Cosmoderm

cosmoderm

Monday, June 22, 2015

Shopping Kemeja murah di Johor Premium Outlet (JPO) | G2000

Hasil tangkapan dari Johor Premium Outlet (JPO) tempoh hari. Dua helai baju kemeja G2000. Bukan nak menunjuk aku beli baju kat JPO. Aku saja nak cerita dekat JPO ni ada sesetengah barang kita mampu milik. Baca bagi habis dulu. Slalu kita dengar JPO ni tempat orang berduit je pergi sini. BTW, tak berduit pun boleh pergi, pergi "window shopping" haha.. Gurau je.
Kemeja murah di Johor Premium Outlet
JPO ni bukan semua barang mahal, ada jugak yang murah. Kadang-kadang bila dorang buat sale, memang betul-betul dapat harga murah. Itu bergantung kepada nasib la. Macam G2000 ni ada buat sale. Dulu member cakap time sale semua baju saiz kecik-kecik je, yela mungkin nak clear stok. Macam saiz aku yang gedebab ni memang takde harapan la. Tapi hari tu aku try masuk butik G2000 usha-usha, kebetulan tengah sale.. Memang rezeki la hari tu, banyak pulak saiz aku. L ke XL kot (17/35) (16 3/4) Sampai pening plak nak pilih baju. Hahaha..
So dapat la 2 helai ni. Boleh la nak buat kerja ke baju jalan ker.. Mesti korang geram je mana harganya?? Tak mention plak kan dari atas tadi. Dok kata murah-murah. Sabo-sabo.. Bukan RM100? bukan Rm50......
Tapi Sehelai RM39.00.. Murah tak? Baju kemeja G2000 kot. Rambang mata kejap. Dapat sambar 2 helai ni cukup la, lebih-lebih over bajet pulak. Ini je mampu, kalau harga selai lebih dari RM50 memang tak beli la. k la chow...

Friday, June 19, 2015

Malaysia vs Palestin WORLD CUP QUALIFIER | Cerita dari Bukit Jalil

MALAYSIA VS PALESTINE
2018 WORLD CUP QUALIFIER
16|06|2015
STADIUM BUKIT JALIL
Aku sebenarnya tak teringin pun nak cerita pasal game ni. Keputusan perlawanan yang agak luar biasa dan aku rasa tak sangka sampai begini sarkas. Malaysia kena belasah dengan Palestin 6-0!!. Kalau 1 atau 2 gol tu takde la kesah sangat. Ni sampai angka 6 ni melampau pulak rasanya. Gol-gol mudah pulak tu. Teruk weh teruk sangat, kita buka pasukan yang baru main bola.
Apa yang aku nak ulas sikit pasal perlawanan tempoh hari, pemilihan pemain-pemain kesebelasan utama Dollah Salleh tu tak brapa berkesan. Ini bukan game eksperimen lagi. Zaman experimen zaman K Rajagopal dah buat dah. Pemain berjersi no 18, 12, 11 dan 7 ni adeh tak tau nak cakap apa. Penonton yang datang rata-rata tidak senang bila mereka ni yang pegang bola. Sampai kena Booooo dengan penonton sendiri. Apa cher?? 
Ada sorang penonton depan aku, pakcik tua dah pun. Selepas tengok Palestin score gol pertama, dia dah tak senang dah. Nampak kekecewaan dia. Baru 1 bolos. Dia terus cakap "ini macam kena 5-0 ni". Belum apa-apa pakcik tu boleh agak dah. Hampir tepat predict dia. 
Selfie dengan Jersi baru beli
Aku datang kawan belanja tiket. Kalau tak aku tengok kat tv je. Kawan dah belanja ni, tunggu apa lagi. Rezeki tu, kalau tak kena RM30 kot.  Peluang bagi support pasukan Malaysia | Harimau Malaya dari dekat. Bukan slalu game-game penting ni. Feel pergi stadium dengan tengok kat tv lain kot. Kat sini nak jerit ke nak sorak ke takde orang marah. Haha.. yang best boleh tengok gelagat penyokong. Macam-macam pe'el dorang haha..

Suasana hangat di stadium!

