Thursday, April 7, 2016

Resepi Kari Sardin dengan Rempah Tanjong

Atas permintaan ramai, aku tunaikan la jugak !

Baru-baru ni dok bersembang pasal makan dengan member-member whatapps. Aku buka la topik Kari Sardin (Ikan sardin dalam tin, bukan ikan sardin fresh dari pasar tu). 2,3 orang wat icon muka blur. Haha tak pernah dengar kari sardin. Lor aku ingatkan dorang ni biasa makan. Terus minta resepi kat aku. Okeh la aku kongsi la, walaupun wife aku yang biasa masakkan. Yalah, kadang-kadang dah jemu dengan menu-menu harian ni, tukar la pulak dengan kelainan sikit. Kali ni aku pulak yang masak. Serius !


Resepi Kari Sardin dengan Rempah Tanjong Kari Ikan
Bahan-bahannya..
1 Tin Sardin 
4 ulas ulas bawang putih potong besar (kupas kulit jangan ditumbuk)*
2 biji bawang merah (saiz ikut suka) dihiris tebal*
5 biji cili ikut suka
1/2 paket kecik rempah kari ikan (rempah Tanjong) sebab masak untuk 1 tin sardin. Masukkan air dan kacau. Jangan terlalu pekat dan tak terlalu cair. *
1 biji kentang potong kecik*
Air perahan asam jawa (nak letak boleh tak letak pun boleh)
*rujuk gambar bawah

Cara memasaknya pulak... 


Mula-mula panaskan kuali, panaskan minyak dan tumiskan bawang putih, merah, cili. 
Minyak lebih sikit pasal nak masukkan rempah kari ni nanti. Tak perlu tunggu sampai bawang tu kekuning-kuningan, kacau kejap je, terus masukkan rempah kari, kacau sehingga pecah minyak. Dah pecah minyak, perghhh harum semerbak wangi kari tanjong telah menyelubungi dapur ! Then baru masukkan sardin. Kacau-kacau sama rata. 

Dah kacau-kacau sardin, aku masukkan air perahan asam jawa lebih kurang 1 setengah cawan. Tak perlu pekat sangat, sedang-sedang saja. Kemudian masukkan garam secukup rasa. SIAP !!
Tadaaa inilah dia hasilnya... Kari Sardin dengan Rempah Tanjong Kari Ikan. Apa macam kawan? Nampak sedap ke tak?  Dapat pujian lak tu dari wife. Wife kata 'lulus'. Haha.. Maka dengan itu bertambah-tambah la nasi. Grrr.. Boleh tahan sedap rempah Tanjong ni ! Kalau tak kerana rempah karinya pun tak jadi gak. 

Rempah Tanjong ada banyak lagi serbuk lain selain kari ikan. Ada serbuk kunyit, serbuk kurma dan serbuk kari daging. Nanti-nanti masak lain pulak. 

Sedikit info tentang Rempah Tanjong ni. Dulu rempah ni dikenali sebagai PELADANG, kini telah berwajah baru dan dikomersialkan dengan branding rempah TANJONG. Kalau zaman mak kita dulu-dulu mesti dorang ingat jenama PELADANG ni. Patut la dulu-dulu sedap je masakan mak.

Bersempena pameran Malaysia International Halal Shocase (MIHAS) di KLCC baru-baru ni. Chef pun guna serbuk rempah Tanjong. Terbaek !
Oh ya, dengar kata Rempah Tanjong akan ke udara di TV1 setiap hari Ahad dalam segmen niaga. Boleh la tengok nanti, mana tau ada resepi mudah. Boleh bantu wife di dapur nanti. Hehe..


Kalau korang nak cuba rempah Tanjong ni boleh cari kat Mydin atau D'Mart. Kalau yang kaki dapur tu, pasti terasa kelainannya. Mana tau try sekali, tiba-tiba terasa macam masakan mak! Fuhh, boleh mengamit jiwa. 

Akhir kata, selamat mencuba resepi aku share ni ! Kalau sedap cakap sedap. Kalau tak sedap korang tak pandai masak. Hahha.. gurau je*
Good luck !

No comments:

Post a Comment