Tuesday, July 5, 2016

Zakat Fitrah tahun 2016

Selesai menunaikan Zakat Fitrah aku untuk tahun 2016. Tahun ni ada pertambahan ahli. Alhamdulillah bayar untuk 5 orang tahun ni. Hampir 7 tahun bayar untuk 4 orang. Kali ni 5 orang dah.. Hehe.. 
Zakat fitrah di negeri Perak jatuh pada harga RM7.00 seorang. 

Zakat fitrah ni lebih afdal ditunaikan dekat-dekat nak raya. Ada pulak kata lain. Ada kata bayar awal lebih baik. Apapun wajib ke atas kita yang mampu untuk menunaikan zakat fitrah ni. 


Fuhhh selesai Ramadan tahun 2016.  Kejap je rasanya. Semoga bertemu lagi di Ramadan 2017. In Shaa Allah..


"Inilah wang menggantikan beras fitrah yang wajib atas saya/tanggunggang saya tahun ini kerana Allah Ta'ala"..



تقبل الله منا ومنكم صالح الأعمال
*Taqabbalallahu minna wa minkum.*

Semoga Allah menerima (puasa) kita dan menjadikan kita kembali (dalam keadaan suci) dan termasuk orang-orang yang mendapat keampunanNya...

No comments:

Post a Comment