Yang tengok live kat tv mungkin 80% tak tau apa yang berlaku kat stadium. Sebenarnya berlaku kehangatan yang luar biasa pada malam tu apabila Ultras Malaya chantting lagu #dollahsallehapayangkaubuat , #dollahsallehjanganlahtermenung, dan lain-lain lagi melibatkan badan pengurusan bola. Ultras Malaya pada mulanya memang chantting support Harimau Malaya, ntah tiba-tiba bila Harimau bolos lagi kali ke-3 lirik chantting terus berubah. Fuhh aku pun terkejut sebenarnya. Sampai ke penghujung perlawanan chantting mereka bergema. Korang boleh search kat Youtube. Korang tengokla sendiri. HuHu.. Tak brani nak share.. hehe

Sekian berita dari Stadium Bukit Jalil...

Thursday, June 18, 2015

Jersi Away Harimau Malaya 2012/2013 | Tanah Tumpahnya Darahku

Jersi Harimau Malaya a.k.a Malaysia yang kedua aku. Jersi away skuad Malaysia season 2012/2013. Patut la dapat harga murah. Season lama rupanya hahaha. Lama pun lamalah janji jersi original | Butik Nike, Johor Premium Outlet (JPO) Harga bawah RM60.00 Kalau ke sana semata-mata nak beli tak berbaloi gak kalau dari KL ni, kebetulan bertugas di Johor Bahru, alang-alang singgah la di JPO. Masuk butik Nike ingat nak cuci mata je, sekali terberkenan sebab harga murah. Tutup sebelah mata sambar selai.. hihihi


Semart jugak, body fit. Aku kena beli saiz L kalau tak, terserlah keboboyotan perut aku nanti. Haha.
Bersama dengan jersi pertama aku beli (stripe black & yellow)Aku beli tahun tahun 2011, masih cantik lagi, simpan kemas jaga ketat-ketat.. Pakai bila pergi tengok game je.. 

Baca next entri gi tengok live Malaysia vs Palestin | 2018 World Cup / Asia Qualification. Sedey!!

Launch of RECRUITMENT PORTAL & Official MOU Signing | Brandt International

Brandt International? Pernah tak korang dengar pasal Brandt International? Apa yang korang tau tentang Brandt International? Aku mula-mula pun tak pasti apa Brandt International ni. Rupa-rupanya sebuah syarikat pakar dalam business transformation consulting dan outsourcing. Mengatasi permasalahan dalam memilih & mengambil calon pekerja berkualiti dan berbakat untuk sesuatu bidang pekerjaan. 

Dengan itu, Brandt International telah memperkenalkan Portal baru mereka | YourNextStep.com.my | Merupakan salah satu career portal yang inovatif serta cekap dan yang pertama di Malaysia. 

Launch of Recruitment Portal & Official MOU Signing

16 Jun 2015 lepas, Brandt International telah bekerjasama dengan CAZAR melancarkan Recruitment Portal di mana kedua-dua pihak telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan secara rasmi. CAZAR merupakan sebuah syarikat terkemuka menerajui cloud-based Enterprise Recruitment Solution di Asia dan Timur Tengah. Menangani masalah jutaan calon-calon pekerja setiap tahun.

Ms. Munirah Looi, Founder & CEO Brandt International dan Mr. Guy Rickett, CEO CAZAR menurunkan tandatangan masing-masing dalam majlis MOU. Majlis yang berlangsung di Capri by Fraser Hotel Residences, Bangsar South, Kuala Lumpur berjalan dengan lancar.

 
Stefan Sawh Regional Director of Asia Pacific, CAZAR

Sesi penyerahan Memorandum persefaman antara Brandt International dan CAZAR
Sesi perbincangan dengan ahli panel yang di moderate oleh Ms. Vera Tay | Regional Talent Development Director Brandt International yang bertema "How Malaysian Employers Can Tune in.." 
Ahli Panel
Ms. Munirah Looi, Founder & CEO, Brandt International
Mr. Stefan Sawh, Regional Director of Asia Pacific, CAZAR
Ms. Sangeeta Kaur, CEO, Emergenetics Malaysia & Brunei

Sesi yang berlangsung sejam itu mendapat sambutan dari para pelanggan yang hadir. Pelbagai soalan diajukan dan kesemuanya mendapat feedback yang positif. 


