Cosmoderm

cosmoderm

Friday, October 23, 2015

Fahrin Ahmad di PERSADA MINDA @ JKR 2015

Selesai kerja livestreaming aku. Fuhh lega network laju, kalau buffering pun tak lama. Yang paling syok hit tontonan 2 hari lebih 1k. Tak pernah lagi hit capai 1k. Tambah pulak capaian untuk jabatan sendiri dan topup sikit-skit orang luar. Haha panjang pulak mukadimahnya.. 

So ni nak habaq.. Orang kata "sambil menyelam minum air". Haha, laju je aku selam sambil telan air. Haha pelik pulak bunyinya. Sambil kerja ambik kesempatan berphoto dengan tetamu-tetamu jemputan. Ada retiss lah.. 
 Persada Minda @ JKR 2015 | JKR Malaysia
Lim Teck Hoe | Memory Trainer
Siapa Lim Teck Hoe?
Dia telah berjaya memecah rekod Asia dalam Kejohanan Memori Sedunia di England anjuran Persekutuan Sukan Memori Dunia tahun 2002, “Rekod yang saya pegang adalah mengingati 129 nama dengan ejaan yang tepat berserta wajah dalam tempoh masa 15 minit,” 
Fuh hebat Lim ni. Seorang pengingat terhebat. Bangga ada wakil dari Malaysia..
 Ashwad Ismail | Pembaca berita / Wartawan ASTRO AWANI
Yang ni kalau tak kenal tak tau la. Pembaca berita Astro Awani. 

Live streaming sesi bual bicara.. 
Fahrin Ahmad (pelakon), Khir Rahman (pelakon & pengarah filem)
Fahrin Ahmad | Pelakon
Gemuknyer aku... HUhh..sabo je la. Tunggu aku kurus nanti. 
Bro Khir Rahman memang sempoi.. Masa sesi bual bicara abis semua diluahkan. Hehehe.. Tajuk pun "dari Kertas ke Layar Perak" memang mencabar minda dan tenaga.. All da best, semoga dapat hasilkan filem yang meletup-letup satu hari nanti.!!

Okeh cukup la selaman menyoret aku. Berjaya gak selit-selit...

Wednesday, October 21, 2015

Ed Sheeran - PHOTOGRAPH | video klip & lirik



PHOTOGRAPH
ED SHEERAN

Loving can hurt
Loving can hurt sometimes
But it's the only thing
That I know.

And when it gets hard
You know it can get hard sometimes
It is the only thing that makes us feel alive.


We keep this love in a photograph
We make these memories for ourselves
Where our eyes are never closing
Hearts are never broken
And time's forever frozen still.


So you can keep me
Inside the pocket
Of your ripped jeans
Holdin' me closer
Till our eyes meet
You won't ever be alone
Wait for me to come home.


Loving can heal
Loving can mend your soul
And is the only thing
That I know (know)
I swear it will get easier
Remember that with every piece of ya
And it's the only thing we take with us when we die.


We keep this love in a photograph
We make these memories for ourselves
Where our eyes are never closing
Our hearts were never broken
And times forever frozen still.

So you can keep me
Inside the pocket
Of your ripped jeans
Holdin' me closer
Till our eyes meet
You won't ever be alone.

And if you hurt me
Well that's okay baby only words bleed
Inside these pages you just hold me
And I won't ever let you go.


Wait for me to come home
Wait for me to come home
Wait for me to come home
Wait for me to come home.


Oh you can fit me
Inside the necklace you got when you were 16
Next to your heartbeat
Where I should be
Keep it deep within your soul.


And if you hurt me
Well that's okay baby only words bleed
Inside these pages you just hold me
And I won't ever let you go.


When I'm away
I will remember how you kissed me
Under the lamppost
Back on 6th street
Hearing you whisper through the phone
Wait for me to come home.

Serius aku suka lagu ni...  Argghh nak menangis tengok video klip ni... 

Monday, October 19, 2015

HARI PERSADA MINDA @ JKR 2015

Esok hari Persada Minda @ JKR 2015 yang akan berlangsung di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, JKR Malaysia. Tema kali ni "Dari Minda ke Mata Pena".. Wow macam pernah dengar je qoute ni. Kalau tak silap aku, event PERSADA MINDA ni merupakan event tahunan yang dilangsungkan oleh JKR. Senang kata event ni berkisarkan tentang kupasan isu isu semasa dan terkini dengan cara sharing knowledge, motivasi dan tips-tips.


