Cosmoderm

cosmoderm

Saturday, April 30, 2016

Menang peraduan Shout-Out & Win | Selfie dengan Datuk Nicol David

Alhamdulillah, menang SHOUT-OUT & WIN dari Contest Naza Group of Companies. Tak sangka shout out aku boleh menang. Saja-saja je test ! 
Contest shout-out untuk atlit Squash negara yang bakal bertarung pada PSA Women's World Championship 2016. Terutama shoutout untuk Datuk Nicol David. 
5 Lucky Winners 
Tahniah juga pada yang lain, Hafiz Rahim, Eraz Fadli, Hanim Hashim dan Tan Shaw Tian
Kat bawah ni screenshot SHOUT-OUT aku ! Power tak ? Haha.. Ini kalau Datuk Nicol David baca pun cair ni. Haha.. 


Ok dah claim hadiah... Tiket Squash | PSA Women's World Championship 2016 di Pusat Squash Negara, Bukit Jalil. Dapat 2x tiket untuk menyaksikan squash Quater Finals, Semi Finals dan Finals. Wow... TQ Naza Group !
Hari ni 30 April 2016, dah masuk finals stage dah sebenarnya. Sadly, our National Hero, Datuk Nicol David lose in Quater Finals.. Hilang mood nak pergi tengok game.. Huhu.. Be strong Datuk, we know you've done your best, dont worry we'll support you. Amboii tiba-tiba speaking pulak. Hope someday i can meet Datuk.. And have some Selfie with Datuk.. Sampaikan salam saya pada Datuk. 

Friday, April 29, 2016

Weekend Hi-Tea @ Retro Cafe Vivatel Kuala Lumpur

Tiba je cuti hujung minggu...................

"Teringin nak makan kat luar ? "
"Jemu la makan masakan sendiri ? "
" Nak makan kat luar tapi tak nak makan fastfood ? "
Nak cari tempat bergather-gather dengan keluarga atau kawan-kawan, tempat yang selesa dan berbaloi ?

Haha, inilah masalah yang sering berulang bila tiba cuti hujung minggu kan. Macam-macam pe'el haha. Ok kalau macam tu, aku nak syorkan kelainan untuk korang. 

Sebenarnya aku tertarik dengan promosi "Weekend Hi-Tea" di Retro Cafe, Vivatel Kuala Lumpur. Macam-macam ada ! dan serius tempat ni sangat sesuai kalau nak gather-gather atau lepak pada hujung minggu. Makan kat hotel gitu. Bermula jam 12.30 petang - 4.00 petang setiap sabtu dan ahad.

Kenapa aku pilih kat sini ? 
Retro Cafe | Vivatel Kuala Lumpur
Tempat sangat selesa, kemas dan cantik. In Shaa Allah mood tenang aja.. 
Kalau citer bab makan-makan ni pasti ramai yang tertanya-tanya bab halal ke tak. Okey, kat sini Halal. Ini bukti Retro Cafe Vivatel ni ada sijil pengesahan Halal bersama Chef Ashar. Spoting orangnya.. Dan semua menu-menu ni disediakan oleh Chef Ashar. Wow hebat-hebat !

Jom kita usha menu apa yang ada untuk Hi-Tea di Retro Cafe, Vivatel.

Nak nasi lemak pandan ada, nasi ulam ada, nasi goreng pun ada ! 
Kuah-kuah sambal, kari ayam, kuah dalca..
Ulam-ulaman

Sudut Fried Quail / Chicken
Antara keistimewaan dan yang menarik kat sini ada burung puyuh, ikan siakap, ikan keli, ayam dan sosej yang telah diperap dengan rempah-rempa. Korang pilih la nak makan apa then bagi je kat pembantu chef tu tolong gorengkan. Fuhh, marbeless.. Meriah sangat makanan kat sini. 

Sudut Gerai-gerai | Booth section
Special Mee kari Urat Keting
Vietnamese Noodle Soup
Pasembor

Pizza and Bread
Pizza
Breads
Pizza dengan roti ni korang pilih sendiri nak letak ape. Perghh bake your own pizza la kiranya. Best konsep ni, korang nak makan apa, letak la, takde la membazir nanti. Kalau buat siap-siap ada yang tak makan ni la, ada yang tak makan sayur la.. Pastu korang boleh letak sos pilihan sendiri..  

Banyak lagi....
Steaming Dim Sum
Fried Wantan
Nyum3x.. Perghh sangat menggugat jiwa dan raga.. 
Crab cake, Karipap Ayam..

