dia ambik nafas pun tak pasti. Kami siap request kat kumpulan ni untuk mainkan muzik, 3 buah lagu dorang kasi. Lepas tu ada pertunjukan silat. 
Silat ada merupakan salah satu seni mempertahankan diri yang diamalkan sejak turun temurun lagi. Teruja jugak tengok persembahan silat dorang ni. Aku bukan slalu tengok orang bersilat ni. Tengok dari bunga-bunga silat dorang ni memang dorang ada kemahiran. Semoga warisan tradisi terus dikekalkan untuk tatapan kita pada masa akan datang. 

Makan dah, minum dah, tengok persembahan dah, so next destinasi kat mana pulak? Nantikan Part 3 : Perdana Trail | Muzium Islam & Galeri Tok Guru

4 comments:

  1. Bila nak sampai KB ni eh.. Hehe

    ReplyDelete
  2. Ya Allah, laparnya tengok nasi ulam tu pagi pagi

    ReplyDelete
  3. nasi ulam cikgu ni memang femes.. banyak kali dah masuk rancangan kat TV.. banyak gila kan lauk pauk dia..

    ReplyDelete