Cosmoderm

cosmoderm

Monday, July 4, 2016

Along Teh Peng Pior ! Memang Kaww

Selesai berbuka hari ni. Tinggal sehari je lagi puasa. Maksudnya tinggal sehari je nak raya. Huhu kejap je Ramadan berlalu dah kena tunggu tahun depan pulak. Apapun saja nak cerita pengalaman pergi ke Bazar Ramadan di Chandan Putri Kuala Kangsar petang tadi. Bazar macam biasa tapi aku tertarik pada satu gerai ni. Sampai berbaris orang. Selalunya kalau makanan seperti murtabak, roti john tu biasa tengok orang berbaris. Tapi yang ni air minuman. Tak pernah lagi tengok orang berbaris beli air. Haa meh tengok.. 

Along Teh Peng Pior ! Dengan nama lain teh ais kaww ! Fuhh tengok macam menarik. Apa lagi aku masuk baris la.. Nasib baik kejap je berbaris.. 


Memang betul-betul pior ! Mula-mula ingatkan nak abis dah. Rupanya ada stok lagi dalam van. Lega dapat gak beli. 
Harga kalau cawan plastik tu RM2.00. Kalau plastik besar RM4.00. 
Aku sambar 2 bungkus besar tadi. Nak rasa sedap ke tak. Kalau dari mata kasar aku, aku tengok je aku agak macam sedap. 

Ternyata memang terbaekk !!!! Pior kome ! Fuhh tak puas minum tadi masa berbuka. Tinggal sehari je besok kalau nak repeat. Itu pun kalau dia berniaga lagi esok. Kalau tak berniaga melepas la kome. 

Along Teh Peng Pior ! Memang Kaww ! Cuba repeat esok. Mana tau ada lagi... 

No comments:

Post a Comment