Cosmoderm

cosmoderm

Saturday, January 31, 2015

Burger Bakar Abang Burn | Bandar Sri Permaisuri

Gara-gara tertengok channel TLC Astro pasal Burger petang semalam, aku & wife aku terus mengidam nak makan burger. Burger King? Burger Bakar Abang Burn? Lava Grill Burger? Huh semua dah terbayang kat minda dah. Nak cari daging burger yang tebal-tebal. Geram..
So pilihan aku dan wife aku Burger Bakar Abang Burn . Kenapa pilih Burger Bakar Abang Burn?? Sebab nak cari yang berdekatan dengan rumah je. Lagipun burger bakar burn ni banyak tempat dah. Dulu tau kat ampang tu je. 

Misi pencarian kami | Burger Bakar Abang Burn area cheras, mula-mula nak pergi  yang kat Cheras Perdana tapi jem sangat, terus cari lokasi lain. So kami ke Bandar Sri Permaisuri, kat situ ada jugak. Kalau guna waze senang je. Sederet dengan Papa Rich kalau tak silap. Belah belakang lagi.
Sampai-sampai dalam hujan lebat, lepas tu pulak tak dapat makan kat situ, take away je boleh sebab pekerja tak cukup. Alamatnya tapau je la. Dah teringin sangat. 
1 Daging biasa
1 Daging full topping
1 Kambing full topping
Nak topping asing-asing pun ada, nak tambah cheese ke, turkey slice, beef stripe & supremo.. Tapi kalau topping semua sekali baru RM5.
Burger Bakar Abang Burn | Daging full topping
Burger Bakar Abang Burn | Kambing full topping
Burger Bakar Abang Burn | Kambing full topping dah kena gigit. Daging tebal memang puas hati makan dengan sos pulak meleleh-leleh je. Sesuai dengan motto Burger Bakar Abang Burn | Besar, Sedap & Berbaloi. Nomnomnom!!! 

Terpaksa la makan burger ni kat mamak area situ gak. Nasib baik kat mamak takde signboard "no outside food allowed". Makan burger dalam hujan lebat memang layan.. 

Friday, January 30, 2015

Lego Friend | Koleksi Lego Aliah

Lego Friend Aliah, lama dah beli, dah pasang dah pun sebelum ni tapi tau la, budak-budak ni, lepas pasang main sekejap lepas tu dibuka abis. Grrrrrr... geram.. :p
Baru-baru ni aku terjumpa kepingan-kepingan lego ni dalam bekas mainan, aku terus ambik pasang nak balik. Nasib baik jumpa manual cara nak pasang. Kalau tak memang tak jadi aku pasang balik. Gigih betul aku, harap-harap takde part yang hilang nanti.
Ni dah 90 % siap. Masa ni dah 2,3 biji part yang hilang. Cari merata-rata pun tak jumpa. Jumpa yang lain tapi warna tak sama. Nampak kat atas tangga ni kan. Mula-mula pakai yang warna kelabu tu, nampak sangat awkward. Cam pelik je. Last-last jumpa warna yang hampir sama. Dan ada jugak modified sikit. Biasa la bila part hilang mood pun spoil la. Rasa terbantut je nak pasang.
Siap dah Lego | Rumah Friends Aliah. Siap pesan kat Aliah jangan buka-buka lagi dah. Buat display kan lawa je.
Comel kan... Haha.. Ada chef dalam rumah, nampak tak? Tu aku saja boh, tapi macam awesome je. Amboi ni anak yang main ke, babah yang main ni. Hehehe.. 

Ben Ashaari | Personal Trainer Aku

Timba pengalaman dengan Otai Blogger Sado, Ben Ashaari. Bukan pasal blog tapi pasal workout. Nak sado katakan. Nak sado kena berguru dengan orang yang dah sado. Baru ada keyakinan. 2 hari berturut aku follow Ben workout. Lokasi Bionic Gym kat taman tenaga. Tempat otai-otai ni..
Hari pertama Ben ajar basic workout, perghh.. Boleh tahan kebas tangan. Tak terangkat aku. Ben bagi tips dan teknik menarik pasal workout ni. Ben tak kedekut ilmu dan dia lama dah kot dalam bidang ni.Tengok gambar dia dulu-dulu memang dasyat-dasyat..
Ni workout ke ambik gambar je lebih. Haha.. Nama pun blogger, kalau tak ambik gambar bukan blogger la kan.