Portal Recruitment www.YourNextStep.com.my
Ni antara screenshot yang aku ambil dari portal tersebut. Senang cakap lebih kurang macam vacancies website. Pelanggan atau pemohon boleh melayari portal ni untuk mencari & memohon pekerjaan yang telah ditawarkan dalam portal ini. Dengan adanya portal ini, status keputusan permohonan akan dipercepatkan. 
Search for jobs 
Ni salah satu contoh pekerjaan yang ditawarkan. Semua criteria dah dinyatakan dan pemohon hanya klik pada "Apply for This Vacancy"


Untuk maklumat lanjut, sila lawati:
Brandt International : www.brandtinternational.com
Email : info@brandtinternational.com
CAZAR :  www.cazar.com


"Brandt International helps organizations maximize their customer experience by tranforming the approach in operational excellence through people, process & techology"

Sunday, June 14, 2015

Kisah pencarian Sup Tulang ZZ | Restoran ZZ Johor Bahru

Sekali skala datang ke negeri Johor, nak merasa gak makanan sedap kat sini. Dengar kata kat Johor ada sup tulang sedap. Sup Tulang ZZ. Wow kat area mana tu? Waze punya waze jumpa la beberapa Restoran Sup Tulang ZZ. Mana satu nak follow ni. So berlaku la kisah yang yang paling lawak, sakit jiwa pun ada. Dari Hotel Puteri Pacific cakap 3km je. Wah dekat je, apa lagi terus la gi. 
3km kemudian...
Jumpa la Restoran ZZ Jalan Mahmoodiah tapi macam bukan je, tengok takde orang pun. Tutup pulak tu. Kompom salah restoran. Nak salahkan waze pun tak guna gak, nama restoran tu sama. So kami waze lagi, kata 20km pulak. Aduh.. Tudia, ke mana pulak waze ni bawa kami pergi.. 

20 minit kemudian...
Tiba di lokasi, "Restoran ZZ was close 5 years ago.. " Perghh menyirap lak rasanya. Jauhnya perjalanan nak cari Restoran Sup Tulang ZZ ni. Okeh last-last, waze lagi kali terakhir kalau salah jugak, pergi makan benda lain la. Waze pulak Restoran Sup Tulang ZZ, Jalan Petrie.

20 minit kemudian.... 
Alhamdulillah betul dah ni. Dah nampak macam kat hutan sikit. Sah yang ni kompom betul. Korang kena ingat nanti, Jalan Petrie tau. Jalan lain tak mau. Fuh lega, maka ada rezeki la malam tu dapat makan Sup Tulang. Nomnomnom..
Haa ni lah dia Sup Tulang.. Boleh tahan sedap rasanya, daging pun lembut je. 
Siap order dengan mee rebus sekali. Yang ni mee rebus daging. Sedap!! Rasanya macam mee jawa sarawak, kalau siapa pernah rasa la. 
Tudia siap dengan straw lagi. Boleh sedut-sedut. Tapi serius ni kali pertama aku sedut, tak pandai lah.. haha.. Slrupppp!!!
Yang ni member-member aku yang kebetulan datang ke sini dari hotel sama. Dorang sampai sini tak sampai 10 minit dari hotel, kami tersesat dan sampai ke sini lebih sejam kot. Grrrrr sadis betul la. Nasib baik la jalan tak jem, kalau jem memang aku give up la. 

Cis memang dekat la sebenarnya, masa balik ke Hotel Puteri Pacific tu tak sampai 10 minit je. Ini betul-betul pengorbanan namanya. Haha (nak sedapkan hati)..

Friday, June 12, 2015

Angry Bird Activity Park | Galleria@Kotaraya

Baru ni aku outstation kat Johor Bahru, Johor atas urusan kerja. Menginap di Puteri Pacific Hotel selama 5 hari 4 malam (lama tak?). Alhamdulillah, rezeki dapat bilik untuk seorang. So dapat la aku bawa family. Time cuti sekolah pulak tu, alang-alang bawa la Akif dan Aliah bercuti sekali. Tapi aku pergi sana bekerja maka aku suspek wife dan anak-anak akan terperuk je dalam bilik. Aku pesan dah awal-awal, aku risau kat sana nanti mungkin akan sibuk dengan kerja. Dorang faham, paling tidak pun dapat la anak aku repeat mandi kolam jela. Haha.. Yang aku risau bab makan la, sebab makan tak disediakan untuk family. So..

