Cosmoderm

cosmoderm

Friday, May 27, 2016

Serum Kurus TAK PANAS Izeara Xtravaganza Punca Bella Mengamuk

Teringat masa naik bas perjalanan dari KL Sentral ke KLIA hari tu. Tiba-tiba tergelak dalam hati tengok ada satu geng yang naik bas skali ni dok bercerita pasal Bella. Kenal Bella tak ? Takkan tak kenal. Pumpang pumpang... ada gelak-gelak pastu yang marah pun ada. Aku yakin ramai yang kenal Bella ni. Viral kat media sosial kot sebab isu kecam produk Melayu siap buat report polis. Last last dia pulak kena kecam.. Macam-macam gelaran dia dapat. Bella 10k la, Bella tak sedar diri la.. Adoii... 


Bila dah kecoh-kecoh sangat pasal hal ni, Ayah Kipidap pun masuk campur. Ayah kipidap pesan kat Bella suruh Bella mohon maaf secara terbuka kepada semua pengusaha-pengusaha produk melayu dan tarik balik laporan polis dia buat tu.. Korang saksikan sendiri video Ayah Kipidap suruh Bella mohon maaf.  





Haaaaa dasat jugak penangan Ayah Kipidap ni. Tak brapa lama lepas tu Bella muncul dan permohonan maaf. Macam tu la Bella. 

Asalnya produk yang Bella gunakan ni tak panas. Bella hairan la, kenapa tak panas ? Sapu-sapu tak panas. Biasa produk slimming ni selalunya kan panas, baru bakar lemak. Akhirnya owner produk Izeara Xtravaganza tampil memberi penerangan. Respect jugak owner produk ni, walaupun kena kecam awalnya, namun dia tidak terus melatah. Nah tengok video ni pulak.



Nampak tak. Nama pun serum kurus tak panas. Memang tak panas. Dah ramai dah testimoni kat luar sana. Mungkin Bella ni tak sabar nak kurus ni. Hehe..



Antara testimoni customer Izeara Xtravaganva

Aku pun guna produk ni ? 

Kalau nak tau, aku baru dapat produk ni tak sabar nak guna... Aumm.. kenapa aku pilih Izeara Xtravaganza ni ? Tak panas dan tak melekit ! Sesuai dipakai di mana-mana dan pada bila-bila masa. Haa itu yang aku suka. Pakai kat opis pun relax je.

Nanti aku story dan share testimoni aku pulak. Tunggu.... 

Nak tau lanjuk lagi boleh tengok di


Instagram : IZEARA XTRAVAGANZA 
Facebook : IZEARA XTRAVAGANZA

Wednesday, May 25, 2016

Resepi Tepus, Tuhau, Tipuk@Tipu Goreng Belacan

Tengok tajuk pun dah pening. Resepi apakah ini. Kalau yang tak tau tu mesti blur kejap. Tapi kalau nak tau ni lah sejenis tumbuhan yang hidup subur di Sabah & Sarawak. Nama tumbuhan ni kalau dalam bahasa bidayuh ialah Tipu (sebutan tipuk), bahasa iban atau melayu sarawak dipanggil Tepus dan kalau di Sabah dipanggil Tuhau. Macam-macam nama. 
Resepi Tepus, Tuhau, Tipuk@Tipu Goreng Belacan
Ini lah rupa dia, seakan-akan pohon lengkuas. Sama kan ! Tapi yang ni memang lain. Dulu kecik-kecik aku cari kat tepi-tepi rumah je. Rumah aku dekat dengan hutan memang banyak la benda ni. Sekarang ni kalau nak cari tak sempat. So beli je la jawabnya. 
Resepi Tepus, Tuhau, Tipuk@Tipu Goreng Belacan
Tepus atau tipuk ni terlebih dahulu dibuang kulit. Ambil bahagian dalam je. Ambik yang bahagian paling lembut skali. Kalau keras tak leh makan. Kena kopek sampai isi dalam putih tu. 

Simple je resepi ni. Bahan-bahan pun mudah. 

2 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1/2 cawan ikan bilis atau udang kering
1/2 camca teh belacan
6 biji cili padi (ikut suka)
Nak tambah cili merah lagi menarik.

Tumbuk semuanya.. 
Resepi Tepus, Tuhau, Tipuk@Tipu Goreng Belacan
Lepas tumbuk tu, tumis la, minyak sedang-sedang la, ikut kuantiti bahan-bahan. Banyak bahan, lebih la minyaknya. Goreng sampai naik bau. Kacau-kacau dulu baru masukkan tepus @ tipu tadi. Kalau perlu garam masukkan secubit. Gaul-gaulkan.. Sampai lembut isinya boleh lah angkat. 
Resepi Tepus, Tuhau, Tipuk@Tipu Goreng Belacan
Inilah dia hasil masakan aku. Tepus, Tuhau, Tipuk@Tipu Goreng Belacan. Terbaekk...
Ulam sambal belacan Sarawak
Selain dari goreng belacan Tepus, Tuhau, Tipuk@Tipu ni boleh dibuat ulam-ulaman. Dimakan mentah pun boleh, direbus dengan air panas dulu pun boleh. 
Makan dengan nasi panas-panas, tambah pulak dengan goreng pulak ikan masin tenggiri. Bertambah-tambah nasi. Terliur beb. Apapun selamat mencuba. Tapi benda ni kat Sarawak banyak la. 

