Cosmoderm

cosmoderm

Friday, July 22, 2016

Bila Abang Sado jual Satay !

As salam semua, salam Syawal. Sibuk beraya lagi ker ? Mesti ramai yang tengah plan pergi open house kan. Ke sibuk nak buat open house. Jangan lupa jemput aku okey. Okeh sebut pasal open house ke, jamuan raya di pejabat ke, jabatan or kementerian atau jemputan raya di hotel-hotel ni, korang perasaan tak sesetengah booth tu ada tukang cedok kuah or lauk untuk korang. Korang tau kenapa ? Yang pasti ada 2 atau lebih jawapan. Jadi jawapan pertama, senang dan memudahkan untuk korang ambil makanan. Bawa 2 pinggan dorang tolong letakkan. Berbaris pun tak lama. Kalau takde tukang cedok nanti berbaris lama la korang. Kena pulak jenis karenah suka pilih-pilih dulu. Opps jangan terasa.. 


Yang kedua, ni pengalaman aku served gerai satay. Masa ni ada jamuan raya, aku ditugaskan untuk cedok kuah satay. So aku nak cerita pengalaman aku tukang cedok kuah ni. Kenapa ada tukang cedok kuah ni ? Sebenarnya nak jimatkan kuah, takut kuah tak cukup. Lebih kurang 1000 cucuk satay. Kuah ada dua balang je. Macam mana ko nak bajet kuah brapa banyak untuk satu pinggan. Satay pun letak siap-siap dalam pinggan supaya tiada satay yang terlebih dan terkurang. Tapi macam biasa la karenah orang ni. Letak kuah sikit, minta tambah lagi.. Ambik 2 mangkuk skali, untuk kawan katanya.. Hahha, biasa dah trick-trick gini. Ambik lah, sapa cepat dia dapat.. Tak sampai setengah jam settle satay. Satay lebih kuah abis.. Koh3... Maafkan daku.. 


Jadi tak heran la kalau ada tukang cedok makanan tu yer. Ada setengah-setengah orang tak kenan yang ada tukang cedok ni, silap-silap dicedok dapat tulang je. Hahah.. Apapun bersyukurlah orang dah jemput datang. Kbai..

Patut la sedap satay ni. SATAY WILLY KAJANG rupanya... 

Monday, July 18, 2016

IKEA SPONTAN Magnetic Board | Idea Kreatif Kumpul Koleksi Fridge Magnet

Bingung apabila koleksi Fridge Magnet terlalu banyak sangat ? Sampai satu peti ais dah penuh takde tempat nak lekatkan Fridge Magnet ? Kalau takde peti ais macam mana pulak? Jadi meh sini aku share satu idea cara nak bagi lagi menarik dengan koleksi-koleksi Fridge Magnet ni.

Haa, kat IKEA ada jual Magnetic Board ! SPONTAN Magnetic Board.  Nama brand SPONTAN.. bukan spontan, aksi spontan tu.

Bila aku google magnetic board ada macam-macam kegunaannya. Ada yang buat tempat nota-nota, letak bil-bil, resit dan sebagainya. Jadi aku punya letak Fridge Magnet ! Aku pun tiru abang ipar aku punya. Hahaha.. Pergi beraya dia baru ni nampak kat dinding. Menarik la pulak. Balik KL terus pergi IKEA cari board ni..

Harga SPONTAN Magnetic Board IKEA RM39.90

Warna : Silver
Saiz : 14 ½x30 ¾ "
KOD : 201.640.76
Lokasi : IKEA Cheras | IKEA Damansara

Tudiaaa beginilah hasilnya... Korang lekat la banyak-banyak. Puas hati bak ang. Lepas tu sangkut kat dinding yang korang rasa sesuai. Serius menarik. Tengok-tengok koleksi terus mengenang nostalgia travel. Ini beli kat mana, tu beli kat mana. Itu kalau beli sendiri la. Kalau orang bagi pulak, tengok Fridge Magnet ni, "Oo si polan ni yang kasi", tengok ni pulak "Oo si minah ni kasi..." Contoh !... 

Okey, selamat mendeko bersama DAUS REDSCARZ ! 


Produk Ikea yang lain. Menarik dan murah. 

Aneboda Wardrobe IKEA

Friday, July 8, 2016

Model Raya Terlajak Perahu !

Terlebih dahulu aku nak ucapkan selamat hari raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam di mana saja berada, baik dalam Malaysia atau luar negara.

TAQQBBALALLAHU MINNA WA MINKUM...
Maaf zahir dan batin..

Okeh apa warna tema korang raya tahun ni. Soalan macam expired je. Patut tanya sebelum raya kan. Haha tapi takpe la mood raya masih ada. Tema kami tahun ni warna ungu. Hastag #teamungu #teampurple Tapi raya pertama tak sempat pulak nak selfie bebanyak dengan baju melayu ni. Huhu.. Sempat selfie dengan baby Faheem je..
#teampurple #teamungu
Raya kedua tetiba mood menggedik nak jadi model konon.. Model terlajak perahu... bukan terlajak laris haha.. Kata riang ria di Aidilfitri.. so layan je la aksi aksi di bawah ni.. Nak pergi beraya di rumah sanak saudara... 