Persada Minda @ JKR 2015 | 20-21 Oktober 2015
Telah dijemput beberapa orang tetamu khas untuk membahaskan topik masing-masing. Tak ketinggalan media perantara BLOG pun dilihat wujud ada dalam event ni. Yang aku heran kenapa tak jemput Ben Ashaari untuk datang bagi sesi tips berblogging ker apa ker. Media sosial zaman sekarang ker? Owh nasib baik bukan aku yang handle. Kalau tak aku dah propose dah. Aku pulak sebagai apa? Aku urusetia ICT. Esok aku buat livestreaming. Harap-harap line laju dan takde masalah.


Ada buka booth BLOG katanya. Aku diminta untuk jaga booth tu. Urm boleh la sikit-sikit, jangan tanya soalan pelik-pelik nanti sudah. Oklah.. itu je nak kabo. 

Monday, October 12, 2015

Download Aplikasi LAZADA terbaru | MY New App Celebration Launch!!!

Syarikat jualan online LAZADA telah melancarkan Aplikasi mudah alih yang TERBARU mereka | MY New App Celebration. Pasti ia sesuatu yang istimewa buat online shopper, penggemar pembelian barangan online.. Wow macam best ni. Boleh try download ni. Korang pun jangan lupa download sekali Aplikasi LAZADA yang baru ini. Lepas ni korang akan lebih mudah berurus niaga dengan menggunakan aplikasi LAZADA. Dapatkan diskaun-diskaun serta pelbagai promosi barang-barang ditawarkan. Mamamia...
Lazada Malaysia
                                               Klik Banner untuk ke website | LAZADA APP
Aplikasi LAZADA ni boleh di download | dimuat turun melalui APP STORE dan GOOGLE PLAY. Tengok layout aplikasi yang terbaru nampak interaktif. Cepat-cepat download aplikasi LAZADA, download awal dapat promosi dan voucer menarik. Hanya boleh shopping guna aplikasi sahaja. Laju!!!..

Original Penang Kayu Nasi Kandar | Kisah aku dan Nasi Kandar

4. Original Penang Kayu Nasi Kandar

Fuhh dah lama giler tak datang sini. Dulu-dulu masa dok penang kat sini la tempat aku selalu makan. Takde la hari-hari tapi dalam sebulan tu mesti ada. Kalau tak sarapan, aku makan tengahari. Nasi putih ayam madu. Haha ingat lagi menu favourite. 

Kalau datang ke Penang tak sah kalau tak pekena Nasi Kandar | Nasi Kandaq | Nasi Mamak, aku mula-mula menapak di Penang tahun 2001. Makanan pertama aku makan kat Penang ialah Nasi Kandar dan aku tak tau pun itu nasi kandar. Aku cuma tau nasi berlauk je. Masa tu kat Nasi Kandar kat Pearl View Hotel, Seberang Perai. Kat sarawak langsung tak pernah dengar Nasi Kandar. Semenjak dari tu la aku terjebak dan minat nasi kandar. Begitu lah #flashback #throwback aku. 


Dan.. sebab tu la aku lebih suka nasi kandar Penang berbanding dengan nasi kandar KL. 
Sambil menyelam minum air. Bertugas tetap bertugas, waktu makan kita makan. Haha.. Singgah sebentar di Original Penang Kayu Nasi Kandar sambil bawa member. Pasal aku jadi co-pilot. Ingat-ingat lupa jalan-jalan kat Penang ni. Lokasi ni dekat dengan Vistana Hotel dan kat belakang Kompleks Bukit Jambul. 
Antara menu yang ada kat sini, Ayam goreng, ikan goreng, gulai sotong, telur sotong, ayam madu, bla, bla bla...
So aku tak ambik ayam madu dah. Taknak throwback sangat. Aku nak try telur sotong plak. Kasi telur masin dan bendi skit. Kuar campur ya.. Kasi rempah goreng sikit. Marbellousss... 
Perghhh.. Lega dapat makan nasi kandar. Walaupun tak dapat Nasi kandar Line Clear dengan Nasi Kandar Beratur.. Meh nak list restoran nasi kandar kat penang yang aku masih ingat :-

