Thursday, February 18, 2016

Coffee Société Cafe menarik di Publika

Baru-baru ni aku bawa family jalan-jalan kat Publika, Dutamas. First time nak bawa dorang ke sini. Aku dah dua tiga kali gak menyinggah kat sini. Cuti sekolah baru ni tak ke mana-mana, kesian dorang terperap je kat rumah. So aku bawa la pergi jalan sini. Tak jauh pun. Area KL je. Lagipun ada meet up dengan geng-geng blogger Kelab Blogger Ben Ashaari so memang cun la.

Kalau datang ke Publika ni, memang juling gak mata, mana taknya banyak tempat makan-makan yang menarik kat sini. Antara lokasi jalan-jalan cari makan. Haha. So kami decide lepak kat Coffee Société. Kenapa? 

Coffee Société | Publika
Coffee Société
Pasal aku minat tempat-tempat macam ni. Antara cafe hipster di Publika, Dutamas. Cafe yang ada kelainan tersendiri. dan aku memang suka Coffee. Haha.. Coffee Société pernah dapat award | Best place for Coffee. Ni yang nak try coffee kat sini...
Btw, ni antara cawangan Coffee Société di Publika selain dari Garage51, Bandar Sunway.Coffee Société
Coffee Société
Serius menarik cafe ni. Dekorasinya dan susunan teratur. Aku tengok banyak botol-botol kosong tersusun cantik je kat belakang. Mulanya nak dok kat dalam tapi bawa bebudak risau pulak terlanggar botol-botol tu. Tapi takpe kat luar pun ada. Sambil-sambil cuci mata ambik angin kat luar. 
Coffee Société
Nah tengok kreta aku parking kat luar ni je  (bukan ferrari tu, yang belakang-belakang lagi tu
Pastu, kalau ke Publika, tempat park kereta banyak. Kalau mampu tu, parking je kat luar ni atau kat depan cafe pun boleh. Macam kereta Ferarri ni. RM15.00 untuk 3 jam pertama. Valet Parking namanya. Apa cam? Ada brani? Tak brani ada lagi parking kat basement. Kat basement pun banyak parking. Hehe.. so
Tak mau cakap banyak sangat. Mau makan liao.. Okeh jom aku nk tunjuk menu apa best kat sini | Coffee Société. Macam biasa la blogger kalau nak makan kena ambik gambar dulu. Haha trend sgt!! 

Macam-macam kat sini.  Dari breakfast sampai ke dinner pun ada. 
Coffee Société

Spaghetti Oglio Olio with Smoked Salmon - RM25.00

Selalu aku jumpa Spaghetti Oglio Olio with Prawn tapi kali ni ada kelainan sikit, with Smoked Salmon. Best-best.. 
Coffee Société

Spaghetti Carbonara with Chicken Ham, Mushroon & Parmasen - RM25.00

Coffee Société

Quick Seared Lamb Shoulder with Wedges, Roasted Carrots and Greean Peas - RM29.00

Coffee Société

Classic Caesar Salad with Beef Bacon - RM18.00

Kalau jaga badan yang ni memang terbaeklah. 
Coffee Société

Awesome Garage Breakfast 2.0 - RM26.00

Coffee Société

Pancake with Beef Bacon, Fresh Strawberries, Ice Cream & Maple Syrup - RM18.00

Coffee Société

French Toast with Nutella, Fresh Strawberries & Ice Cream - RM18.00


Messed Up Family
Coffee Société
PAK CIK | Everybody's Favourite Teh Tarik - RM18.90
Coffee Société
THE FATHER | Chocolate with Peanut Butter - RM18.90
Coffee Société
THE SON | Nutella with hints of Hazelnut Awesomeness - RM18.90

Hot Coffee & Iced Coffee
Coffee Société


Coffee Société

Hot Coffee | Cappuccino - RM10.00

Coffee Société


Coffee Société

MOCHATELLA (Coffee cubes + Nutella + Milk) - RM16.90

Coffee Société

Société's High Tea | 2 Pax - RM48.00

Antara hidangan dalam set Société High Tea [fresh strawberries, marshmallows, jelly cup, raisin scones with raspberry jam, mini chocolate ganache tarts, mini chicken pies, 1 slice cake pilihan sendiri dan satu Pot Tea]
Coffee Société
Tudia Ben Ashaari makan salad je. Diet katanya.. 
Coffee Société
Coffee Société
Anak-anak ni bila jumpa geng sebaya ni, bila main tu dah macam lama kenal. Padahal baru 2 kali jumpa rasanya. Haha. Meriah-meriah. 

Coffee Société
Coffee Société
Lepas ni ke Publika boleh la lepak sini lagi. Tak jauh pun dari tempat kerja. Boleh la nak lunch kat sini nanti.

Kalau teringin nak lepak sini korang boleh refer alamat kat bawah ni. 

Alamat: 
Publika, Block D4 
Level G3, Unit 3A
Jalan Dutamas 1
Solaris Dutamas

Telefon: +60 3-6211 5523
Email: coffeesociete@gmail.com

Facebook : CoffeeSociété 
Instagram : CoffeeSociété
#coffeesociete

Waktu operasi: 
Isnin -  Jumaat: 8.30 pagi - 11malam 
Sabtu Ahad & Cuti Umum: 10.30 pagi - 11malam

No comments:

Post a Comment