Nah ada lebihan, siap bawa bekal pergi ofis... 



Thursday, May 19, 2016

Spicy Korean Noodle Challenge [Video Youtube] | TAK PEDAS PUN !

Jangan tanya aku beli kat mana ? Aku belum cari lagi kat mana nak beli Spicy Korean Noodles a.k. a Ramen Korean ni. Aku tau tengah kecoh kat youtube pasal Challenge makan Ramen ni, katanya pedas sangat. Aku tengok youbute pun aku cuak gak nak cuba. Tapi tu la, aku ni memang pemakan makanan pedas, takkan takut kot nak cuba. Belum cuba belum tau la kan. 
Keinginan aku semakin membuak-buak bila member-member aku dah makan. Ada yang boleh tahan ada yang tak abis. Perrgghhh cuak cuak ! Kena cari ni.. Belum sempat nak cari Ramen ni, tiba-tiba ada pulak budak ofis bawa sebungkus (5 pek). Rezeki la aku hari tu, dia jual sepeket kat aku. Bereh !
Spicy Korean Noodle Challenge
Spicy Korean Noodles | Hot Chicken Flavor Ramen
Jeng jeng jeng.. HALAL boleh makan tanpa was-was. Bukan senang dapat ni, dengar kata kedai semua abis stok. Giler lah penangan Ramen ni. Dengan aku pun terjebak. 
Spicy Korean Noodle Challenge
Spicy Korean Noodle Challenge
Spicy Korean Noodle Challenge
Selfie jap. Muka teruja nak makan ! Kot-kot japgi makan color muka bertukar merah ke tak? Haha..

Meh layan Youtube aku.. Nak tengok pedas ke tak? Zasssss.....
Kalau tak leh PLAY boleh klik link ni.. [Spicy Korean Noodle Challenge DAUS REDSCARZ]

Enjoy...
Maafkan abam termengeledik skit.. Hahahaha aku pun tak prasan hasil sebegitu... 

Wednesday, May 18, 2016

LEGO® Mixels TIKETZ Series 7 | Koleksi Lego

41556 LEGO® Mixels Tiketz Series 7


Lego Mixels TIKETZ Series 7
LEGO® Mixels Tiketz
Koleksi lego terbaru dari LEGO® Mixels Siri ke-7. Namanya TIKETZ berwarna biru, putih, hitam dan merah. Aku sebenarnya tak tau pun kewujudan cartoon Mixels ni. Even character dalam Mixels pun aku tak tau. Haha nak dijadikan cerita, aku pergi Midvalley ahad lepas, cadangnya nak pergi tengok Expo Baby, sekali tersinggah kat kedai Lego | Box of Bricks. Konon nak tengok-tengok je. Sekali Akif merenggek pulak nak lego. Aku bukan tak nak beli tapi lego ni yang mahal sangat. Nak beli tak mampu. Tunggu orang bagi hadiah je, tak pun tunggu menang contest lego je.
Akhirnya kemerenggekkan Akif berkesan. Ok la, aku cakap kita cari yang paling murah skali. Maka jumpa la LEGO® Mixels ni dalam foilbag. Aku tanya Akif tau ke Mixels ni. Dia cakap tau ! Rupanya ada kat channel Cartoon Network. (Ada logo Cartoon Network kat foilbag tu) Terbeli la satu pek ! Pilihan Akif TIKETZ
Lego Mixels TIKETZ Series 7
Character Tiketz ni, seorang pegawai polis. Kerja dia menangkap penjenayah. Selain Tiketz, dalam LEGO® Mixels ada lagi Busto, Tapsy, Trumpsy, Paladum, Kuffs, Jamzy, Camillot dan Mixadel. Tak kenal semuanya. Haha... 
Lego Mixels TIKETZ Series 7
Inilah dia LEGO® Mixels TIKETZ dah sedia untuk dipasang. Sebelum pasang aku kasi info ringkas tentang pack ni.

