Cosmoderm

cosmoderm

Saturday, February 28, 2015

Chalet atas air memang terbaik | Lexis Port Dickson

LEXIS Port Dickson | Smart Living Above Sea katanya.. Antara hotel yang berbintang-bintang (4 Bintang) kat Port Dickson ni. Fuhh tak sangka dapat stay kat sini. Lexis PD ni terletak di Daerah Port Dickson. Kalau nak ke sini kena exit ikut Lukut lagi dekat. Dari Kuala Lumpur ke sini naik kereta tak sampai 2 jam. Itu kalau tak jem la. Kalau jem tu lain cerita pulak. Haha..
Lobi Hotel

Shuttle Cart 
Untuk apa shuttle cart ni? Haa nanti tengok kenapa! Lexis hotel ni memang wajib ada pengangkutan shuttle ni. 
Map Lexis Port Dickson
Haa ni la sebabnya.. Boleh tahan jauh jugak location chalet ni. Tapi lagi jauh lagi best sebab nampak lagi clear pemandangan laut. Hehe.. Aku dok kat Chalet Antarctica no 099. Hujung sekali.. Memang terbaek!!! 
Pemandangan dari Parking kereta Lexis. 
Ni pengalaman pertama aku stay kat chalet atas air ni | Atas laut kot. Serius aku teruja. Kalau sapa minat memancing memang pot baik ni. Ada ikan takde ikan ni belakang kira. Santai-santai kan.. Dari dalam chalet pun boleh kuar pancing, tahan sangkar ketam tu ker. Memang seronok..
Sunset kat Lexis Port Dickson
Kat hujung ni ada Gazebo, tempat duduk-duduk ambik angin, tempat photoshoot, tempat mancing dan ikut suka hati la nak buat ape. Haha. Nanti aku citer dalam chalet tempat aku stay ni. Tak sempat nak tulis. Ngantuk!! 

Antara fasiliti yang ada kat Lexis Port Dickson, Pool, GYM, bola tampar pantai, memanah, bola sepak pantai, berbasikal, KTV, sauna.. 

Thursday, February 26, 2015

Birthday Akif di Secret Recipes

23/2/2015 Birthday Akif ke-6. "Selamat hari lahir Muhammad Akif Danish". Semoga Akif menjadi anak yang soleh. Tahun ni takde buat makan-makan macam tahun-tahun lepas. Celebrate ringan-ringan je. Bawa la Akif potong kek yang dah dipotong haha.. Bawa Akif pergi Secret Recipes, Aeon Big Mahkota Cheras.. Jom tengok gelagat birthday boy...
Akif Danish 6 Tahun
Dah masuk 6 tahun dah anak babah ni... Kejap je masa berlalu.. Akif dah masuk PRA sekolah tahun. Tahun depan darjah 1. 
Minta lilin sebatang kat Secret Recipes. Buat syarat je nak bagi Akif seronok. Hehe ada gak tiup lilin kan..
Ni apa nama kek ni eh? Aku bukan lupa tapi kek main ambik je.. Kek buah eh.. Haha
Chocolate Indulgence 
Akif dan Aliah memang suka kek ni. Nyum nyum nyumm!!! Dah bawa Akif gi tiup lilin baru la tenang rasa hati. Yela kan bebudak ni kalau tau birthday dia, pertanyaan yang mula-mula dorang akan tanya ialah mana hadiah, mana kek la bagai la. Akif tak tanya hadiah dia tapi Akif cakap kek Akif takde ke. Alahai. Malam tu jugak bawa cari kek, so secret recipes la jalan selamat nak cari kek. Hehe.. Alhamdulillah seronok tengok Akif happy.. 

Wednesday, February 25, 2015

SYM Sport Bonus SR 110 CC

Setelah panjang kisahnya [klik], akhirnya aku tekad jugak untuk Trade-in moto Modenas Kriss aku. Bukan kata suka-suka nak tukar. Modenas Kriss tu power lagi sebenarnya cuma baru ni ditimpa dugaan. Kos repairing pun agak mahal. Kalau nak dibanding dengan usia moto aku tu dah lebih 10 tahun. Nak repair memahal macam tak berbaloi je. So aku tekad untuk trade in. Bla..bla..bla...bla...bla.. setel deal dengan tauke kedai moto. Maka..