Pencuci mulut |Dessert 
ABC Ice Kacang
Fried Fruits
Buah-buahan
Layan smooties.. Fuhh terbaek !! 

Serius cakap makanan dan minuman yang disediakan sedap-sedap, banyak pulak tu. Aku puas hati ! Biasanya Hi-tea ni tak banyak sangat pilihan tapi kat Retro Cafe ni, aku sampai tak tau nak pilih apa. Haha.. Enjoying the moment.

Harga 1 pax RM48.00, sekarang tengah ada promosi menarik, kalau datang ramai-ramai. Datang 6 pax, bayar untuk 5 pax je. Kira macam beli 5 pax percuma 1 pax. Untung la, jadi lagi murah.

Untuk maklumat lanjut boleh check  bawah ni..


Untuk tempahan boleh hubungi : 03 9205 8888

Selamat berhujung minggu. Makan puas-puas ! Tiada lagi konflik hujung minggu korang. Haha..

Thursday, April 28, 2016

Tournament Bowling KBBA9 | K.Roger's Butter Cookies

Kesibukkan blogger-blogger Kelab Blogger Ben Ashaari @ KBBA9 diteruskan lagi, bukan setakat sibuk berblogging, menulis, review je, kami juga bersukan, kami beriadah, kami gather-gather dan lagi dan lagi. Lepas aktiviti futsal, kali ni kami main Bowling pulak. Ini tournament ni bukan yang main-main punya... "Main bowling sambil makan Cookies" boleh gitu ? Haha, nampak tak, kami bukan sekadar blogger je. Apa apa pun boleh. Lokasi di Ampang Superbowl, Bangi Gateway.
Tournament Bowling KBBA9 | K.Roger's Butter Cookies
Fuhh rasa macam dah 2,3 tahun tak main bowling. Agak-agak boleh hayun lagi ke tak. Try je la, kalau masuk longkang tu stendet la. Kalau strike je luar biasa. Haha..
Antara geng-geng yang join tonomen. Ramai gak yang main, dan rupanya ramai gak yang teror main. Bagus-bagus aku suka, mana tau nanti boleh main wakil kelab. Serius meriah giler. Macam-macam ragam dorang ni termasuk aku la. Kami dibahagi kepada beberapa kumpulan.
Sohoque, Kechik, Lan Careno, Redscarz 
Ni group kami. Kumpulan KATAK. Amboi kemain possing. Semua badan sado sado tiba-tiba ada seorang kecik. Nama pun KECHIK.. Paling happening budak kechik ni la.. Asyik buat bola magic.. Hahaha.. Yang belakang aku ni Mera, interframe je. Bukan team aku... Tangan tu tangan lan careno bukan tangan mera... Suspen je.. Hehehe


Setiap orang kena main 3 round. Makaihh ! Boleh lenguh gini. Takpe main puas-puas. Bukan selalu dapat main ramai-ramai ni. Ni result group kami sepanjang  3 round. Aku ! Perghh power gak haha... DR tu aku la (Daus Redscarz)

Round 1
Round 2
Round 3 
Makin lama markah makin merudum ! Penat ke apa? Hahah.. Lawak betul la... 
Apapun aku tetap mendahului markah keseluruhan dalam group kami. Pencabar terdekat Lan Careno dan Sohoque takleh wat per. Terpaksa mengalah dengan aku. Hahaha.... 

Antara pemenang-pemenang bagi Tournament Bowling KBBA9 Edisi 2016


Kategori kumpulan 

Tempat Pertama - Kumpulan Panda


Kategori Individu Wanita
Tempat Pertama - Mas Saari


Kategori Individu Lelaki
Tempat Pertama
Macam tak caya je aku, budak Razi ni juara individu ! Grrr
Tempat Kedua - Papa Kluangman
Tempat Ketiga - Aznan

Tempat Keempat - Daus Redscarz
Eh-eh aku pun dapat. Hebat-hebat ! Sib baik penganjur tambah hadiah untuk tempat ke-4. Kikiki.. Kalau tak melepas la aku.. Alhamdulillah rezeki..
Group Photo Kelab Blogger Ben Ashaari | KBBA9
Terima kasih buat penaja kami hari tu, K.Roger's Butter Cookies Menaja main bowling sambil makan cookies. Semuanya sedap-sedap ! Kalau sapa teringin nak rasa Butter Cookies boleh roger atau check facebook K.Rogers Butter Cookies

Ada 4 flavor iaitu..
✔ Almond & Cocoa Chips
✔ Blueberry
✔ Raspberry & Almond Chips
✔ Cornflakes & Cereal