Senarai Nasi Kandar kat Penang
1. Nasi Kandar Kayu,
2. Nasi Kandar Line Clear,
3. Nasi Kandar Beratur,
4. Nasi Kandar Pelita, 
5. Nasi Kandar Subaidah,
6. Nasi Kandar Kassim Mustapa,
7. Nasi Kandar Makbul,
8. Nasi Kandar Kapitan,
9. Nasi Kandar Raheem,
10. Nasi Kandar Pokok Ketapang 
...dan lain-lain lagi.. 

List ni semua aku pernah pergi.. Dari breakfast sampai ke supper. Pilih je nak mana satu. Cukup la tu, memang nampak dah aku peminat nasi kandar. Dah dah melalut pulak kisah Nasi Kandar Kayu. Haha dah jadi versi throwback. 

Maka begitulah tamat outstation aku 4 hari 3 malam di Pulau Pinang. Dapat la 4 lokasi tempat makan best kat penang yang sempat aku pergi. Nasib baik la cuaca jerebu kalau tak mungkin ada port lain lagi?

4 tempat menarik tu KLIK SINI

Sunday, October 11, 2015

Pasembur Padang Kota Penang

3. Pesembur Padang Kota | Hussain Penang Famous Pasembur

Antara tempat yang harus dikunjungi bila datang ke Penang. Padang kota, Penang! Tempat riadah dan tempat berjalan-jalan makan angin. Menikmati udara laut sambil tengok Star Cruise haha. Bukan makan angin je yang best, aku datang ke sini pasal nak pekena pasembur. Tudia mai penang kena pasemboq bak ang.. Tempat makan best kat penang. Bukan ada pasembur je, char koay teow, cucur udang, mee udang, sotong kangkong, kerang bakar, kerang rebus dan lain-lain. 

Alkisah sebelum pergi order pasembur. Orang kata kalau pekedai tengok orang luar (luar penang) datang, depa boh harga kaw-kaw! Betui ka?? Aku memang selalu dengar tu CUAK gak tapi teringin punya pasal so nak ambik gak sikit-sikit. TAPI aku kena berhati-hati pilih. Bukan main ambik ambik je, Udang ke ketam ke... Kat tepi dinding ada senarai harga. So takde la risau sangat. Kalau tak yakin aku tanya tauke kedai tu. 
Tudia macam-macam ada bak ang. Pasembur Penang! Pilih mai pilih...
Haa ni la pilihan aku. 2 cucur udang kat bawah tu. Ni pun aku dah cuak nak ambik. Tapi base on harga yang aku kira-kira mungkin kena rm20++. So kalau lebih memang mahal la. So bagi la kat mamak tu settlekan pasembur ni.
Woowww.... Beginalah hasilnya.. Pinggan besar ni, bukan yang kecik tu. Selonggok pasembur ni. Harga brapa ni? Rm20.00 je!! murah la.. Sib baik murah, aku makan dengan tenang. Haha.. Pasaipa ada yang boleh kena beratuih tu? Aku syak dia tibai udang, ketam, sotong kot. Tapi kalau berduit tu apa salahnya. Memang sedap pun kalau ada udang, ketam, sotong suma tu. 
Alhamdulillah.. Dapat merasa. Makan untuk 3 orang kenyang !! So beginilah cerita Pasembur Padang Kota aku. 4 hari 3 malam outstation kat Penang sempat lagi merasa makanan-makanan ni. Kenapa tak makan kat hotel?? Kat hotel ni makanannya biasa je, lagipun kat mana-mana hotel lebih kurang je menu. Tapi makan kat luar ni kena kuar bajet sikit. Yang penting dapat merasa. Nostalgia bagi aku sebab aku dulu pernah dok penang. 7 tahun kot di penang. #throwback

Last but not least... Next Original Kayu Nasi Kandar Penang. Nasi kandar Line Clear tak sempat, nasi kandar Beratur tak sempat. Tapi Pelita Nasi Kandar & Nasi Kandar Makbul bayan baru sempat lepak je. 