Keluar la moto "SYM" | Syamsul Yang Mencelah bukan Safee Yang Menunggang 110 CC je. Alhamdulillah. Nak beli 500cc tapi ada lesen B2 je.. kekeke tak mampu la moto beso ni.. Ni bukan nak menunjuk, tapi nak promote jugak model SYM ni. Selalu tengok Yamaha LC je.
SYM Sport Bonus SR. Ada macam ultraman tak?
Ni alkisahnya nak pasang Carrier | Box belakang. Tak sangka pulak kena buka abis semua body ni. Mula-mula tengok macam seriau je. Yelah benda baru ni tetiba kena buka abis. Kang terlebih skru ke, terkurang ke.. Tapi tau la mekanik tu buat macam mana. Dekat sejam gak nak pasang carrier ni. Apapun dah setel pasang dah. Senang sikit ada carrier ni, nak letak baju hujan, beg-beg kecik, kalau hujan boleh la letak henpon ke dompet ker.. Overall ok la kalau nak guna untuk pergi kerja. Nak rempit ke racing ke memang tak sesuai.


Bermula la episod baru... 

Asam Pedas power! Melaka Kitchen Bandar Baru Bangi

Saja-saja cari makan area Bandar Baru Bangi, tau dah kat sini memang macam-macam ada! Kedai makan berlambak-lambak area ni. Cuma tak tau nak makan apa? Jemu dah makan benda sama je. Tengah ronda-ronda tu terjumpa satu restoran. Melaka Kitchen | Dapur Melaka. Dengan otomatiknya kita tau memang masakan orang Melaka la kan. Tapi apa agaknya masakan orang Melaka ni? Asam Pedas? Masakan Nyonya? Jom usha apa ada kat Melaka Kitchen ni.
Haa, kan dah kata Asam Pedas! Memang menu utama kat sini Asam Pedas. Ada Asam Pedas Ikan Kembung | Ayam Pedas Ikan Pari | Asam Pedas Ikan Tenggiri | Asam Pedas Ikan Siakap | Asam Pedas Daging Tetel dan menu-menu sampingan seperti sayur dan telur dadar.
Tudia kaw-kaw nyer kuah asam pedas. Memang terbaik dari ladang. Nampak je merah tapi tak pedas sangat. 
Ni pilihan kami hari tu, Asam Pedas Ikan Pari dan Asam Pedas Ikan Siakap. Memang fevret Aliah ni Asam pedas. Huh seronok la dia. Hehehe.. 


Suasana dan hiasan kat Melaka Kitchen. Boleh tahan menarik tempat ni. Kalau korang peminat asam pedas ni boleh la try makan kat sini. Yang lain nak try tu boleh je. Bagi aku kalau ikut tekak aku memang sedap... Harga?? Harga memang berpatutan, murah je. Kalau tak sedap takde la tag "Jalan-jalan Cari Makan TV3" ni.. Aku rasa dah 3,4 tempat aku pergi semua ada tag "Jalan-jalan Cari Makan TV3" .. Aku bukan ikut yang ada tag ni pun, aku main torjah je. Kebetulan...

Wednesday, February 18, 2015

Aliah belajar main kasut roda | Rollerblade

Ni gara-gara ternampak ICE SKATING kat IOI Mall Putrajaya la ni. Aliah beriya nak main ice skating. Huh ingat nak terus main macam tu je? Nak main ice skating kena ada basic dulu. Tak boleh redah gitu je. Kang jatuh sana jatuh sini. Sakit ooo jatuh atas ais. Sapa yang susah? Babah jugak... hehe .. Orang ramai pulak tu, kang terlanggar orang lagi payah.

