Cosmoderm

cosmoderm

Saturday, October 29, 2016

Iklan Petronas yang menyentuh jiwa | Deepavali 2016

Aku bersyukur kerana lahir di bumi bertuah ni. Negara Malaysia sebuah negara yang rakyatnya hidup berbilang bangsa dan agama. Keluarga aku  sendiri 1 Malaysia. Haha percaya tak? Aku yang berketurunan bidayuh dijodoh dengan pilihanku berbangsa Melayu , mak aku berbangsa Cina, adik aku pula berkawin dengan pilihan dia berbangsa India. Haa, semua ada.. belum masuk saudara mara yang lain lagi..

Hari Raya dah lepas, kali ni Hari Deepavali menjelang tiba. Selamat Hari Deepavali buat adik dan keluarga serta rakyat Malaysia yang menyambutnya. 

Deepavali atau Dewali ni satu perayaan cahaya yang bertujuan sebagai peringatan kepada kita untuk memupuk semangat lebih bertimbang rasa terhadap orang lain. 
Iklan Petronas Deepavali 2016 ada ceritanya. Jalan cerita mudah tetapi mesej yang disampaikan sangat padat. Aku sangat tersentuh bila menonton iklan ini. Jom saksikan... 

Fuhhh, iklan Petronas memang tak pernah menghampakan. Padat ! Padat dengan pengajaran.
"Aku Muniandy"
Aku ingatkan mereka ni nak merompak ! Sekali aku tersilap.. Mula-mula perati macam gangster. Agaknya aku tengok DVD banyak sangat ni. Haa, sebab tu ada pepatah mengatakan "Dont judge the book by its cover".. Jangan la kita menilai seseorang tu dari luaran sahaja. Kita sebagai rakyat Malaysia, walaupun pelbagai bangsa dan agama, janganlah juga kita sifat berpuak-puak. Omputih kata racist. No no no...

Ramai lagi kot masyarakat di Malaysia yang masih berfikiran kurang matang. Apa yang kita lihat terus kita nilai tanpa selidik apa yang sebenarnya. Banyak contoh-contoh dah berlaku, terutama benda yang disebar tanpa kita selidik benda tu betul atau salah. Pastu suka hati je viralkan. Tak elok tu.. 

Tidak dinafikan banyak dugaan dan cabaran dalam kehidupan seharian berlainan bangsa ni. Namum kita masih boleh mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan jika kita sentiasa peka dan saling hormat-menghormati perbezaan antara kaum. Mudah je kan. Jangan ada perasaan benci antara satu dengan yang lain. Kalau ada tersilap ke apa, cepat-cepat perbetulkan dan saling maaf-memaafan antara satu dengan yang lain.

Semoga cahaya Dewali ni dapat menyinari sanubari dan terus membuat kita sentiasa bertimbang rasa dan tertolak ansur sesama keluarga, jiran tetangga serta rakan-rakan pejabat. Kalau ini dapat dikekal, nescaya keharmonian dan kesejahteraan akan terus berkekalan.

Iktibar dari Iklan Petronas Deepavali ni, aku yakin video ni telah membuka mata kita supaya kita dapat mengubah diri kita agar dapat menjadi lebih baik. 

SELAMAT HARI DEEPAVALI @ DEWALI buat rakan-rakan dan seluruh rakyat Malaysia yang menyambutnya.. #deepavali2016 #petronasdeepavali