Mini ni bukan aku punya. Jangan tanya sapa punya.
Moto ni pun bukan aku punya.. Ada tetamu datang rumah so aku tumpang possing. Famili Geng Modenas katanya. Anak beranak selalu konvoi dengan moto-moto ni... 

Okey la cukup la.. besok-besok possing lagi.. Kalau muka ada market kasi roger ok. Haha... 

Thursday, July 7, 2016

Video Youtube aku 100K Views !

Asalnya main-main je letak video dalam youtube. Konon nak buat challenge makan ramen pedas Korea tu. Spicy Korea Ramen tu. Tengok-tengok dalam beberapa hari je view mencanak, kalah trafik blog. Wow macam tak caya je. Masa awal-awal hari tu dalam seminggu pertama dah lebih 5000 views kejap-kejap dah 10K views.. 

Mau teruja tengok view gitu. Sejak hari tu aku terus prati je views tu haha.. 


Selepas sebulan lebih berlalu kini trafik telah mencecah lebih 100K views. WOW tanjat boboy.. Ni yang tiba-tiba seronok nak up video ni. Tengok la nanti kot-kot aku rajin buat video Spicy Korea Ramen Challenge 2.0. 

Ni la videonya haha.. Layankan je. Haha lawak pun ada.


Jangan lupa subscribe ! DAUS REDSCARZ
Jangan lupa subscribe ! DAUS REDSCARZ
Jangan lupa subscribe ! DAUS REDSCARZ

Tuesday, July 5, 2016

Zakat Fitrah tahun 2016

Selesai menunaikan Zakat Fitrah aku untuk tahun 2016. Tahun ni ada pertambahan ahli. Alhamdulillah bayar untuk 5 orang tahun ni. Hampir 7 tahun bayar untuk 4 orang. Kali ni 5 orang dah.. Hehe.. 
Zakat fitrah di negeri Perak jatuh pada harga RM7.00 seorang. 

Zakat fitrah ni lebih afdal ditunaikan dekat-dekat nak raya. Ada pulak kata lain. Ada kata bayar awal lebih baik. Apapun wajib ke atas kita yang mampu untuk menunaikan zakat fitrah ni. 


Fuhhh selesai Ramadan tahun 2016.  Kejap je rasanya. Semoga bertemu lagi di Ramadan 2017. In Shaa Allah..


"Inilah wang menggantikan beras fitrah yang wajib atas saya/tanggunggang saya tahun ini kerana Allah Ta'ala"..



تقبل الله منا ومنكم صالح الأعمال
*Taqabbalallahu minna wa minkum.*

Semoga Allah menerima (puasa) kita dan menjadikan kita kembali (dalam keadaan suci) dan termasuk orang-orang yang mendapat keampunanNya...

IDEA deko bilik dengan Frame Poskad [D.I.Y]

Sejak pakai almari Aneboda IKEA ni, rajin pulak aku mengemas barang-barang, beg, kotak-kotak dalam almari tu. Yela seronok tengok ruang bilik dah kemas, takde dah terabur sana sini. Dijadikan cerita tergeledah satu beg ni. Beg ni tempat aku simpan goodies-goodies yang aku dapat bila pergi event blogger. Maka membelek-belek la tengok apa yang ada. 

Terjumpa la akan 3 keping poskad. Poskad Mini Cooper yang aku dapat masa hadir event Olabola dulu. Kalau tak silap aku, ni aku dapat masa cabutan bertuah selepas berjaya membolosi Robokeeper ! Rare gak tu. 

Risau pulak rosak, terlipat ke koyak ke, baik aku buat sesuatu. Jadi timbul la idea untuk framekan poskad ni. 

Maka beginilah hasil D.I.Y aku.. Nasib baik ada lebihan frame Kaison !  (Harap-harap wife tak prasan frame dia hilang) kekekeke...


Serius lawa ! Sapa ada poskad lebih, poskad lama-lama, duit kertas lama-lama ker, kalau framekan banyak-banyak pastu gantung kat dinding... Wow !! Menarik tu. Boleh jadi idea untuk deko-deko ruang kosong kat rumah tu. Buat kelainan sikit. Kreatif ! 

Monday, July 4, 2016

Along Teh Peng Pior ! Memang Kaww

Selesai berbuka hari ni. Tinggal sehari je lagi puasa. Maksudnya tinggal sehari je nak raya. Huhu kejap je Ramadan berlalu dah kena tunggu tahun depan pulak. Apapun saja nak cerita pengalaman pergi ke Bazar Ramadan di Chandan Putri Kuala Kangsar petang tadi. Bazar macam biasa tapi aku tertarik pada satu gerai ni. Sampai berbaris orang. Selalunya kalau makanan seperti murtabak, roti john tu biasa tengok orang berbaris. Tapi yang ni air minuman. Tak pernah lagi tengok orang berbaris beli air. Haa meh tengok.. 

