Wednesday, January 20, 2016

Resepi ICE MILK GREEN TEA | Mudah dan Sedap!

Musim panas sekarang ni kalau pekena ICE MILK GREEN TEA atau ICE COFFEE petang-petang memang enak sekali. Basah tekak terasa nikmatnya. Haha, kat mana pulak nak cari? Sekarang ni dah banyak tempat dah nak beli minuman-minuman gini. Minuman Hipster kiranya. RASTA COFFEE, PIRATE COFFEE, COFFEE NGENCESS dan lain-lain lagi. Tak perlu ke STARBUCKS, COFFEE BEAN dah. Mahal sangat, tapi tu la ikut tekak masing-masing. Apapun, aku bukan nak cerita pasal lokasi atau gerai-gerai yang menjual minuman ni tapi aku nak share sikit resepi macam mana nak buat ICE MILK GREEN TEA versi aku. 
Green Tea Chatramue Brand - Product Thailand 
Serbuk teh ni kawan aku order dari Siam. Yang ni kalau tak jumpa di Malaysia maka kena order la dari Siam. Takpun try beli online kot-kot ada. Kalau serbut teh lain aku tak sure pulak warna sehijau yang ni. So jom tengok bahan-bahannya. Mudah dan simple. 

Recepi ICE MILK GREEN TEA
1. Serbuk Teh Hijau (Chatramue Brand)
2. Susu Sejat (krimer cair)
3. Susu Pekat Manis
4. Gula
5. Ais batu

Cara-cara menyediakan ICE MILK GREEN TEA untuk minum (1) sorang. 
1. Masukkan serbuk teh hijau (setengah sudu cukup) ke dalam gelas plastik (kalau ada). 

2. Tuang air panas setengah gelas dan kacaukan.

3. Kemudian tapiskan. 
   Ambil air yang telah ditapis tadi tambah lagi air panas sehingga 180ml. 

4. Masukkan gula 2 sudu besar, kacaukan

5. Masukkan 2 sudu susu pekat dan kacau lagi.. 

6. Kemudian asingkan ke dalam bekas yang lebih besar dari gelas tadi haha. Tak tukar pun takpe kalau gelas tadi dah besar. 

7. Masukkan ais batu. Pastikan ais batu dipecah kecik-kecik. Kalau beli ais cube tu pecah-pecahkan. Masukkan ais batu sampai penuh. 

8. Last sekali tuang susu sejat (krimer) kat atas sekali. Yang ni aku takde sukatan. Ikut suka. Jangan banyak sangat kang hilang green tea nanti. Maka dengan itu SIAP lah.... 
ICE MILK GREEN TEA 
Mudah je kan. Haha rasa pun lebih kurang je, kalau nak minum shake-shake la bekas tu. Perghh menawan kalbu. Kalau sedap share la kengkawan. Lepas ni tak perlu dah beli dah. Buat sendiri je. Selamat mencuba..