Thursday, June 9, 2016

Yeo's Teh Krisantimum penyegar selera berbuka ! Exclusive dengan Pandan Sago

Ramadhan tiba, 
Ramadhan tiba, 
Ramadhan tiba, 
Marhaban Ya Ramadhan.

Fuhh tahun ni aku rasa Ramadhan datang begitu pantas sekali. Sama ada kita bersedia atau ataupun tidak untuk menempuh ibadah puasa ni. Macam biasa la bila dah masuk bulan Ramadhan, selain dari menjalankan ibadahnya tentu saja kecoh dengan sajian untuk bersahur dan berbuka. Kompom trending di media social. Haha. Kejap ada yang tanya “nak berbuka apa hari ni” , “nak masak apa hari ni”, “nak pergi bazaar mana hari ni”, “nak minum apa hari ni”. Standard la tu, haha kadang-kadang seronok tengok kawan-kawan komen bagi cadangan. Sama la macam aku, kadang-kadang blur gak nak makan dan minum apa. Pusing satu bazaar pun belum tentu ada yang melekat di hati. 

Dalam dok fikir idea, tiba-tiba aku terfikir nak buat resepi sendiri. Mudah dan Exclusive gitu ! Yeo’s Teh Krisantimum Ice Pandan dengan Sago. Macam mana tu ? Nama pun resepi sendiri why not kan. Orang lelaki ni kalau bab mereka-reka ni memang power. Haha..

Fuhhh ! Apa macam ada yang teringin ? Nikmatnyaa minum masa berbuka.. Hampir sekotak aku minum sorang je. Kalau rasa nak try meh aku kongsi bahan-bahannya. Mudah saja..

Bahan-bahannya
1 Kotak Yeo’s Teh Krisantimum
3 sudu besar pearl sago (sagu)
3 helai daun pandan
500ml air

Cara-cara nak menyediakan.
Masukkan 500ml air, pearl sago dan daun pandan dalam periuk. Rebuskan bahan bahan dengan api sederhana.
Tunggu sampai mendidih. Kacau-kacau kan. Dah mendidih tutup api. Tunggu sampai sejuk.
Dah sejuk asingkan air pandan dengan sagu tu. Tengok gambar atas ni.
Okeh lepas tu, air pandan tadi kita buat ice cube. Nak buat ice ikut suka, nak besar ke kecik ker.. Nak buat ais cube ni take time, so aku suggest buat tengahari atau masa bersahur pagi tu. Berbuka nanti terus jadi ais.
Pandan Ice cube dah dan sagu dah ready. So kita mix kan dorang...
Tuangkan Teh Krisantimum ke dalam gelas.. Aummmm
Siap ! Inilah Yeo's Teh Krisantimum ICE PANDAN with SAGO.

Kelebihan Yeo’s Teh Krisantimum Ice Pandan with Sago


1. Yeo’s Teh Krisantimum ni rasanya tidak terlalu manis kerana kandungan gula rendah dan juga tidak mengandungi perwarna atau bahan pengawet. Produk Yeo’s ni juga telah diiktiraf HALAL oleh JAKIM.

2. Pearl Sago (Sagu) ni baik untuk kesihatan dapat menyejukan badan. Lebih-lebih lagi bulan Ramadhan ni kita berpuasa dalam badan kita terdedah kepada bahang kepanasan. Elok sangat sagu ni.

3. Daun pandan pula sebagai menambah keharuman dan kenikmatan dalam minuman.

Selamat mencuba.. Kalau nak ganti sagu dengan bali pun ok. Dua-dua penyejuk badan.

Sambil-sambil tu, sempena bulan Ramadhan ni, Yeo’s mengadakan kempen Yeo’s Ceria Ria Beramal Bersama Bintang Dan Menang Duit Raya Musim Kedua. Ini adalah inisiatif Yeo Hiap Seng (Malaysia) Berhad (Yeo’s) sendiri sebagai pengeluar makanan dan minuman untuk menggalakkan orang ramai menderma menerusi pembelian produk Yeo’s. Hasil sumbangan tersebut akan disalurkan ke 6 buah rumah anak yatim sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Sebagai menghargai penyumbang yang membeli produk Yeo’s, secara tak langsung berpeluang memenangi duit raya mencecah RM58,000!!… Tudiaaaa masyukkk !!!

Kempen Yeo’s Ceria Beramal Bersama Bintang Dan Menang Duit Raya Musim Kedua ini turut menampilkan beberapa selebriti tempatan seperti Kaka Azraff, Heliza Helmi, AG, Shukri Yahya, Feeya Iskandar dan Faizdickie yang akan turut sama sepanjang kempen ini. Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi 1300-80-2828 atau terus ke laman web Yeo’s di www.yeos.com.my

No comments:

Post a Comment