Along Teh Peng Pior ! Dengan nama lain teh ais kaww ! Fuhh tengok macam menarik. Apa lagi aku masuk baris la.. Nasib baik kejap je berbaris.. 


Memang betul-betul pior ! Mula-mula ingatkan nak abis dah. Rupanya ada stok lagi dalam van. Lega dapat gak beli. 
Harga kalau cawan plastik tu RM2.00. Kalau plastik besar RM4.00. 
Aku sambar 2 bungkus besar tadi. Nak rasa sedap ke tak. Kalau dari mata kasar aku, aku tengok je aku agak macam sedap. 

Ternyata memang terbaekk !!!! Pior kome ! Fuhh tak puas minum tadi masa berbuka. Tinggal sehari je besok kalau nak repeat. Itu pun kalau dia berniaga lagi esok. Kalau tak berniaga melepas la kome. 

Along Teh Peng Pior ! Memang Kaww ! Cuba repeat esok. Mana tau ada lagi... 

Bila Akif dan Aliah makan Spicy Korea Ramen !

Sejak viral Spicy Ramen Korea ni, aku dah terjebak dengan Akif dengan Aliah pun nak cuba. Ada stok tinggal 2,3 paket lagi. Lama dah beli tapi nak cari time makan tu belum ada masa sesuai lagi. Bulan puasa kan. Siang puasa malam lepas berbuka dah kenyang so delay-delay sampai la satu hari tu dorang tak tahan dah nak rasa. Kebetulan berbuka hari tu light sikit so malam tu lapar balik jadi masa tu memang sesuai sangat la nak makan ramen ni. Aku warning siap-siap Akif dengan Aliah ni. Dah cakap pedas tapi dorang nak cuba jugak so biar babah masakkan.. 

Dorang makan, babah rekod ! Nak tengok reaksi Akif dengan Aliah nanti. Boleh abis ke tak ? Boleh tahan pedas ke tak ? Haha. Jeng jeng jeng .....

Jom layan youtube ni. Video Akif dengan Aliah makan Spicy Ramen Korea. 
Jangan lupa subscribe ! DAUS REDSCARZ
Jangan lupa subscribe ! DAUS REDSCARZ
Jangan lupa subscribe ! DAUS REDSCARZ
Jom kasi support sikit :) TQ

Soalan yang sering ditanya bila tengok video ni. 
1. Kat mana beli spicy korea ramen ni ?
2. Pedas ke tak ? 
3. Halal ke tak spicy korea ramen ni ? 
4. Brapa harga Spicy Korea Ramen ni ?

Ok jawapan aku boleh tolong..
1. Spicy Ramen Korea ni ada jual kat Giant atau Aeon.
2. Pedas untuk yang tak tahan pedas, yang biasa makan pedas tu biasa-biasa je. Pedas tapi sedap.
3. Halal. Ada logo halal kat pek depan. 
4. RM25.00 satu pek besar (×5)

Okeh sudah terjawab persoalan-persoalannya.. Ada lagi soalan boleh komen kat bawah ni. Aku sedia membantu. 
#spicykorearamenchallenge
#spicykorearamen
#spicykoreanoodles

Kalau nak tengok babah dia punya pun ada video gak.. [Spicy Korea Ramen Challenge Daus Redscarz]

Sunday, July 3, 2016

LEGO® STAR WARS The Ghost™ | Microfighters Series 3

75127 LEGO® STAR WARS Microfighters Series 3 | The Ghost™

Selepas beli Lego Wookiee™ Gunship aku sambar pulak Lego The Ghost™. Sama batch dengan Wookiee™. Microfighter Siri 3. Dapat harga promosi tu yang gigih beli. Yang ni aku bagi Akif pasang. Dia pun peminat LEGO gak. Aku suka tengok dia pasang. Gigih ! 

LEGO® STAR WARS The Ghost™

LEGO® STAR WARS Microfighters Series 3 | The Ghost™
Set Number : 75127
LEGO® : Star Wars
Subtheme : Microfighter
Series : 3
Character Name Minifigs : Hera Syndulla
Pieces : 104
Duration : > 20 minutes ( Akif yang pasang) 


Masa yang Akif guna untuk pasang Lego ni lebih 20 minit. Aku rakam dah, cuma belum masuk youtube lagi. Akif pecah rekod dia sendiri pasang sebanyak 104 biji bongkah Lego tanpa bantuan aku. Sebelum ni tak pernah pasang lagi yang banyak-banyak ni. 

Hera Syndulla - Minifigs dalam kotak Lego ni. 
Mircofighter bersaiz kecil, inilah rupa dia. Comel haha.. Boleh partner dengan LEGO® STAR WARS Wookiee™ Gunship !

Okeh settle masuk dalam koleksi LEGO® STAR WARS. Nanti kalau ada murah-murah sambar lagi.