Tuesday, March 22, 2016

Penyalahgunaan Parkir OKU semakin meningkat

Banyak mana pun petak parkir OKU (Orang Kurang Upaya) yang disediakan tetap takkan cukup. Kenapa ? Ramai sangat ke OKU ni ! HaH, bukan masalah sebab 'berapa ramai OKU' tapi 'berapa ramai yang parking kat tempat tu bukan OKU' pun. Sihat tubuh badan, fizikal sempurna pula tu. Huh ! Kesian kat warga OKU ni, dah la susah cari parking, kadang-kadang kena parking jauh pulak tu.
Sekadar gambar hiasan
Kat shopping mall, shopping complex, RNR, kat mana-mana kawasan awam pasti ada disediakan petak parkir untuk OKU. Orang awam kita ni takkan tak kenal logo OKU tu. Parking ikut suka hati dorang je. Mana yang sempat. Tu yang dinamakan pentingkan diri sendiri. Geram je aku tengok. 

"Di kawasan Rehat dan Rawat Lebuh Raya Utara-Selatan di Sungai Buloh, Selangor, terdapat tiga petak letak kereta untuk kereta OKU tetapi selalunya disalahguna dan dipenuhi oleh motosikal dan kenderaan lain."


- petikan dari Kosmo

Sekarang ni macam mana nak bagitau atau nak sampaikan pada orang awam tentang "Kesedaran terhadap parkir untuk OKU". Petak parkir dah dilabel untuk OKU, signboard pun dah letak. Itu pun tak faham lagi ? 
Terus terang kalau aku yang nampak logo atau signboard kat petak parkir ni, memang aku takkan park kat situ. Tak sanggup rasanya. Kesian la kat OKU ni. 

Sekarang ni ada pulak pemandu yang bukan OKU guna sticker OKU palsu. Slamber betul dorang ni tampal sticker palsu! Manusia oh manusia. Sapa la yang sanggup jual sticker ni. Tiada pihak berwajib ke yang pantau benda ni? Seharusnya sticker ni dikeluarkan oleh pihak berwajib saja. Kalau dah jual kat kedai-kedai runcit tu salah tu. Perghh sampai hati dorang ni. Hurm ! Tengok gambar bawah ni. Antara sticker OKU palsu dengan yang sticker OKU yang sah. 
REAL VS FAKE OKU Sticker
"A shopkeeper at a do-it-yourself store in Bangsar said it had a variety of OKU parking stickers available for sale. “We sell them for about RM10 to RM20,” said the shopkeeper, adding that people could just walk in to buy the stickers."

- petikan dari The Star
Licik tindakan mereka ni. Apakah motif sampai sanggup jual Stiker Palsu ni? Dapat untung banyak ke? 

Gejala ni semakin meningkat dan sebenarnya, Akta Orang Kurang Upaya telah mula dikuatkuasa pada 7 Julai 2008. Apakah golongan OKU masih ditindas ? Apa tindakan kita? Ada tak dikenakan tindakan atau denda kepada si pesalah? Aku tak pernah dengar lagi parking kat petak parkir OKU kena denda. Hurm !
Ada beberapa survey yang aku dapat mengenai parkir OKU ni. Ada yang bagi cadangan dan tidak kurang juga yang mengadu. 



Untuk pengetahuan umum, di luar negara dah implement pelbagai kaedah untuk mengurangkan penyalahgunaan petak parkir OKU. 

Contohnya di United Kingdom (UK) menggunakan Blue Badge Parking Scheme. Sekiranya pemandu yang ditahan gagal mempamerkan kad ni maka dia akan dikenakan denda sehingga maksimum £1,000. Fuhh banyak tu. Baru ada akal kalau kena denda sebanyak tu. 
Blue Badge Parking Scheme
Di Australia ada Australian Disability Parking Scheme (ADPS) ibarat permit. Sekiranya pemandu gagal menayangkan permit ditahan meletakkan kenderaan di Parkir OKU, boleh didenda sehingga AUD519 dan kena demerit pulak tu. Terbeak ! Lihat video dibawah.
Australian Disability Parking Scheme (ADPS)

Sama-sama lah kita mengubah sikap pentingkan diri sendiri kita. Kalau kita rasa susah apatah lagi mereka yang OKU ni. Kadang-kadang wujud undang-undang ni tapi kita tak pasti apa tindakan kita. Last-last kita cuma brani viral je. Tapi tidak mengubah apa-apa pun. Apa kata usulkan permasalahan ni pada AskLegal. Tempat-tempat kita bertanya apakah tindakan yang sepatutnya kita lakukan. 

Layari website AskLegal sekiranya korang ada persoalan-persoalan lain..  

No comments:

Post a Comment