Friday, February 5, 2016

Cerita satu ketika dulu Part 3

Sambungan dari Part 2 

Masih cerita di asrama...

Satu malam yang hangat dan tak disangka-sangka. Dalam keadaan agak gelap samar-samar cahaya bulan dan lampu luar asrama. Malam tu, kami penghuni asrama telah berpakat antara katil wing kiri dan wing kanan 'declare wars'... 
Semua dah ready dengan markas masing-masing. Markas yang telah dilengkapi dengan selimut dan kelambu sebagai benteng.. Peluru-peluru telah siap dibuat. Nasib la sapa tak cukup peluru. Ada yang pakai topeng kotak, ada yang potong kotak letak dalam baju buat kalis peluru. Perghh macam real je ni.. Siap baju lengan panjang. Ala-ala gerila kot.. Awas.. tembakan rambang je....
Tiada kaitan dengan gambar ni. 

BANZAiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii....................


Prappp!! Tapppp!!... 

Tudia peperangan telah bermula.. Geng katil wing kanan vs  Geng katil wing kiri... Tup tap tup tapp... bunyi peluru.. Nak angkat kepala pun tak brani. Meniarap bai.. Kena kuar tangan je sikit-sikit dari benteng. Samar-samar kot mana nak nampak. Kalau ada pun bayang-bayang je. Hoiiih main apa ni. Haha..

Memang attack kaw-kaw... 
Malang memang tidak berbau..  Tak disangka-sangka aku antara mangsa terkena peluru sesat. Tepat kat mata aku.. Perghhh takleh nak bayang la rasanya.. PEDih.. sakit, dah la gelap. Berpinau sekejap.. Permainan diteruskan lagi. 

"Im out im out.. mey dey...mey dey..."









Main apa korang ni.. Haha lain macam je bunyi. Nak tau kami main ape? Ni haaa.................................................

Getah lastik peluru kertas gulung. Terkena tu pedih ooo. Jangan memain. Lastik cicak pun boleh mati. Tobat taknak main dah. Haha


Belum puas main tiba-tiba keadaan menjadi sunyi sepi. Alamak pahal pulak kan.. Rupa-rupanya warden datang!!!! Shhhhh... k bye...

berambung.....