Cosmoderm

cosmoderm

Tuesday, September 27, 2016

Laksa Pak Ngah Kuala Kangsar memang sedap !

Sebut je Laksa Pak Ngah orang dah kenal dah. Laksa Pak Ngah bukan asing lagi di Kuala Kangsar malah hampir satu Malaysia tau Laksa Pak Ngah ni. Merata-rata jumpa Laksa Pak Ngah. Buat pertama kali aku singgah di Restoran Laksa Pak Ngah. Selalu aku nampak lori bergerak laksa Pak Ngah je. 
Restoran Pak Ngah ni terletak betul-betul di belakang Sekolah Menengah Tsung Wah, Kuala Kangsar. Ada signboard kecik je kat simpang masuk ke restoran. Kalau nak pergi ke sini korang usha-usha la signboard tu. Jangan sampai terlepas simpang haha macam aku. 

Padahal aku selalu je balik Kuala Kangsar rumah mertua tapi tak pernah pun singgah kat sini. Sebab aku kurang sikit bab laksa ni. Aku suka kuah dia je. Haha.. Jom usha restoran Laksa Pak Ngah. 
Laksa Pak Ngah | Original  Since 1955
Kalau tak silap aku, restoran Laksa Pak Ngah ni dah berwajah baru. So ni lah wajah baru restoran Laksa Pak Ngah. Nampak menarik ! Memang wajib kena tojah ni kalau datang ke kuala kangsar. 
Macam cafe hipster pun ada. 
Kalau nak order ? Tengok je menu kat atas tu. Ada Laksa, Laksa Goreng Banjir, Laksa Goreng Special, Laksa Special, Bihun Sup, Mee Kari, Mee Rebus. Minuman ada ABC special, Cendol Special dan lain-lain. 
Laksa-laksa
Mee Rebus
Laksa Goreng Special | Laksa Goreng Pak Ngah
Dan yang ni aku rasa sangat special. Sebab aku tak pernah lagi tengok dan makan laksa goreng. Datang pulak dengan kuah laksa. Pergghhh tiba-tiba aku suka laksa. Sedappppp giler. Satu kelainan bagi aku ! Fuhh nanti aku nak repeat lagi. Resepi Laksa Goreng Special
Laksa Sedap Kuala Kangsar | Laksa Pak Ngah Kuala Kangsar

Antara artikel-artikel dan keratan akhbar yang memaparkan kisah Laksa Pak Ngah. Cukup famous Laksa Pak Ngah ni. Surat khabar cina pun masuk. Yang tak pernah cuba, aku syorkan korang cuba lah.. Korang waze je, pasti jumpa punya. Thorbaek !!

Wednesday, September 14, 2016

Pull-up workout untuk Beginner | MADWARRIOR

Pull-Up Workout

Workout yang aku baru start ambik serius selain dari Push-UpSit-Up dan Cardio. Baru beberapa hari je aku mula serius tentang pull-up ni. Tapi sekadar beginner saja. Masih tercari-cari cara pull-up yang betul untuk beginner. Maklum la, berat sangat badan ni. Tak larat nak angkat badan wehhh.. Bila dah tau pasal kelebihan pull-up ni perghh lagi teruja pulak nak buat. 

So ni antara tips yang aku dapat untuk pull-ups workout for beginner. 
Source from Google, Pinterest.
Aku pernah bertanya kat seorang member yang main bar hari tu. Dia kata kalau tak boleh pull-up, buat push up dulu. Bila push up dah mantap boleh buat step 1 dan 2 kat atas, lepas tu turun push up. Ulang-ulang benda sama. Pelan-pelan nanti boleh naik sikit-sikit. 

Sama-sama kita cuba, di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Haha teringin gak nak gayut-gayut macam dorang ni.. Aku masih tak mampu bergayut dengan lama. Aku masih susah nak angkat badan. Lagi satu dia bagitau buat Body Row kat atas tu, tu pun basic gak tu. Kaki kena lurus ke depan. Jangan bengkok, nanti tak rasa. Haa yang ni aku boleh la buat sikit-sikit.