Antara tempat makan best kat penang aku sempat singgah : 
1. Penang Sany Char Koay Teow
2. Nasi 7 Benua @ Koo Boo Cafe

Saturday, October 10, 2015

Nasi 7 Benua Penang | Tempat makan best kat Penang

2. Nasi 7 Benua Penang @ Koo Boo Cafe (sambungan)

Wow Nasi 7 benua apa ni? Benua Afrika? Benua Asia? Haha sekali terdengar pasti teringin nak tau. First time dengar dan tau kewujudan Nasi 7 Benua kat penang ni. Dulu tak pernah dengar pun. Restoran tempat makan rupanya. Ni pun member yang jumpa pastu post dalam group whatsapp. Aku ? Pantang orang tunjuk, mesti la nak try gak. Lagipun tak jauh dari lokasi hotel aku tinggal. Kalau dari Kompleks Bukit Jambul terus je sampai lepas PISA. Pastu jumpa lampu trafik tengok blah kanan. Haa situ la lokasi Restoran Nasi 7 Benua.

Famous ke tak aku tak sure tapi datang sini makan tengahari ramai je orang. Jom usha apa benda nasi 7 benua tu.. 
Oooo baru la tu.. Ada 7 jenis nasi ada kat sini. Nasi lamuni, nasi tomato, nasi hujan panas, nasi kacang, nasi minyak, nasi lemak dan nasi putih. Wow menarik menarik.. Nak makan satu-satu ke macam mana? Kita try semua!!!!! 
Alahaii comelnyerrr.. Kalau tak nak makan boleh tak? Sayang nak makan. Haha.. Mana boleh tak makan rugi kalau tak rasa. Takkan makan nasi je? Ha ni nak habaq, kena boh lauk baru la sedap. 
Ada macam-macam lauk, kari, ayam goreng, sambal sotong, ikan bilis goreng, telur la, sayur-sayur boleh pilih nak mana satu. Janji bayar. Koh3.. 
Ini bukan hiasan ye kawan-kawan, ni la nak kena makan... Shedappppnyerrr... Alahai sambil menaip teringat pulak. Terliur la pulak.. 

Harga? Nasi 7 benua ni Rm2 je sepinggan. (7 colourful scoop) Lauk harga lain-lain. Murah ke mahal? Murah la kot. Yang bestnya makan kat sini dapat air percuma teh o ais atau air sirap. 


Restoran ni buka dari 11.00 pagi sehingga 11.00 malam. Hari Ahad tutup!! Aku syorkan kalau sapa-sapa datang ke Penang boleh la try. Antara tempat makan best kat penang. 


Entri seterusnya, Pasembur Padang Kota !!

Tuesday, October 6, 2015

Penang Sany Char Koay Teow | Bayan Baru

1. Sany Penang Char Koay Teow 

Dah lama betul tak jejak kaki kat area Bayan Lepas, Bayan Baru Pulau Pinang ni. Kali ni berkesempatan datang ke sini atas urusan kerja. Memang aku tak lepaskan peluang la bila datang sini. Apa yang menarik ni?! Makan makan makan!!! Hahaha aku kan #foodlover. Tengok badan la. Haha.. Fuhh bagi aku Pulau Pinang ni heaven dengan makanan. Macam macam ada kat sini. Bila ingat Penang je, aku ingat makanan. Kat sini 24 jam ada tempat makan. 4 hari 3 malam aku kat sini, aku nak guna dengan sebaik-baiknya. Apapun urusan kerja harus diutamakan. Kalau ada masa kelapangan baru pergi. So malam pertama dan hari pertama aku, aku pergi ke Sany Char Koay Teow Bayan Baru. Antara Char Koay Teow sedap dan famous di Penang. Aku bawa geng-geng sekerja lepak sini. Fuhh tempat aku selalu lepak dulu-dulu masa dok kat penang. Rasa tetap macam dulu. Lokasi sama, kedai pun tak banyak berubah. #throwback
sany penang char koay teow

sany penang char koay teow
Lokasi Sany Char Koay Teow Bayan Baru | Penang
Terletak di Bayan Baru berdekatan dengan pusat beli belah Sunshine Bayan Baru.
sany penang char koay teow
Nomnomnom.. Nahh kasi up sikit pic Sany Char  Koay Teow.. Meleleh bak ang.. Marbeless.. Udang lebih.. Harga pun lebih..
sany penang char koay teow
Orang nak makanlah.. Sibuk je aku ajak wefie.. Koh3... Okeh settle lokasi pertama aku.. 

