Sunday, June 14, 2015

Kisah pencarian Sup Tulang ZZ | Restoran ZZ Johor Bahru

Sekali skala datang ke negeri Johor, nak merasa gak makanan sedap kat sini. Dengar kata kat Johor ada sup tulang sedap. Sup Tulang ZZ. Wow kat area mana tu? Waze punya waze jumpa la beberapa Restoran Sup Tulang ZZ. Mana satu nak follow ni. So berlaku la kisah yang yang paling lawak, sakit jiwa pun ada. Dari Hotel Puteri Pacific cakap 3km je. Wah dekat je, apa lagi terus la gi. 
3km kemudian...
Jumpa la Restoran ZZ Jalan Mahmoodiah tapi macam bukan je, tengok takde orang pun. Tutup pulak tu. Kompom salah restoran. Nak salahkan waze pun tak guna gak, nama restoran tu sama. So kami waze lagi, kata 20km pulak. Aduh.. Tudia, ke mana pulak waze ni bawa kami pergi.. 

20 minit kemudian...
Tiba di lokasi, "Restoran ZZ was close 5 years ago.. " Perghh menyirap lak rasanya. Jauhnya perjalanan nak cari Restoran Sup Tulang ZZ ni. Okeh last-last, waze lagi kali terakhir kalau salah jugak, pergi makan benda lain la. Waze pulak Restoran Sup Tulang ZZ, Jalan Petrie.

20 minit kemudian.... 
Alhamdulillah betul dah ni. Dah nampak macam kat hutan sikit. Sah yang ni kompom betul. Korang kena ingat nanti, Jalan Petrie tau. Jalan lain tak mau. Fuh lega, maka ada rezeki la malam tu dapat makan Sup Tulang. Nomnomnom..
Haa ni lah dia Sup Tulang.. Boleh tahan sedap rasanya, daging pun lembut je. 
Siap order dengan mee rebus sekali. Yang ni mee rebus daging. Sedap!! Rasanya macam mee jawa sarawak, kalau siapa pernah rasa la. 
Tudia siap dengan straw lagi. Boleh sedut-sedut. Tapi serius ni kali pertama aku sedut, tak pandai lah.. haha.. Slrupppp!!!
Yang ni member-member aku yang kebetulan datang ke sini dari hotel sama. Dorang sampai sini tak sampai 10 minit dari hotel, kami tersesat dan sampai ke sini lebih sejam kot. Grrrrr sadis betul la. Nasib baik la jalan tak jem, kalau jem memang aku give up la. 

Cis memang dekat la sebenarnya, masa balik ke Hotel Puteri Pacific tu tak sampai 10 minit je. Ini betul-betul pengorbanan namanya. Haha (nak sedapkan hati)..

2 comments:

  1. yg first tu blakang hospital kan? situ pn ok jugak ikan bakar dye....

    ReplyDelete