Day 2.
Hari ni Ben junior | Qhalif jugak datang.
Haa..candid-candid...  Ben dengan aksi dia.
2 hari ni banyak buat upper body, chest, shoulder, back. Memang sedap buatnyer. Kalau dapat workout hari-hari macam ni, sebulan dua boleh nampak hasil dah. Sekarang ni rasa menegang je body ni. Dah rasa sakit skit, tisu-tisu mula mengoyak. Otot nak membesar katakan, chewahh konfiden je.

Tuesday, January 27, 2015

PART 5: LEGOLAND HOTEL | LEGOLAND Malaysia Resort

First time aku jejak kaki ke Legoland, tapi kat Nusajaya ni kali kedua dah. Dulu pergi ke pejabat JKR Nusajaya kat area sini gak. Tapi masa tu tak wujud lagi Legoland ni. Hutan pun belum tebang lagi. Hehe.. Maka setelah beberapa tahun kemudian, maka Legoland Malaysia Resort telah diwujudkan. Legoland Theme Park, Legoland Water Park dan Legoland Hotel. Haha macam baca sejarah pulak. Aku nak cerita pasal hotel la, moh lekaih!

Nah sikit fakta pasal hotel, Hotel Legoland ni boleh tahan besar dengan 234 bilik tema dan fully theme room, 7 Pirate bilik Duluxe dan 8 Kingdoms Suite. Tema tema lego semuanya. Kalau taknak tema lego sini bukan tempatnya. Kat sini memang penuh dengan lego-lego. Dari step masuk ke hotel dah nampak lego bersepah-sepah. Kalau tak bersepah lego tak legoland la nama dia.
Selfie sebelum Check-in Hotel. Masuk-masuk kat hotel atau lobby akan jumpa la front desk / reception hotel. So berurusanlah di sini. Eh anak-anak mana??
Lor kat sini rupanya.. Dont worry korang, tempat ni memang banyak tempat anak-anak main. Ni Akif tengah lepak tengok citer Lego kat tv. Sedapnya tempat duduk ni. Tak lepak sini kat depan belakang kiri kanan ada lego. Mainlah puas-puas.

Jom pergi tengok bilik..  
Adventures Theme Master Room
Master bedroom katil Queen. Untuk aku dan wife aku. Katil Akif dan Aliah ada kat sebelah. Nanti skroll kat bawah ni.
Bathroom
Masuk-masuk bilik, check bilik air dulu. Nak check selesa ke tak? Nampak selesa dengan dan menarik. Ada dua singki, satu untuk adult satu lagi untuk kids. Fuh semua ni diambil kira jugak yer. Slalu satu air satu singki je. Ni ada dua. Nice. Senang Akif dan Aliah gosok gigi.
Mini Kitchen
Sudut mini kitchen haha.. Boleh ke panggil mini kitchen, yela tempat masak air, tempat buat air kan. Siap ada chocolate cookies. Yummy..  
Kids Decker
Haa yang ni buat room budak-budak, Triple Deckers? Kenapa triple pulak bukan double je ke? Tu tengok bawah sekali boleh tarik keluar lagi satu tilam.. Banyaknyer tilam..
Siap ada TV lagi tu. Perghh seronok la Akif dan Aliah nak tidur layan kartun dulu la..
Hehe possing sebelum masuk tidur. Hehe suka la tu.. Mula-mula Akif nak tidur atas. Chopp dah kat atas last-last.....
La Akif tidur bawah ke? Ingatkan tidur atas.. Takut jatuh ehh.. Takpela bawah pun selesa jugak. Ni tengok candid Akif ngan Aliah layan cerita kartun.. Amboii Aliah kemain pakai baju apa panggil ni. Baju sejuk ker? Nak tidur panas-panas katanya. Biarkan lah..