Next entri aku cerita pasal Nasi 7 Benua pulak! 7 benua wow... Macam mana tu??? Haaa  tunggu... [klik sini]

Sunday, October 4, 2015

testing livestreaming


Sila klik di sini bagi Tatacara melayari JKR Live Streaming melalui Web Browser Mozilla Firefox


Mobile Version
Android and iOS

Saturday, October 3, 2015

Pameran Dinosaur di Giant Cheras Batu 9

Balik kerja tadi Akif dan Aliah ajak aku pegi Giant Cheras Batu 9. Sebabkan esok cuti so aku cakap, Jom!!. Yeaaa!! Seronok dorang tiba-tiba. Apa yang seronok sangat ntah. Padahal dah slalu pegi Giant tu. Biasa je. Aku ikut je la. Rupa-rupanya ada pameran Dinosaur | Dinosaur Sculpture Art Exhibition
Patut la seronok dorang ni. Akif ni memang minat Dinosaur. Mengulang je tengok movie Jurassic Park dengan Jurassic World. 
Akif, Aliah & Aisy 
Kena bayar la masuk, budak-budak Rm4. Dewasa Rm6. Boleh la nak seronok-seronok bawa budak-budak. Kecik je dalam tu, ada 5,6 dinosaurs dalam tu. So masuk la aku, Akif dan Aliah dalam tu. Mama jaga Aisy kat luar. Hehe
Wahhh takutnyerr.. 
Sampai sini, Akif terus jerit "Spinosaurus".. Terkejut daddy. Koh3.. Aku pun tergagap gagap nak sebut. Akif suka sangat dengan Spinosaurus ni. 
Siap ada tayangan Dinosaur 3D. Kena bergilir-gilir guna spek 3D. Syok tengok telatah dorang ni. Dinosaur nak terkeluar la. Haha..
Aumm!! .. mana lebih menakutkan.. haha..

Macam tak caya lak tempat kecik macam Giant Cheras Batu 9 boleh buat pameran ni. Katanya pameran ni bermula hari ni. 2-4 Oktober 2015. Yang dok berdekatan boleh la bawa anak-anak main dengan Dinosaur.. #Ehhh.. haha..

Friday, October 2, 2015

Luncheon dengan Bro Eyriqazz

Aku rasa first time makan-makan dengan blogger Bro Eyriqazz ni. Walaupun area kami berdekatan namun belum berkesempatan lagi makan sekali. Apatah dua kali memang belum lagi la haha.. Terserempak tu dah 2,3 kali dah. Maka semal tercetus la sejarah tersendiri apabila Bro Eyriqazz nak blanje makan tengahari. Wahh rezeki jangan ditolak. Maka berappoinmentlah kami.
Lan Careno, Eyriqazz & Aku
Dah jumpa tu maka berborak la sampai tak sedar sejam berlalu. Lan paling banyak pot pet pot pet haha.. Aku dengar aje, 😀😀 sampuk sikit-sikit.. Koh3..

Tapi borak-borak blogger dengan blogger ni biasa bukan borak kosong. Mesti ada isi kandungan. Tambah pulak bro Eyriqazz ni antara blogger yang berpengalaman. Baya-baya Bro Ben Ashaari kata kan.. So sharing is caring kutip-kutip tips.. 

Embun Menitik
Sambil berborak layan dessert Embun Menitik. Perghhh sedap bak ang... Sagu bulat-bulat tu, dengan air macam cendol tu pastu letak aiskrim.. Yum-yumm... 


Apapun terima kasih  bro Eyriqazz sebab blanje.. Mewah sangat lokasinya.. Hehe.. 

Thursday, October 1, 2015

Malaysia's Biggest Online SALE | LAZADA

Lazada tengah buat Online Sale. Bermula 28 September 2015 hingga 2 Oktober 2015. Sale gila-gila sehingga 94%. Malaysia's Biggest Online SALE. 



Klik BANNER untuk ke website. Selamat bershopping...