..sampai kat hotel, aku terus servey kawasan-kawasan yang berdekatan dengan hotel. Nak cari pot makan dulu yang penting. Alhamdulillah ada shopping complex |  Galleria@Kotaraya berdekatan. Maka ada la food courtnya. Lega aku, dapat wife bawa anak-anak pergi makan kat situ. Lega rasanya, kalau aku sibuk pun dorang boleh pergi makan sendiri.
Masa aku servey tempat makan tu, terjumpa la playground ni. Angry Bird Activity Park kat Galleria@Kotaraya ni. Nampak lain dari yang lain. So takde la Akif dengan Aliah boring dok hotel nanti. Boleh pergi main kat sini. Kecik je tempatnya. Tapi budak-budak bukan kira kecik ke besar, janji lepas nak main.

 Gelagat Akif nak panjat lastik Angry Bird
Lokasi playground ni dekat je dengan Hotel Puteri Pacific, jalan kaki pun sampai. Nampak dari hotel. Kalau nak tau sebenarnya kat JB ni ada  Angry Bird Activity Theme Park | KOMTAR JBCC. Dengar kata macam-macam ada kat dalam Angry bird Activity Park tu. Tengok dalam website macam menarik tapi tak berkesempatan nak pergi sana sebab nak bawa Akif dan Aliah pergi ke "The Little Big City | Puteri Harbour". Bajet dengan masa tak cukup. Huhu takpe la next time la pulak. Kenapa The Little Big City jadi pilihan? kenapa tak pergi Angry bird Park? Tunggu next entri.

Friday, June 5, 2015

Part 3 : Perdana Trail | Muzium Islam & Galeri Tok Guru

Sambungan dari Part 2: Kampung Kraftangan & Restoran Nasi Ulam Cikgu
Selepas menikmati santapan tengahari yang luar biasa di Restoran Nasi Ulam Cikgu, kami ke destinasi seterusnya;

9. Muzium Islam & Galeri Tok Guru

Bagi aku kalau first time datang ke Kota Bharu, ni antara tempat yang harus pergi. Kenapa? Kat sini ada beberapa maklumat dan bahan tinggalan sejarah yang agak luar biasa dan tak mungkin semua orang tau. Jom usha...
Pintu gerbang sebelum masuk ke Muzium Islam 

Replika Masjid Kampung Laut
Okay antara yang menarik kat Muzium Islam ni sebuah replika Masjid Kampung Laut. Masjid yang dahulu asalnya terletak di Kampung Laut juga dikenali sebagai Masjid Tua Kampung Laut dan atas sebab tertentu masjid ni telah dialih dan dibangunkan semula berlokasi di Jalan Kuala Krai, Nilam Puri, Kota Baru. Kenapa Masjid Tua Kampung Laut ni termasuk dalam sejarah Negeri Kelantan? Apa yang istimewanya? Kalau korang nak tau baca kat bawah ni.

Keunikan Masjid Kampung Laut
Masjid Kampung laut mempunyai rekabentuk yang unik dan pembinaan asalnya tidak menggunakan sebarang paku tetapi digunakan potongan kayu dan buluh sebagai pemasak. Setelah dipindahkan ke Nilampuri, konsep ini terus dikekalkan kecuali pada bahagian yang tidak dapat dielakkan, maka penggunaan paku digunakan. Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

Masjid Kampung laut mempunyai rekabentuk yang unik dan pembinaan asalnya tidak menggunakan sebarang paku tetapi digunakan potongan kayu dan buluh sebagai pemasak. Setelah dipindahkan ke Nilampuri, konsep ini terus dikekalkan kecuali pada bahagian yang tidak dapat dielakkan, maka penggunaan paku digunakan. Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
Masjid Kampung laut mempunyai rekabentuk yang unik dan pembinaan asalnya tidak menggunakan sebarang paku tetapi digunakan potongan kayu dan buluh sebagai pemasak. Setelah dipindahkan ke Nilampuri, konsep ini terus dikekalkan kecuali pada bahagian yang tidak dapat dielakkan, maka penggunaan paku digunakan. Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

Masjid Kampung laut mempunyai rekabentuk yang unik dan pembinaan asalnya tidak menggunakan sebarang paku tetapi digunakan potongan kayu dan buluh sebagai pemasak. Setelah dipindahkan ke Nilampuri, konsep ini terus dikekalkan kecuali pada bahagian yang tidak dapat dielakkan, maka penggunaan paku digunakan. Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