Set Number : 14556
LEGO® : Mixels
Character Name : Tiketz
Series : 7
Pieces : 62
Duration : 15 minutes (catatan masa Akif)
Price : RM19.00

Nak baca info lagi klik sini. [Tiketz]

Okeh ni aku bagi Akif pasang. Aku taknak kacau. 
Lego Mixels TIKETZ Series 7
Jam 22.01
Lego Mixels TIKETZ Series 7
Jam 22:09
Lego Mixels TIKETZ Series 7
Jam 22:16
Siap ! 15 minit pasang. Not bad Akif. Terbaek ! Pasni takleh la babah join pasang lego. Akif dah boleh pasang sendiri dah. 
Lego Mixels TIKETZ Series 7
LEGO® Mixels - TIKETZ
Lego Mixels TIKETZ Series 7
LEGO® Mixels - TIKETZ
Comel tak ? Memang comel tapi bila dah siap pasang baru prasan satu benda. Mata satu je ! Tau kan maksud aku. Huhu masa beli tu tak prasan pun. Takpe nanti aku modified tukar dua mata. 
Muka ada ceria sikit. Rambut masa ni belum potong lagi. Balik dari Midvalley terus potong rambut. Tu yang gambar masa pasang lego tu nampak lain. Haha..

Friday, May 13, 2016

Resepi Midin Belacan Sarawak sedap dan rangup !

Bertahun rasanya tak makan pucuk MIDIN ni. Sebelum nak cerita resepi aku bagi info dan bebel sikit pasal Midin ni? Boleh kan.. 

Info Midin
Tumbuhan ni hidup meliar di sekitar hutan-hutan Sarawak. Kasawan yang paling famous, area tanah gambut dan lembap. Spesis pucuk midin ni sama dengan spesis paku pakis. Warna perang kehijauan dan sangat terkenal di Sarawak. Ni aku tak refer google, pengalaman aku sendiri masuk hutan dan petik.

Midin ni sangat terkenal di Sarawak dan aku yakin ia telah menjadi satu makanan atau sajian yang harus cuba kalau singgah ke Sarawak. Orang kata kalau datang ke Sarawak tak sah kalau tak merasa makanan ni. Tapi bagi orang yang tinggal di Sarawak, midin ni biasa je. 
Midin - RM2.50 seikat
Balik Kuching tempoh hari, aku singgah sekejap di Kubah Ria Satok, Kuching (Medan Pasar Satok yang baru menggantikan pasar Satok yang lama) Mula-mula nak jalan-jalan je tengok pasar yang baru ni. Lepas tu aku jumpa macam-macam kat bahagian sayur-sayur ni. Ada midin, terung dayak, tepus @ tipuk, rebung, kulat dan lain-lain. Rabun mata kejap bukan apa, Midin, Tepus & terung dayak ni takde kat KL. Only in Sarawak ! Darah Sarawak yang mengalir dalam tubuh ni pasti teringin bila tengok makanan-makanan ni. So aku pun beli la.. 

"Kamek mau 2 ikat"....

Niat aku nak beli dan bawa ke KL. So tibalah masa nak masak midin aku ni. Dah 4 hari dok dalam peti sejuk nasib baik elok lagi. Resepi Midin goreng belacan @ midin belacan.

Masakan 2 ikat Midin untuk 3,4 orang makan. 

Bahan-bahan yang diperlukan

2 biji bawang merah sederhana
3 biji bawang putih
Segenggam ikan bilis atau udang kering
Cili ikut rasa
1 cili merah besar (kalau tak letak pun takpe)
1 sudu kecil (saiz) belacan 

Bahan-bahan di atas ditumbuk semua sekali atau diblend ikut suka. Beza kalau blend ni, hancur la bahan-bahannya. Kalau tumbuk masih nampak lagi teksturnya. 

Cara nak sisihkan midin.
Sebelum
Selepas
Relaikan daun-daun midin tu, dan ambil pucuknya. Batang tu selagi lembut boleh ambil. Kalau dah keras tu buang je. Biasanya 3 inci ke pucuk tu patahkan je. Ambik terus. Tengok atas gambar selepas tu. Jangan lupa basuh !

Cara memasaknya,

1. Panaskan minyak, tak perlu banyak sangat. Cukup untuk tumis bahan-bahan tadi,
2. Masukkan bahan-bahan tadi yang telah ditumbuk atau diblend,
3. Tumis sampai masak dan naik bau,
4. Masukkan midin dan kacau-kacau. Jangan lama sangat nanti lembik. Kalau boleh tu kejap je. Sebab nak kekalkan keranggupannya. Kalau kering sangat masukkan air suku cawan. Perlu garam ? Masukkan sedikit. Sebab ikan bilis @ udang kering @ belacan tu dah masin dah. 

SIAP !! Senang je. 
Haa ni lah dia hasilnya, Midin Belacan Sarawak versi KL. Yang ni bahan-bahan blend dan takde cili merah. Pastu kuah lebih. Makan dengan nasi panas-panas perghhh terbaek ! Selamat mencuba !