Antara yang ada dalam bilik jugak, pengering rambut, mini peti sejuk, tv ada 2 satu kat master bed satu kat kids bed, ada peti besi untuk simpan barang-barang berharga, lepas tu ada peti harta karun. Haa yang ni best! Peti ni kena kunci dengan kod nombor maka kita kena cari kod-kod tersebut untuk buka peti harta karun ni. Instruction | klue ada atas meja. Cari la ya... 
Swimming POOL
Selain Legoland waterpark, hotel legoland ni ada swimming pool gak. Yang ni khas untuk mereka yang menginap kat hotel ni. Terletak kat tingkat 5. Kalau orang luar nak masuk takleh sebab nak naik lif kena ada pass.
Kasi layan pool kejap je dah sejuk. Berangin je tingkat 5 ni. Mau tak sejuk. Haa lego pirates kat belakang tu.
Bricks Family Restaurant
Breakfast time.. Tempat waiter/s akan tunjukan. So tak perlu susah-susah cari. Apa yang menarik kat meja ni tengok pic atas ni. Siap ada krayon! Motif? Tempat ni kan ramai bebudak, ramai yang tak gheti dok diam shhhhh.. ha kasi la color-color senyap la. Lagi satu ada  prop yang "we are still dining" mungkin semua pakat nak ambik makan so ni lah gunanya. Takde la orang ambik tempat duduk ni.
Ramainya orang breakfast pepagi ni. Lauk dan menu memang hebat-hebat, segala bagai ada kat sini. Muat tak muat ke perut nak tanggung. Ha nampak waiter ni siap bawa pinggan lagi. Fuh pagi ni breakfast memang kenyang, itu belum makan makanan berat lagi. Alhamdulillah. 

K la, dah kenyang kan, kejap lagi sambung swimming pool pulak sebelum check out tengahari. Alamak nak check out dah. Kejapnyer sehari. Ok la Part 6 nanti aku throwback "Legoland Water Park"... Ok tunggu..

Sementara tunggu tu, korang juga boleh baca link bawah ni..
PART 3 : Lego Star Wars Miniland
PART 4 : Keasyikan dalam Dunia Lego | Miniland

Thursday, January 22, 2015

PART 4: Keasyikan dalam Dunia Lego| Miniland Legoland Malaysia

Menakjubkan! Amazing! Brilliant! Awesome! Inilah yang aku dapat gambarkan, perasaan aku bila berada di MINILAND LEGOLAND® Park. Terpacak menara-menara, mercu tanda yang terdapat dari 17 negara-negara Asia, termasuk Menara Berkembar Petronas, Patung Merlion dan seluruh Taj Mahal semuanya disusun atur dari bongkah LEGO. Fuhh kalau korang nak tau, MINILAND LEGOLAND® Park mengambil masa tiga(3) tahun untuk disiapkan dan lebih daripada 30 juta bongkah LEGO® untuk bina semua model-model ni. 3 tahun beb bukan 3 bulan, bukan 3 hari. So datang sini tengok hasilnya memang berbaloi baloi, korang possing la puas-puas kat sini. Kalau yang kaki photo tu korang boleh test power korang kat sini. Shoot puas-puas. 

Jom layan gambar-gambar yang aku sempat ambik. Jangan terpedaya dengan apa yang korang tengok, semua ni adalah rekaan dan susunan bongkah lego. Haa!!  
MALAYSIA
Stesen Keretapi Kuala Lumpur
Masjid Putra, Putrajaya
Bangunan Putra Perdana, Putrajaya
Taj Mahal, India
 Dibina oleh Maharaja Mughal Shah Jahan sempena memperingati Isterinya.
KLIA is the largest airport in Malaysia and the seventh busiest in Asia handling over 35 million passengers yearly.
 Ferris Wheel | Giant Wheel
Karaweik Hall is a gigantic barge on the Shore of Kandawgyi Lake in Yangon, Myanmar.
Pirate is a fictional cluster based loosely on the pirates of the straits of Malacca
Star Cruise
Pelabuhan Tanjung Pelepas merupakan pelabuhan untuk kapal kontena di Timur Sungai Pulai di barat Johor, Malaysia.

Belum masuk gambar monorail lagi, china forbidden city, thailand, temple-temple dan banyak lagi weh. Bukan tak nak boh nanti korang loading gambar banyak-banyak slow jadinya. Ececece.. Saja tak nak boh pun nanti korang tengok kat sini je boring. Pergi sana tengok baru feel. Kalau pengantin nak buat photoshoot wedding kat sana pun mantap gak. Kelainan bak ang.
Kepenatan jelas terasa di Legoland Theme Park. Jom pergi Check In Hotel pulak. Terlupa pulak nak check in yer. Keasyikan dalam Dunia Lego katakan. Nak check in?? Nak tengok bilik kami? Tungguuuu !! Part 5: Hotel Legoland Malaysia...

Sementara tunggu tu, korang juga boleh baca link bawah ni..
PART 3 : Lego Star Wars Miniland