Masjid Kampung laut mempunyai rekabentuk yang unik dan pembinaan asalnya tidak menggunakan sebarang paku tetapi digunakan potongan kayu dan buluh sebagai pemasak. Setelah dipindahkan ke Nilampuri, konsep ini terus dikekalkan kecuali pada bahagian yang tidak dapat dielakkan, maka penggunaan paku digunakan. Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

Masjid Kampung laut mempunyai rekabentuk yang unik dan pembinaan asalnya tidak menggunakan sebarang paku tetapi digunakan potongan kayu dan buluh sebagai pemasak. Setelah dipindahkan ke Nilampuri, konsep ini terus dikekalkan kecuali pada bahagian yang tidak dapat dielakkan, maka penggunaan paku digunakan. Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

Masjid Kampung laut mempunyai rekabentuk yang unik dan pembinaan asalnya tidak menggunakan sebarang paku tetapi digunakan potongan kayu dan buluh sebagai pemasak. Setelah dipindahkan ke Nilampuri, konsep ini terus dikekalkan kecuali pada bahagian yang tidak dapat dielakkan, maka penggunaan paku digunakan. Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
Masjid Kampung Laut ni sebenarnya sangat unik dari segi rekabentuk asalnya. Dibina tanpa menggunakan paku, hanya guna buluh dan potongan kayu sebagai pemasak. Fuhh betul jugak zaman dulu-dulu mana ada paku. Menurut sumber juga, masjid ni jugak merupakan masjid tertua di Kelantan malah juga di Nusantara, ada yang mengatakan masjid ni dah wujud sejak beratus tahun dulu. Menarik untuk dikaji ni.. Selain itu, yang kedua..
Masjid Kampung laut mempunyai rekabentuk yang unik dan pembinaan asalnya tidak menggunakan sebarang paku tetapi digunakan potongan kayu dan buluh sebagai pemasak. Setelah dipindahkan ke Nilampuri, konsep ini terus dikekalkan kecuali pada bahagian yang tidak dapat dielakkan, maka penggunaan paku digunakan. Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
Replika Batu Bersurat 
Kat Muzium Islam, Kelantan ni dipamerkan sebuah replika Batu Bersurat, yang dijumpai di Kuala Berang, Terengganu. Batu Bersurat yang asalnya (tulen) ada di Muzium Negeri Terengganu. Batu bersurat sebenarnya telah membuktikan bahawa agama Islam telah bertapak di Negeri Terengganu pada abad ke-14. Ini dah berzaman-zaman dah ni. 

Dan..

...yang paling menarik perhatian aku, dan kenangan yang mungkin tidak akan dilupakan di Muzium Islam ni ialah Galeri Tuan Guru | Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Apa ada kat Galeri ni? Haa, kat Galeri Tok Guru ni dipamerkan lebih kurang 40 buah koleksi gambar lukisan potret Tok Guru daripada pelukis terkenal,  juga foto-foto kenangan Allahyarham dan catatan peribadi sebagai Menteri Besar Kelantan.
Antara potret yang telah dihasilkan oleh pelukis terkenal. 

Foto-foto kenangan Tok Guru semasa Allahyarham memimpin negeri Kelantan.
Selain itu koleksi-koleksi peribadi Allahyarham Tok Guru Nik Abdul Aziz  seperti baju, jubah, tongkat, kopiah, sejadah, cermin mata dan bag yang digunakan ketika mula-mula menjadi wakil rakyat turut dipamerkan. Alat-alat tulis dan buku nota turut ada dalam pameran. Rugi kalau tak tengok sendiri, terasa aura.. 
 
Antara petikan ucapan dan ungkapan dari Tok Guru. Ada banyak lagi dan dua-dua kata-kata ni telah menyentuh perasaan kalbu aku. Rasa macam nak berlinangan air mata, tapi tahan je. 
Salasilah Tuan Guru Doto' Haji Nik Aziz Nik Mat. Kagum tengok salasilah ni. 
Selesai di Muzium Islam, beredar ke sebuah Muzium Perang pulak. Tak sampai 50 meter dari Muzium Islam. 