Thursday, October 27, 2016

Pullback Racer Hot Wheels Exclusive di Honey Stars

Kepada peminat-peminat kereta Hot Wheels dapatkan koleksi-koleksi exclusive Pullback Racer Hot Wheels di Nestle Honey Stars sekarang. Beli Honey Stars kotak 300g dapat sebiji kereta Hot Wheels dalam tu. Ada 3 koleksi untuk dikumpul. Antaranya Quick & Sik, Baja Truck dan Twin Mill. So aku dapat Quick & Sik Blue.. Wow menarik..
Honey Stars Pullback Racer Hot Wheels Edition
Quick & Sik Blue
Kosong dan sebelum pasang sticker. Tak suka betul pasang sticker kecik-kecik ni. Manual takde plak tu. Hentam je la.. 
Quick & Sik Blue
Siap !! Settle pasang stiker, macam susah sangat je kan. Haha.. Nampak gempak tak. Okeh, macam mana nak main ? Senang je nak main ni. Tak yah bagitau pun kompom tau. Korang pullback atau tarik kereta ke belakang dan lepas. Tu je.. Laju siott...... Cara-cara nak main Hot Wheels ni.
Haa ni la antara kereta Hot Wheels yang harus dikumpul. Aku kena buru lagi dua tu. Tapi takde clue, macam mana nak dapat yang dua lagi tu. Silap-silap  dapat yang sama gak. Pastu kena tunggu Honey Stars abis la, baru boleh beli baru. Apapun goodluck kat korang yang nak beli.

Tuesday, October 25, 2016

Tak perlu ragu nak makan telur ! Khasiat dan Kelebihan telur !

Hari ni aku nak sharing sikit pasal khasiat telur ni. Rata-rata ramai lagi yang kompius telur ni baik ke tak untuk kesihatan. Yang paling ketara ramai mengatakan telur ni mengandungi kolestrol tinggi. Kuning telur tak baik la, makan yang putih je. Hmm dulu aku pun fikir begitu tapi selepas aku baca beberapa artikel aku sedar telur tu sangat bagus. Ada pun yang kurang bagus, bila makan telur yang bergoreng. Sebab berminyak ! 

Nutrition Fact -Source Google
Breakfast aku - 3 biji telur rebus
Meh aku nak share sikit khasiat telur ni. Tahu tak korang yang kuning telur tu mengandungi banyak khasiat yang luar biasa. Antaranya :

-Mineral dan vitamin B kompleks yang baik untuk tubuh.

-Kandungan AA dan DHA baik untuk meningkatkan fungsi otak.

-Kandungan HDL (Kolestrol baik) lemak yang baik untuk mengelak penyakit berisiko tinggi seperti jantung, stroke dan lain-lain lagi. 

-Vitamin A,E,D yang baik untuk mata, gigi dan tulang.
-Protein dan asid amino membekal tenaga serta berupaya mempercepatkan penyembuhan otot-otot yang yang tercedera semasa bersenam atau workout.

dan banyak lagi... 

Jadi mulai sekarang jangan la takut-takut nak makan telur ni. Ada banyak cadangan penyediaan menu telur ni. Aku lebih prefer telur rebus, telur setengah masak, scramble egg, broccoli omelette, vege omelette dan banyak lagi resepi guna telur ni tanpa guna minyak. Korang tengok menu mat salleh, mana dia buang kuning telur. Haa.. breakfast semestinya.. Malam-malam lapar, masak la telur buat scramble ke, bagus untuk elak dari makanan berat. Tips untuk diet, jaga pemakanan. Good luck.. 

Monday, October 24, 2016

Reebok All Terrain Thunder 2.0 Review

Kira-kira sebulan sebelum Obstacles Course Challenge | Mad Warrior Revolution 2016 aku baru teringat aku takde kasut untuk aktiviti lasak. Ada kasut sukan tapi kasut biasa-biasa je risau tak sesuai atau licin. Aku mula berangan tengok kasut-kasut untuk aktiviti lasak ni. Kiranya trail shoes la. Aku google, macam-macam aku jumpa dan harga makaihhh RM300-RM400 ke atas semua !! Giler mahal. Huh tak boleh jadi gini. Dalam banyak-banyak kasut ni, aku berkenan dengan brand REEBOK. Tapi yang aku berkenan tu dalam RM300++. Nak kena usha kat kedai la, kot-kot ada yang murah.

Sejak lepas tu aku servey kat Sport Direct, Al-Ikhsan la bagai cari kasut Reebok ni. Tapi pelik takde jual brand Reebok. Nape eh ! Last-last aku pergi servey kat Royale Sport kat Leisuremall Cheras. Sebab pernah beli kasut Reebok kat situ. Tapi tak jumpa pun yang aku berkenan tu. Saja nak tengok je. Nak beli Rm300 tu tak mampu aku. Aku usha je la mana yang ada kat situ. Tengah-tengah belek tengok ada longgokan kasut. Ada SALE la ! Nak dipendekkan cerita aku berkenan kat satu kasut ni. Harga asal RM399 tinggal RM150++ je. Wow boleh beli ni. Tinggal satu tu je plak tu, ngam-ngam saiz aku. Rezeki aku la ni.. Maka beli la kasut ni. 


