Monday, March 28, 2016

Laksa Lubuk Merbau, Kuala Kangsar

Kalau dah sedap sampai ceruk kampung pun orang cari. Itulah dia kehebatan Laksa Lubuk Merbau, Kuala KangsarMemang sampai ke lubuk lah cari laksa haha.. First time aku sampai ke sini walaupun aku selalu balik kualer. Dari highway kuala kangsar tadi aku nampak hutan je, masuk satu lorong (muat-muat je satu kereta), rasanya perjalanan masuk lebih kurang 1km, rupanya ada kawasan perkampungan dan kawasan perusahaan laksa dalam ni. Sampai-sampai je jumpa banner ni. Wow ! 
Laksa Lubuk Merbau, Kuala Kangsar
Laksa Lubuk Merbau, Kuala Kangsar
Laksa Lubuk Merbau, Kuala Kangsar
Projek Laksa Normah, Kampung Paya Lubuk Merbau, Kuala Kangsar
Laksa Lubuk Merbau, Kuala Kangsar
Laksa Lubuk Merbau, Kuala Kangsar
Kedai biasa-biasa je macam kedai makan kampung-kampung. Tak sangka walaupun di ceruk mana pun kita berniaga orang tetap datang cari. Rezeki namanya. 
Laksa Lubuk Merbau, Kuala Kangsar
Laksa Lubuk Merbau, Kuala Kangsar
Inilah antara kelainan yang aku nampak kat laksa lubuk ni. Kuah laksa dimasak atas dapur kayu api. Aku yakin tu la yang membuatkan laksa lubuk ni special. Memang sedap dan kaw kuah dia. Lain beb rasa dia, aku suka ! Terbaeklah...
Laksa Lubuk Merbau, Kuala Kangsar
Aku sebenarnya terlupa nak ambik gambar laksa orang dewasa, yang ni order untuk budak-budak punya. Cis.. potong betul la. Budak-budak punya semua taknak sayur dan saiz saparuh. Harga semangkuk biasa - RM2.50 Erm murahnya !!!  
Laksa Lubuk Merbau, Kuala Kangsar
Macam biasa ada aksessori tambahan. Ada otak udang, telur rebus, limau dan cili. Ikut suka nak letak banyak mana. 
Laksa Lubuk Merbau, Kuala Kangsar
Selfie memang takleh dipisahkan dengan aku. Bukti sampai ke lubuk gitu. Haa tengok budak sebelah tu, dah la tak boh sayur, apa pulak dikutip tu. Macam asam keping je. Haha. Nampak benda halus-halus pun dia kutip buang. Takpe la janji dia suka makan. 
Laksa Lubuk Merbau, Kuala Kangsar
Tak banyak nak di cerita, kami pergi makan laksa je. Waktu urusniaga dari pukul 10 pagi sampai pukul 7 malam. Tutup hari SELASA. Kami datang betul-betul hari selasa. Nasib baik la buka, rezeki kami la hari tu, cuti sekolah kedai buka katanya. Yelah time cuti-cuti ni la ramai orang datang. 
Laksa Lubuk Merbau, Kuala Kangsar
Suasana begitu indah, nama pun kawasan kampung kan. Tempat parking kereta luas jangan risau. Kalau konvoi 4,5 kereta tu muat. Kami datang hari tu waktu lepas tengahari memang agak panas tapi ada banyak pokok keliling, redup la sikit. 

Pasti ramai kat luar sana yang suka makan laksa, apa kata try laksa lubuk. Lokasi ? Alamak aku nak cerita lokasi ni pun aku tak sure masuk simpang mana. Maafkan aku. First time datang sini, takde signboard la kat highway tu. Aku pergi konvoi hari tu. Follow adik ipar aku. Waze je la senang, aku try on waze, ada map ke sana. Jangan datang hari Selasa sudah. K la selamat menjamu selera...