10. Bank Kerapu ( Memorial Perang)

Juga dikenali sebagai Memorial Perang Dunia Kedua sebab bangunan banyak dipamerkan dengan pelbagai Peringatan Peperangan Dunia Kedua.  
Bangunan ini asalnya sebuah bank | The Mercantile Bank of India Limited yang beroperasi pada tahun 1912. Tahun 1981 Kerajaan Negeri Kelantan telah mengambil alih bangunan tersebut bagi kegunaan Perbadanan Muzium Negeri Kelantan (PMNK) dan tingkat atas dijadikan Dewan Kraftangan. Tahun 1991 ditubuhkan "Memorial Perang Dunia Kedua” dan digunakan sepenuhnya sebagai tempat pameran kesan-kesan sejarah peperangan Dunia Kedua (1941-45) oleh PMNK. Memorial Perang ini terletak di Jalan Sultan bersebelahan dengan Padang Merdeka.
Haa, ni masuk-masuk terus jumpa General.. Arigato.. Haha, muka serius je, takut aku. 
Muzium ini mempamerkan artifak, gambar-gambar mengenai sejarah peperangan Dunia Kedua secara ringkas khususnya di Negeri Kelantan yagn merupakan permulaan Perang Dunia Kedua di Tanah Melayu bermula di Kuala Pak Amat Kota Bharu pada awal 8 Disember 1941 dengan menerima serangan pertama tentera Jepun.
Basikal yang merupakan pengangkutan darat askar Jepun. 
Ini Periuk api. Ini bukan replika yer. Ini betul-betul punya. Tapi yang dah meletup la. Tengok yang bangkai ni pun nampak menakutkan inikan pula yang belum meletup. Fuhh.. 
Ini bukan mesin jahit, ini bukan tempat renjatan elektrik, ini bukan robot? Korang rasa apa ni? Ni la mesin yang merakam gambar atau lebih dikenali sebagai kamera. Tudia besar giler kamera. Kemera zaman bila ni? Macam mana nak guna besar ni. Nak selfie memang tak dapat la. Hihi..
Mesin taip huruf jawi pun ada. Kenapa tak pernah tau semua ni. Selalunya mesin taip huruf abjad rumi je. Serius nampak unik, kalau sapa-sapa kolektor barang antik ni mesti teruja tengok mesin taip ni.
Di sebelah tepi Bank Kerapu ni jugak ada tinggalan beberapa artifak pada zaman perang. Antaranya beca lama ni. Slalu kita tengok dalam cerita kungfu tu. Prasan tak? Lebih kurang sama kan. 
Kipas Kapal Terbang pun ada. 
Dan banyak lagi artifak yang dipamerkan luar dan dalam Bank Kerapu | Memorial Perang ni. Tak rugi kalau datang ke sini. Macam-macam sejarah dan benda baru yang boleh dilihat dan dihayati kisahnya seperti kisah seorang pahlawan terkenal, Tok Janggut. Ceritanya ada disini. Nak tau kisahnya 'Mu Mari Klate'. Tengok sendiri.

Maka dengan itu, Bank Kerapu | Memorial Perang ni merupakan destinasi yang terakhir dalam Perdana Trail. So korang rasa puas ke tak? Bagi aku, aku memang puas hati dengan perjalanan yang dirancang dalam Perdana Trail ni. Jauh perjalanan luas pemandangan bertambah pengalaman. Haha.. Puas tengok semua tempat-tempat menarik di Kelantan. Tempat makan pun best, semua tempat ni pulak boleh sampai dengan hanya berjalan kaki tanpa guna pengangkutan. Penat berjalan? Boleh tahan la, tapi alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Bukan selalu nak datang ke Negeri orang ni. Ambik peluang yang ada. Explore semuanya..

Akhirkata, terima kasih kepada Hotel Perdana Kota Bharu Kelantan yang telah memberi peluang merasai Perdana Trail ni serta menyediakan penginapan yang 5 bintang. Tidak lupa kepada Destination Malaysia yang memberi peluang untuk menyertai trip ke Negeri Kelantan. Mudah-mudahan murah rezeki korang nanti. 