Ni aku share sikit video yang aku boleh buat. tapi ni bukan pull-up. Ni bergayut haha.. Pull up @ Chin up aku tak mampu buat lagi. Huhu..

Lagi sebulan Mad Warrior Revolution 2016.
#TheMakingOfMadWarrior

Thursday, September 8, 2016

[VIDEO] Bean Boozled Challenge Malaysia | Aliah dan Akif

Seperti dijanjikan.. Ni la video Aliah dan Akif buat Bean Boozled Challenge. Rakaman dibuat di dataran Suria KLCC. Sambil riadah rakam video ni. Zasss..... Suara babah garang sikit. Abaikan haha...


Bean Boozled Challenge Malaysia
Serius lawak tengok aksi dorang ni. Nak tergelak je masa rakam haha.. Apapun jangan lupa Subscribe Youtube aku untuk video-video menarik akan datang. Link ada kat bawah ni.

Link Youtube : DAUSREDSCARZ

Bila Aliah dan Akif mula terjebak dengan Bean Boozled ! Baca sini.[KLIK]

Wednesday, September 7, 2016

Bean Boozled Challenge Malaysia | Aliah dan Akif terjebak !

Dari mana ntah datang permainan ni pun aku tak pasti, yang pasti kat youtube aku tengok Mat Salleh mula dulu. Dan benda ni dah lama dah pun kat youtube. Berlambak-lambak dah video. Hmm terjebak la kat Aliah dan Akif nak main benda ni. BEAN BOOZLED Jelly Beans !! Dare to compare. Setiap Jelly beans ni ada perasa lain-lain yang yang pasti luar biasa. Contohnya perasa Stinky Socks (stoking busuk), Baby Wipe (tisu bayi), Rotten Egg (telur busuk) dan lain-lain ada kat bawah ni. 

Rules permainannya
Ada 2 Jelly Beans warna yang sama tapi perasanya lain-lain. Contohnya ada 2 Jelly Beans warna biru. Satu perasanya Toothpaste dan satu lagi Berry Blue. Jadi dorang akan pilih random. Kalau bernasib baik dapat la sedap.. Kalau tak bernasib baik dapat la yang tak sedap dan busuk. Gitu la kiranya.. Ikut nasib la. Sebab tu la dipanggil Bean Boozled Challenge !
Inilah kotak Bean Boozled tu. Kotak kecik je tapi harga sekotak boleh tahan jugak. 
Kat belakang kotak tu ada tunjuk pair-pair untuk Jelly Beans tu. Korang tengok la betapa menakutkan dan mengelikan perasa-perasa tersebut. Booger ! Canned Dog Food ! Lawn Clippings ! Huh macam-macam la, tapi jangan risau ini semua perasa rekaan semata-mata. Bukan ambik stoking rendam pastu buat jelly. Haha... tapi rasanya sebijik kaw !! Mana tahan, boleh muntah ooo..
Bean Boozled close up ! Sumber Google Image 
Kemain Aliah dan Akif nak sangat Bean Boozled ni. Jenuh mencari, akhirnya jumpa kat Candylicious KLCC. Nasib baik sempat, masa ni Candylicious KLCC tengah buat clearance stock sebab nak pindah tempat lain. Ke mana ? Aku lupa dia cakap kat mana. Dapat pulak diskaun 40%. Fuhh lega ada diskaun.. Boleh beli lebih sikit. 

Lepas beli terus pergi ke dataran Suria KLCC buat rakaman Bean Boozled Challenge ! Video dah ada. Tunggu next entri. Nak tergelak tengok gelagat Aliah dan Akif bila buat challenge ni. Kena pulak yang busuk.. Haha.. Tunggu...