Meh cerita sikit pasal Daun Buan
Nasi bungkus dalam daun "buan" famous kat Sarawak daun ni. Kalau google daun buan memang akan keluar daun ni. Tak tau la daun ni dipanggil ape. Daun ni digunakan untuk membalut nasi, untuk lapik makanan, juga boleh guna untuk bakar-bakar ikan.  
Kenapa guna daun ni ?
Orang kampung dulu-dulu selalu gunakan daun ni sebagai alas makanan bila pergi ke kebun. Dorang akan bawa bekal, jadi daun ni la untuk bungkus nasi dan bungkus lauk-lauk kering. Selamat digunakan dan daun ni ada aroma tersendiri. Wangi ! Senang dijumpai dan pakai buang. Lepas makan boleh buang. Lagipun daun je kan. Mesra alam ! Orang dulu-dulu dah go green dah. 
Ni satu contoh aku ! Bawa bekal nasi ke ofis. Balut nasi panas-panas dengan daun buan sampai daun tu kecut. Masa buka tu, fuh terasa bauan aroma daun tu. Penambah selera makan. Ehhh, melalut plak aku bercerita. Hahaha daripada cerita resepi masuk cerita daun buan. Takpe la info untuk korang. Banyak nostalgia... 

Thursday, May 12, 2016

Pokok Kristal Sarawak | Mini DUSUN BUAH

MINI DUSUN BUAH. Itu yang boleh aku ungkap ! Rumah kat kampung dikelilingi pokok-pokok buah. Itu lah hobi part-time ayah aku. Sebenarnya tak susah nak tanam pokok-pokok ni, gali tanah dan tanam. (senangnyer cakapTAPI... kalau tak pandai jaga, takde kemahiran kompom tak hidup. Kalau hidup pun silap-silap tak cukup zat atau terbantut. So ni lah antara bakat yang ada kat ayah aku. Kalau ayah tanam apa-apa, hampir semuanya menjadi. Orang lama ni ada special gift. Bakat terpendam. 
Pokok buah Mata Kucing
Rendah je pokok mata kucing ni. Dah membuahkan hasil sekali. Sayang sekali aku takde masa tu, tak dapat merasa. Nak ambik buah petik je. 
Pokok Mangga
Pokok mangga apa ni eh. Tak tanya plak aku. Haha, mangga kan ada banyak jenis. 
Pokok Jambu Batu
Walaupun pokok kecik je tapi dah ada buah atas tu. Buah besar-besar tapi belum cukup matang lagi. Nak jaga buah kena balut, nanti buah rosak. 
Pokok Kedondong atau pokok amra
Yang ni buah banyak. Makan tak abis. Baru ni sempat adik aku ambik buat kerabu kedondong dengan sambal belacan. Fuhh terbaek ! Masam-masam pedas..

Ni pokok apa pulak ? 
Pokok Buah Kristal
Ini lah Pokok Kristal. Pokok ni paling rare. Kalau tak silap, pokok Kristal ni hanya ada di Sarawak je. Pernah tengok ? Aku pun tak pernah tengok pokok Kristal sebelum ni. Selepas ayah aku tanam baru aku tau pokok ni. Haha. Tapi aku pernah rasa buah ni memang sedap dan manis. Tak sabar nak tunggu berbuah. Ada 2,3 pokok gak yang dah besar. Tak lama lagi berbuah la pokok ni.

Tengok gambar bawah ni. Sumber dari Google.. 
Buah Kristal Sarawak (Sumber gambar - Kebunkome)
 Buah Kristal Sarawak (Sumber gambar - TWOPACKSAY)
Fuhh kalau jadi berbuah pokok ni, banyak ni. Puas makan nanti. 
Semai pokok Kristal - anak-anak pokok kristal.
Ni pun pokok kristal gak ni. Baru transfer dari semai ke tanah lapang. Masih dalam tempoh penjagaan rapi. Tu yang ada cover tu. 
Pokok Rambutan
Tempat BBQ
Pokok Limau Kasturi
Pokok Kelapa Gading

Pokok kelapa buah kuning ni ditanam kat luar. Aku tanya ayah, kenapa tanam kat luar. Dia jawab, akar pokok kelapa tu nanti boleh pecahkan dinding pagar. So tak sesuai tanam dalam kasawan rumah. Tapi kalau kat luar tu pulak, abis la buah kena kebas nanti. Haha.. 
Beginilah keadaan rumah dikelilingi pokok-pokok. Redup dan sejuk sikit kawasan rumah. 

Lebih kurang 8 jenis tanaman pokok buah kat sini, aku yakin aku dah perkenal kat korang benda baru. Pokok mata kucing dengan Pokok kristal.  Betul tak? Apapun, dalam banyak-banyak ni aku paling tak sabar tunggu pokok kristal berbuah. Bukan senang nak rasa buah ni. Dah la pokok jarang-jarang, berbuah pulak ikut musim. Tunggu !!!