Tuesday, April 26, 2016

Pekan Station antara Western Food murah di Kampung Baru

Aku sebenarnya dah lama dah tak lepak malam-malam area Kampung Baru ni. Waktu siang tu ada la, kadang-kadang lunch hour makan kat area sini. Bila dah balik kerja tu, memang tak sini dah. Baru-baru ni berkesempatan la aku ke sini. Dinner gather-gather dengan geng blogger KBBA9. Fuhh meriah betul la Kampung Baru ni. Macam-macam ada kat sini, kedai makan, gerai merata-rata.

Pot kami malam tu kat Pekan Station, Kampung Baru. Antara restoran western food di Kampung Baru. Fulamak dia punya pemandangan dari luar. Nampak KLCC kaw... Romantik skali. Haha
Pekan Station, Kampung Baru
Pekan Station - Kampung Baru, Kuala Lumpur
Pekan Station, Kampung Baru
Pekan Station, Kampung Baru
Pekan Station, Kampung Baru
First skali sampai, tengok impression kedai dulu. Ramai orang tak? Fuhh, ramai-ramai. Macam best je, macam menarik je. Biasanya kalau ramai orang tu mesti sedap tu. Tak pun harga murah. Apa agaknya yang menarik kat sini ? Jap lagi kita serbu. Moh tengok menu dulu nak makan apa.. 
Menu Pekan Station | Western Food
Pekan Station, Kampung Baru
Wow, boleh tahan, harga makanan murah. Paling mahal pun RM16.00. Boleh sangat ni.
Pekan Station, Kampung Baru
Air buah pun murah. Semua murah-murah ni kita order semua je la. Haha, ehh... Melampau kaw jah. Meh meh tengok apa menarik kat sini. Jangan kaw terliur sudah. Haha.. 
Antara menu yang kami order malam tu. 
Pekan Station, Kampung Baru
 Mix Grill - RM16.00
Pekan Station, Kampung Baru
Chicken Chop - RM11.00
Pekan Station, Kampung Baru
Chicken Bleu - RM12.00
Pekan Station, Kampung Baru
Meatballs (10 pcs) - RM5.00
Pekan Station, Kampung Baru
 Mix Grill Pasta - RM16.00
Pekan Station, Kampung Baru
Lamb Chop - RM16.00
Pekan Station, Kampung Baru
Chicken Grill Pasta - RM11.00
Pekan Station, Kampung Baru
Chicken Boxing - RM8.50
Pekan Station, Kampung Baru
Tudiaaa melantak ! Banyak portion ni. Puas hati dapat makan banyak ni. Ni aku ambik Mix Grill Pasta. Srlppp ! Kenyang bak ang...
Pekan Station, Kampung Baru
Ni semua pakat-pakat order air buah + asam boi. Tembikai Asam Boi, Epal Asam Boi, Limau Asam Boi.. Hmmm dapnyer.. 

Meriah gak kawasan ni. Customer silih berganti haha.. Order tak tunggu lama, siap! Ok la tu.. Mood tak hilang. 

Yang menarik lagi, kalau tak nak makan kat kedai, ada servis penghantaran. Wow ! ada Delivery tu. Tapi penghataran ni sekitar Kampung Baru saja hehe. Area Hospital Kuala Lumpur (HKL), Pusrawi,  IJN dan sekitar dengannya. Best la yang sok dekat-dekat boleh call delivery. Dengar kata delivery tu boleh sampai ke Wad pesakit. Wah wah makan western la kat spital. Takde la jemu makan makanan spital. Hehe..
Untuk penghantaran, minimum order kena lah RM30 ke atas. Plus minus tu boleh la nak nego dengan owner tu. Takde hal punyalah. Yang penting makan sedap, murah dan puas hati...

Untuk maklumat lanjut, boleh refer kat bawah.


Facebook : Pekan Station
Instagram : Pekan Station
Website : Pekan Station
Waktu Operasi : 6.00 petang -1.00 ke 2.00 pagi (bergantung keadaan)

No comments:

Post a Comment