Ha, dengar kata mereka-mereka kat luar sana, kalau nak main Ice Skating kena belajar main Rollerblade dulu. Dah pandai main Rollerblade baru try main Ice Skating. So nak bagi practice, kena beli Rollerblade dulu la jawabnye.Tapi kan dah jadi macam trend sekarang la main Rollerblade ni. Kat taman ni je dah 4,5 orang main rollerblade. Pastu bila cari kat kedai ke shopping komplek banyak dah abis. Hmm..
Dah 2,3 minggu dok sebut Rollerblade, akhirnya dapat gak sepasang untuk Aliah. Cakap nak bagi hadiah masa birthday nanti, lambat lagi birthday Aliah. Beli la sepasang untuk Aliah. Kalau ini yang dia minat nak buat cam mana. 
Aliah tak sabar nak mengetest rollerblade. Siap-siap dah. Boleh ke tak agaknya nak main Rollerblade ni.
Wahh.. baru sekejap dah pandai imbang badan. Step-step kayuhan belum dapat lagi. Nak tanya babah, babah pun tak reti main. Koh3...
Kemain possing. Nak kata hebat ler tu. Haha.. Belajar pelan-pelan ye Aliah. Lama-lama nanti terrer la main RollerBlade. Dah terrer nanti baru kita gi main Ice Skating kat IOI Mall tu yer.

Monday, February 16, 2015

Capati Kambing Jalan Duta | Memang mantap!!

Kalau dah buntu cari sarapan, meh sini nak tunjuk satu pot baru dan tak baru la kalau yang dah tau. Nama gerai  "DUTA BERIANI | DUTA CAPATI ". Makaihh DUTA OoOoOoo.... tapi lebih senang dan famous dikenali CAPATI KAMBING Jalan Duta. Kalau ke Medan Selera Jalan Duta try singgah ke gerai No 41 ni. Aku yang tak minat capati pun boleh makan capati ni. Haa... Tang mana sedapnya?? tang capati nya? tang kuahnya? 

Famous tak famous, beratur tu. Pepagi nak makan memang kena beratur tapi takde la lama sangat. Bawa bersabar ya, barang baik memang gini.
Yang ni tauke dia kot. Memang power, walaupun dah famous tapi tetap dia jugak yang teba capati ni. Gini baru la dapat kekalkan rasa keasliannya. Aku agak je haha. Patut la famous tengok ada apa kat dinding tu. Tag "Jalan-jalan cari makan TV3". Jalan-jalan cari makan pun dah singgah kat gerai ni. Thorbaek!!
Ni ada 3 periuk kuah. Ayam, daging dan of kos la Kambing. Nyummmmm sedapnya.. Kuah ni self service. Kalau daging letak la banyak mana. Jangan la letak sampai melimpah tumpah sudah. Oh ya, kalau ayam & kambing tu ikut ketul kot. Letak berketul-ketul karang harga pun berketul-ketul jugak. Haha..
Ni aku punya pagi tu. Capati daging. Nyumm jemput-jemput. Aku makan 1 keping pun dah kenyang. Ni kat bawah aku list kan harganya. Untuk sekeping capati.

Capati Ayam Rm3.50
Capati Daging Rm3.50
Capati Kambing(seketul) Rm7.00

Apa lagi mau tunggu... Adeh, terasa plak kat tekak memalam ni.. Ishh.. 

Friday, February 13, 2015

Cubaan Legoland Malaysia mencipta Malaysia's Book of Record | Sempena Tahun Baru Cina 2015

Tak lama lagi Tahun Baru Cina bakal menyusul, yang jugak merupakan tahun Kambing | Year of the Goat. So apa plan korang semua? Aku yakin korang semua memang yang dah plan untuk pergi bercuti, menziarah sahabat dan saudara di hari perayaan, berjalan-jalan mahu pun balik kampung kan kan. Kepada yang bercadang nak berjalan-jalan, atau bercuti, boleh la fikir-fikirkan untuk mengunjungi Legoland Malaysia.  Aku dah pergi dah, memang best tapi sempena Tahun Baru Cina ni lagi lagi Best kot!!
Baru-baru ni kan, ada majlis pelancaran kat Legoland Malaysia, dengar macam-macam program menarik, susun atur yang ada kat sana sempena sambutan Tahun Baru Cina yang bakal menjelma ni. Antaranya:-
Pengubahsuaian China Miniland kluster sekarang ni dah ada beberapa LEGO baru diletakkan dalam miniland yang mana nampak lebih meriah sempena tema sambutan Tahun Baru Cina. 

