Nuffnang

Cosmoderm

cosmoderm

Monday, February 8, 2016

Crab Hut Asia Shaftsbury Square | Seafood di Cyberjaya

Tercapai impian aku nak pekena seafood kat CRAB HUT ASIA. Bab seafood ni memang favourite aku. Selalunya kalau makan seafood ni kat restoran tepi pantai je. Kat area situ je pun slalu jumpa kan. Kat Crab Hut ni lokasinya di bandar dan  masakan seafood ada kelainan tersendiri, ala modern style gitu. Menarik-menarik.. Makan pulak beramai-ramai dengan geng blogger Kelab Blogger Ben Ashaari. Fuhh memang meriah.. 
Kelab Blogger Ben Ashaari | #kelabbloggerbenashaari | #kbba
Dikala meja masih bersih & suci gitu. Makan atas alas kertas putih tu. Tanpa pinggan tau. Wefie dulu muka-muka teruja semua nak makan seafood. 

Antara restoran makanan laut atau seafood di Cyberjaya. Terletak di Shaftbury Square, Persiaran Multimedia, Cyberjaya. Macam biasa kalau nak cari lokasi, waze je Crab Hut Asia. Pasti jumpa. Dah jumpa jangan lupa selfie. Bukti dah sampai haha. 

Selfie macam aku. Muka tak sabar nak makan seafood. Aumm dorang cakap misai aku macam misai lobster.. Ciscake tul.. Abaikan, jomm usha menu kat Crab Hut Asia.. Bismillah, kita mula dengan..... 

Red Lobster Signature Southern Bang

Tudiaaaa besaqnya Lobster. Ni namanya Red Lobster. Dah sama besar dengan lengan aku. Haha.. First time aku makan Lobster.. Nyum nyum sedap!!! Btw menu Red Lobster yang aku makan ni dimasak dengan sos Signature Southern Bang. Sekarang tengah ada promosi. Boleh refer kat info bawah nanti. Jangan skroll lagi, baca dulu.. 
Aaaaa krekkk krekk!! Tak muat mulut aku..

********************************************************
Seafood Bag....
Beginilah cara hidangannya.. 

Seafood Bag | Meat Crab & Mussels Jamba-jamba (Tomato Base) - RM128.90

Nindiaaa, ketam sudah mali. Tengok pun dah terliur.. Ni malas buat cerita ni. Lapar terus dibuatnya haha.. Ok, nak makan ketam ni jangan risau kulit ketam keras ke apa. Ada hammer dengan playa disediakan. Ketukkan je, takde orang marah. 
Muka berlagak konon pakai gigi je nak pecahkan kulit ketam. Hahaha... gimik je ni.. Budak sebelah tu agak-agak la nak gigit cengkerang ketam. Bukan ada isi pun dalam tu. Kihkih...
Seafood Bag | Asam Pedas Meat Crab & Freshwater Prawn - RM153.00
Asam pedas pun ada.. Yang minat asam pedas boleh try yang ni.. 
Seafood Bag | Garlic Butter Hamaguri Clams + Yabbies + Scallop + French Beans - RM175.90
Muka teruja makan seafood. Serius aku sangat suka yang ni. Sedappp sangat!! Yappies dan Japanese Hamaguri Clams ni manis. Masak pulak dengan garlic butter. Perghh terbaek!!! Geram je tengok.... 
Seafood Bag | Baby Octopus & Prawn Combo - RM29.00
Baby octopus ni pun first time aku makan. Selalu je aku tengok kat market tapi tak pernah beli pun. So kat sini makan pulak. Sedap dan comel je. 

Bukan ni je ada kat sini. Banyak menu lagi weh.. Kalau nak set makanan tengahari pun ada. 

Crab Hut Asia Happy Hour Lunch Trays (12pm - 4pm) 

Untuk set makan tengahari ada 4 pilihan yang korang boleh pilih kat sini. Semuanya served dengan french beans dan buah. Kena cuba ni..

Signature Southern Bang Baby Octopus with Garlic Fried Rice - RM23.00
Jamba Prawns with Thai Sambal Fried Rice - RM32.00
Chamala Chicken with Garlic Fried Rice - RM22.00
Spicy Plum Grilled Salmon with Thai Sambal Fried Rice - RM32.00

***********************************


PASTA
Fried Soft Shell Crab Carbonara Spaghetti - RM23.90
Pasta la pulak. Macam-macam ada kat sini. Spaghetti carbonara ketam goreng served dengan coleslaw dan fries. Sedap!! Ketam goreng sedap! Taknak carbonara, Spaghetti Aglio Olio Spicy Prawn ada. 

******************************************
BBQ

Kalau nak selain dari seafood boils, kat sini BBQ pun ada. Nak yang bako kan. 
Stuffed Sotong | Sotong Sumbat dengan Nasi Goreng Sambal Thai - RM24.00
Stuffed Sotong | Sotong Sumbat dengan Kelapa RM24.00
BBQ Chilled Australian Sirloin Beef in Smoky BBQ Sauce - RM39.90
Yang BBq beef ni memang sedap. Lembut plak tu. 

Sanwiches 
Fried Osyter Sanwich served with Lettuce, Onion, Tomato - RM24.00

Drinks & Dessert

Red Apple and Strawberry Blend - RM8.90
Sedap dan recommended..

Berselera sungguh mereka ni. Haha. Makan sampai kenyang ya. Dah comot-comot dah meja. Apapun memang kenyang sungguh malam tu. Terima kasih pada Crab Hut bagi layanan yang terbaik sekali dan hidangan-hidangan cukup power!! 

Haa tadi aku mention pasal promosi kan, okeh jom tengok apa promosi di Crab Hut sekarang ni..


Promosi di Crab Hut, Cyberjaya:

Promosi Februari
Monthly Crazy Bag Febuari "2pcs Red Lobster (800gm) untuk RM155 (Biasa RM 179)

Promosi Mac
Promosi Crazy Bag March di Crab Hut "Spanner Crab RM12/100gm" (Biasa RM17/100gm)


*********************************************************


Untuk INFO pelanggan yang nak datang ke sini, Crab Hut ada cara tersendiri kalau nak order nanti. So korang boleh follow step kat bawah ni. 

Cara order baru untuk makanan laut di Crab Hut & Crab Factory,



Step 1: Pilih makanan laut, (minimum satu jenis, maksimum 3 jenis) dalam timbangan 300gm atau 500gm. Untuk ketam, boleh pilih secara kepingan.
Step 2: Pilih sos & tahap kepedasan untuk Signature Southern Bang Sauce atau Jamba-Jamba. (Korang boleh pilih tahap kepedasan tu. Dari kurang pedas sampai ke paling pedas.)

Step 3: Pilih satu atau dua Bag Buddies


SPECIAL UNTUK READER DAUS REDSCARZ
Special untuk pembaca blog aku. Sebagai tanda penghargaan buat reader aku, kalau nak pergi makan kat Crab Hut Asia, korang boleh dapatkan 10% diskaun dengan tunjukkan gambar ni kat cashier (makanan saja ). 10% dari total bil tau, banyak tu.. Tawaran ni sah sehingga 30 April 2016. Jangan tunggu lama-lama... 

Alamat:
Crab Hut Asia
Shaftsbury Square,
Persiaran Multimedia, 
63000 Cyberjaya, 
Selangor, Malaysia

Website : 
Facebook : 
No Contact : 
03-8322 6861