Tuesday, September 6, 2016

Koleksi Buku Cerita dan Komik | Aliah & Akif

Kalau ke shopping mall mesti kami akan singgah di Popular atau MPH Bookstore. Aliah dan Akif kalau jumpa bookstore ni dah macam library dah dibuatnya. Teruja lain macam. Tak pe la lagi pun tengok orang kat Popular macam ok je. Ramai budak-budak baca buku kat sana. Dah kalau minat membaca tu biar la tapi dorang minat baca buku kartun, lawak, cerita seram. Buku yang ada kaitan dengan pelajaran ? Macam kurang sikit.. ermm nak paksa pun tak boleh.. 
Khusuk betul membaca...
Ni antara gelagat Aliah dan Akif di Popular. (gambar candid) 
So ni antara koleksi-koleksi buku yang dibeli dari Popular atau MPH Bookstore.. Setiap kali pergi ada je di bawa balik. Bukan borong semua tapi senaskah dua je. 
Cerita Hantu
Macam-macam la cerita hantu ni ! Satu dunia ada. Versi Eropah, Asia, Korea, United Kingdom, Amerika Syarikat. Ada banyak lagi kat bookstore cuma belum beli lagi. Beriya baca buku ni tapi bila dah baca buku ni, nak pergi tandas pun takut, nak masuk bilik pun takut. Hahaha hmm.. 
Lawak Kampus
Aku rasa macam ada lagi buku Lawak Kampus yang lain. Tapi tinggal senaskah ni je dalam koleksi. Takpe la nanti cari.
Plant vs Zombie 2
Pun ada ! Mentang-mentang dok main game dia, terus meronta-ronta nak beli buku ni..
Penyerang Hendap | Ular Sawa vs Buaya
Dendam Serigala Mutan
Ah, Ada Hantu Di Pangsapuri !
Cerita hantu lagi.. Hmm berani sangat dorang ni. 
BOBOIBOY | SFERA KUASA 
Adaptasi dari Filem Boboiboy : The Movie
Dan komik terlaris di pasaran. Boboiboy !! Lama gak mencari komik Boboiboy ni. Merata cari kat Popular tapi semuanya habis. Akhirnya terjumpa jugak di Popular Leisuremall Cheras. Give up dah sebenarnya, masa tu pergi Popular tak plan nak cari pun. Tiba-tiba di satu sudut tu penuh satu rak komik Boboiboy ni. Teruja Akif nampak komik tu. Laju je sambar ! Stok baru sampai la tu agaknya. Ok la tu dapat gak akhirnya.. 

Nak kata baca buku tak kurang berfaedah pun itu yang Aliah dan Akif suka. Nak buat macam mana. Imaginasi budak-budak kan. Mungkin ini antara satu galakan bagi dorang minat membaca. Pelan-pelan nanti alih ke buku berkaitan dengan pelajaran ke... why not ?

Monday, September 5, 2016

Cara-cara buat Jeruk Ensabi Dayak yang mudah dan senang !

Ada yang panggil ENSABI SARAWAK, ada yang panggil SAWI DAYAK, ada yang panggil ENSABI DAYAK dan ada yang panggil SABIH DAYAK. Mana-mana panggilan semua tu tetap merujuk kepada sayur bawah ni. Dijadikan cerita sayur ni memang terkenal dibuat jeruk. Jeruk Ensabi namanya. Jadi meh aku nak kongsi cara-cara nak buat jeruk ensabi ni. Ada banyak cara berlainan sebenarnya tapi aku ikut cara yang paling mudah dan senang yang aku tau.

Bahan-bahan yang diperlukan :

1. Ensabi Dayak
2. Garam kasar
3. Segenggam nasi

Mula-mula kita bersihkan dulu ensabi ni. Aku beli kat PASAR BORNEO SERI KEMBANGAN tempoh hari. 3 ikat RM10. Dah lama punya cerita aku pergi pasar borneo ni.. Baru berkesempatan nak update blog. 
Bersih buang daun yang rosak dan buang potong akar. 
Siap potong dan basuh.
Seterusnya kita jemur kat matahari selama mana yang boleh untuk sehari tu. Kalau matahari terik lagi bagus, cepat proses pelayuan daun-daun ensabi ni. Lihat gambar atas ni. Ini tak cukup layu lagi sebenarnya. 
So kalau tak cukup layu, kita tuang air panas sikit dan buang air tu. Kalau boleh jangan rendam lama-lama nanti hilang rasa dia. Tuang gitu-gitu je pastu buang air. 
Masukkan garam kasar dan nasi. Secukup rasa. Agak-agak bersesuaian dengan kuantiti ensabi tu. 
Lepas tu kita gaul-gaulkan bagi sebati... 