Reebok All Terrain Thunder 2.0 Review

Reebok All Terrain Thunder 2.0 Review
MODEL M45647
Reebok All Terrain Thunder 2.0 Review
MODEL M45647
All Terrain Series | Dirtshield MODEL M45647
Lock and Load MODEL M45647
Tali yang lebih tu masuk dalam lidah kasut tu. Lepas tu lock. Okeh benda baru bagi aku. Selalu ikat kat luar je. Ini letak kat dalam tu elak dari terjuntai atau tali lepas ikatan.
H2O Drain
Ada sistem draining. Air boleh masuk keluar dari dalam kasut. Jadi air tidak bertakung, kaki pun tak mengecut. MODEL M45647
12.9 Degree DYNAMIC BIOMECHANICS 
Technology for traction and underfoot pistons technology provides cushioning and responsive ride, has patterned grooves - sumber google ( aku tak faham, sila google translate)

Testimonial aku sendiri

Mula-mula pakai memang rasa keras sikit. Memandangkan kasut ni All Terrain so aku rasmi kat gym dulu. Buat kardio treadmill. Nak kata tak selesa tu ada gak, sebab biasa pakai kasut running. Then aku try bawa outdoor, jogging trek Lake Valley. Not bad la. So-so je. Sebab nak bagi biasakan kaki dengan kasut ni sebelum event. Tu yang kena pulun gak.

MAD WARRIOR REVOLUTION 2016
Hari di nanti telah tiba. Tak sabar aku nak test kasut ni ! Nak make sure penggunaan semaksimum yang boleh. 

Results
Perghhhhh !! Ternyata kasut ni tak mengecewakan aku. Aku bagi 4.5 bintang!! Fuhh memang berbaloi pakai kasut ni. Redah pasir pantai, trek jalan tar, masuk hutan, paya bakau semua bagai. Kasut ni tetap rasa ringan je. Padahal pasir-pasir paya melekat ni. Draining sistem memang A. 
Nah tengok ni ! 
Obstacles ?? Puas hati ! Panjat dinding dalam keadaan basah, kasut ni masih boleh grip. Tak licin.. Power-power ! Tengok gambar atas ni. Penuh pasir dan lumpur !  


Begitulah serba sedikit testimonial aku. Kalau yang tengah mencari tu boleh la aku suggest yang ni. Kalau yang berkemampuan tu, banyak lagi pilihan lain. 
Reebok All Terrain Thunder 2.0 
Red Rush/Black/Solar Yellow 
Harga latest kat Reebok sekarang ni. Convert dengan duit Ringgit Malaysia jadi RM300++ .. Rezeki la dapat beli dengan harga rm150 aritu.. 

Thursday, October 20, 2016

MAD WARRIOR REVOLUTION 2016 Photo of the day !

Kisah-kisah di sepanjang Obstacles Course Challenge Malaysia | MAD WARRIOR REVOLUTION 2016 pada 16 Oktober 2016 di Morib Gold Coast International Resort, Banting Selangor ! 
Terlebih dulu aku kreditkan dulu gambar-gambar ni kepada MAD WARRIORFACEBOOK MAD WARRIOR atas sharing gambar-gambar yang mengagumkan ini. Dan jugak kredit kepada Freelance Photographer RANY TAN atas gambar yang disharing oleh beliau. Kalau sapa-sapa berminat untuk ambil beliau sebagai event photographer boleh check FACEBOOK RANY TAN. Sungguh komited orangnya.. 

Aku share sikit je. Nak tengok lebih lagi pergi ke link aku bagi kat atas...

PHOTO FROM MAD WARRIOR FACEBOOK
Registration Area
Start / Finish Line

 
 





FROM RANY TAN PHOTO


Fuhh menarik tak? Terbeakkkk!! Nak lagi.............. Ada tak teringin nak join !! Kalau nak join usha-usha la website MAD WARRIOR.. Bye... rest time is over ! Back to gym....