Selain itu bermula pelancaran awal februari hingga 22 Februari 2015 ni, Legoland Malaysia tengah mengadakan satu percubaan untuk mencipta Malaysia’s Book of Records iaitu bina sebanyak 1888 LEGO Mandarin Oranges !! Yang mana akan dibina sendiri oleh pengunjung yang mengunjungi Legoland Malaysia. Wow macam menarik kan. Sapa-sapa yang datang ke Legoland Malaysia dalam bulan ni berpeluang untuk membantu Legoland mencipta Malaysia's Book of Record. Silap-silap nama korang ada dalam list membina LEGO Oranges tu kan. Bestnyerrr..Nak jugak...  
Haa, tengok kat atas ni. Ni lah LEGO Mandarin Oranges yang kena bina sebanyak 1888 tu. Agak-agak sempat tak siap sebelum 22 Februari ni. Jeng jeng jeng... Tak nak tolong ke? 
Lagi satu antara yang paling best. Pengunjung berpeluang mengantung kad impian kat pokok impian. Pelik je bunyi. Ala buat-buat tak faham pulak. Okeh korang tulis apa impian korang dan gantungkan kat pokok tu. Haa gitu. Kepada pemilik kad yang bertuah nanti, Legoland akan menunaikan impian korang. Perghhh... i wish ... i wish .. i want.. i hope so.. 
dan banyak lagi... 

Sempena sambutan Tahun Baru Cina ni, pelbagai promosi telah dibuat oleh Legoland Malaysia, diskaun-diskaun harga tiket menarik dan macam-macam lagi. Korang boleh check terus kat laman web www.legoland.com.my 

Rasa-rasa kalau nak refer apa lagi menarik kat legoland, baca pengalaman aku kat sana:

Thursday, February 12, 2015

Jalan-jalan cari makan | Kompleks Muhibah Ampang

Bila dah jemu makan kat area cheras, cari pot lain la pulak. Orang kata walaupun menu | makanan lebih kurang sama tapi nak merasa la suasana lain-lain kan. So jom ke Kompleks Muhibah Taman Nirwana, Ampang. Apa ada kat sini? Aku rasa kat sini agak happening gak. Antara tempat makan best kat ampang. Meh tengok sini.
Tudiaaa... konsep gerai dalam lori. Lebih dari 10 buah lori sepanjang hampir 100 meter kompleks ni. Kebetulan masa pergi ni dalam kul 10 pagi (ahad) ada latihan teakwando & silat budak-budak sekolah. Memang meriah la, ramai orang kat sini. Macam-macam ada kat sini. Kalau sapa-sapa dok berdekatan sini best arr, sambil hantar anak training, boleh lepak makan sini.


Akif & Aliah layan nasi lemak je. Budak-budak ni susah sikit nak asah makan makanan lain. Hehe.. Takpe la asal dorang makan sudah. Aku? Makan apa? Aku jalan dari hujung sampai ke hujung tu 2 kali kot, banyak sangat makanan blur dah nak makan apa. 
Last-last nasi ayam gak aku pilih. Serius memang tak tau nak makan ape. Nasi ayam, ayam lebih. Haa tu yang nampak penuh pinggan atas tu. Lagi satu apa yang special nasi ayam ni ada tanda "Jalan-jalan cari Makan TV3"... Wow mula-mula tak prasan dah beli baru perasaan. Pernah masuk tv la ni.. Boleh tahan la sedap. Sampai licin aku kerjakan. 
Ni dia lori nasi ayam tu.. 

Kasi ZOOOM sikit bagi nampak tanda yang "Jalan-jalan cari makan TV3". Nampak tak? Tak nampak gi sana tengok. Hehehe... Dia ada nasi arab, nasi tomato gak dan lain-lain. Aku nak nasi arab tapi dah abis. Kalau pagi-pagi pergi mesti crowded ni.. 

Apapun selamat menukar pot makan. Skali skala jauh sikit pun take asal puas hati. Next time boleh repeat lagi kalau best.