Lepas gaul-gaul kita masukkan dalam bekas bertutup. 3 ikat aku beli jadi banyak ni je? Huhu sikit sangat. Tapi takpe, untuk basahkan tekak jadi la.. Okeh, dah masuk dalam bekas ni kena tunggu la 4,5 hari kemudian baru la boleh dimasak. Nama pun jerukkan. Kena la peram lama sikit. Lagi lama lagi nikmat... 

5 hari kemudian.........

Ni la hasilnya.. Jeruk Ensabi Goreng dengan Ikan bilis dan cili padi. Perghhh rasa memang menggamit jiwa. Terkenang kisah-kisah silam zaman kecik-kecik. Aku rasa hampir 15 tahun tak makan jeruk ensabi goreng ni.. Nikmatnya makan dengan nasi panas-panas. 


Jeruk Ensabi Goreng Ikan Bilis

Selamat mencuba, mungkin langkah-langkah penyediaan aku berbeza dengan yang lain. Tapi jangan risau, rasanya 95% sama. 

Friday, September 2, 2016

Antara workout dan dietary dalam 3 minggu pertama | MADWARRIOR

Antara-antara workout awal yang aku buat dalam 3 minggu pertama. Benda yang paling aku tak suka iaitu lari @ jogging. Fuhh nak start lari ni aku sangat lemah. Nafas tak brapa nak tahan. Haha.. Kena paksa jugak la. Lari pelan-pelan dulu. Dapat 2km pun dah cukup untuk permulaan. Aku keep continue kejap 2km kejap 3km dan ada yang mampu sampai 5km..

WORKOUT

Bila pergi gym atau workout aku akan buat rutin-rutin dibawah ni.
Jogging 2km, 3km, 5km
Push up (between 30x-65x)
Sit up (between 30x-45x)
Burpees (25x)
Jumping jack (50x-150x)
Plank (20 saat, 30 saat, 40 saat)

Jom usha gambar bawah ni. Semua sumber atau details boleh baca dalam instagram aku. REDSCARZ IG..




DIETARY
Dietary aku pulak. Kurangkan makan nasi dan banyakkan makan protein. Makan ringan-ringan.. Kalau boleh aku ambil kalori yang kurang. Untuk seorang lelaki yang tengah berdiet mengambil sekurang-kurangnya 2000 kalori. Lagi kurang lagi cepat la turun. Kalau buat weight loss. Pengambilan kalori aku setakat ni tak lebih dari 1000 kalori sehari. Itu secara kiraan kasar. Kalau aku ambil nasi, aku akan makan suku atau separuh saja bergantung kepada workout. Kalau ada workout boleh ambil separuh nasi untuk bagi tenaga. Pastu bakar balik. Antara sumber-sumber protein aku ialah ayam, daging, ikan. 

Breakfast
Oat
Breat Toast
Scramble Egg
Sanwiches
Egg
Half Cooked egg

Lunch & Dinner
Roasted Chicken without rice,
Omelette
Blackpepper chicken 
Mix Vege
Mix Vege Omelette
Sup Ayam
Mihun Sup Daging
Capati without kuah
Tandoori Ayam

Drink (No sugar)
Juices
Warm water 
Plain water
Chia Seed
Green Tea

Tinggal 44 hari je lagi MAD WARRIOR REVOLUTIONS fuhhh sempat ke tak aku fit. Next ada workout baru. Tunggu !!

#themakingofmadwarrior