Okeh, sekiranya korang nak maklumat lanjut mengenai Hotel & aktiviti boleh rujuk info dibawah ni.
Hotel Perdana Kota Bharu 
Jalan Mahmood15200 
Kota Bharu Kelantan 
Tel : 609-745 8888 
Faks : 609-748 8855 
Emel : inquiry@hotelperdanakotabharu.com

Jugak menarik untuk dibaca:

Wednesday, June 3, 2015

Peluang kepada Pereka Fesyen | AirAsia Runway Ready Designer Search 2015

Adakah korang minat nak jadi pereka fesyen? Teringin nak gubah fesyen sendiri? Mungkin ini peluang korang nak mengetengahkan bakat korang. Mana tau ada rezeki. Baru-baru ni Airasia buat satu program mencari bakat muda dalam pereka fesyen. AirAsia Runway Ready Designer Search 2015Mungkin korang yang mereka cari? 

Telah berlangsung launching AirAsia Runway Ready Designer Search 2015 pada 29 May 2015 yang lalu,  Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad, Aireen Omar melancarkan program pencarian pereka muda ini bersama dengan Pengasas Kuala Lumpur Fashion Week Ready To Wear (KLFW RTW), Andrew Tan.
Aireen Omar berkata, “AirAsia percaya dengan pembangunan bakat muda. Kami sentiasa terlibat dengan usaha membangun bakat muda terutama dalam bidang sukan. Projek terbaru ini bertujuan bagi menyokong pereka fesyen muda dan mencungkil bakat hari esok, memberi ganjaran dan sokongan kepada mereka dengan pendedahan meluas serta peluang yang tersedia dalam industri fesyen. 
Kami sangat teruja bagi mempamerkan 10 pereka muda ini pada minggu fesyen Kuala Lumpur yang akan datang ini pada 16 Ogos 2015.”

Berminat? Okey jom baca syarat-syarat penyertaan. Mudah je.
Antara syarat-syarat penyertaan
*Terbuka kepada semua pereka fesyen muda tak kira pernah ada latihan ataupun tidak.
*Umur tidak melebihi 28 tahun (pada tahun 2015)
*Tarikh tutup penyertaan adalah sebelum 5.00 petang (GMT +8) pada 12 Jun 2015 (cepat-cepat masih ada masa lagi.)
So jangan tunggu lama-lama, kepada pereka fesyen yang berminat join Airasia Runway ni korang boleh download borang penyertaan di laman klfashionweek.com/airasiarunwayready dan menghantar lakaran korang ke email airasiarunwayready@klfashionweek.com

Pemilihan
Mereka akan menyenarai pendek top 25 peserta terbaik dan akan dihubungi untuk mempersembahkan rekaan dorang kepada barisan juri. 10 yang terbaik akan dipilih melalui proses pemilihan ini bagi memperaga koleksi bertema Asean mereka di pentas peragaan KLFW RTW 2015 | Kuala Lumpur Fashion Week Ready to Wear 2015.
Antara Panel Juri AirAsia Runway Ready Designer Search 2015, Jovian Mandagie, Fashion Designer, Aireen Omar, CEO of AirAsia Berhad, Andrew Tan, Founder Kuala Lumpur Fashion Week Ready to Wear dan Khairul Abidin Ishak, merupakan Editor EH! 

10 pereka muda akan mempamerkan rekaan mereka di pentas peragaan berprestij KL Fashion Week RTW 2015 dan tiga pereka terbaik akan diumumkan pada akhir pencarian ini dan memegang gelaran ‘AirAsia Most Promising Designer 2015’, bersama dengan hadiah-hadiah yang lain termasuk Piala AirAsia Runway Ready Designer Search, tiket pergi balik ke Tokyo, Sydney dan Hong Kong, sehingga 60,000 AirAsia BIG Points setiap satu, peluang untuk menjadi sebahagian dari Minggu Fesyen lain di rantau ini dan banyak lagi.

Fuhh menarik hadiah-hadiahnya.. Jangan tunggu lama-lama, tarikh tutup 12 jun 2015 nak dekat dah. Tunjuk bakat terpendam korang ni. Mungkin ni jalan perintis untuk korang nak pergi jauh dalam bidang mereka fesyen ni. Untuk maklumat lanjut korang boleh ke laman web www.klfashionweek.com dan korang boleh follow perkembangan AirAsia Runway Ready Designer Search 2015 melalui laman sosial AirAsia di Facebook (facebook.com/AirAsia), Twitter (twitter.com/AirAsia) dan YouTube (youtube.com/AirAsia). 

Akhir kata dari dari aku, All the best & and Good luck to everyone participate.