Cosmoderm

cosmoderm

Friday, May 5, 2017

Jam F&A Qiblat Sensor untuk kaki travel

Sebelum aku terbang ke Perth, ada member cakap, kat sana susah nak cari tempat solat. Aku ada terfikir gak, kat sana bukan negara Islam jadi mungkin tempat-tempat beribadah untuk orang islam agak terhad. Risau gak nak solat macam mana. Aku tanya member aku yang kaki travel tu. Pergi Korea, Jepun, jelajah Eropah rileks je..  Aku tanya macam mana dia solat. Terus dia tunjuk kat aku jam dia. Mula-mula ingatkan apahal plak nak tunjuk jam, rupanya jam qiblat. Lorrr canggihnya.. 
Lepas tu dia suruh aku google website jam kiblat tu. Buka-buka je website terus berkenan... Sambar terus sebiji. Korang yang kaki travel ni patut ada jam ni. 

Antara kelebihan jam F&A Qiblat Sensor ni.
  • Teknologi QIBLAT SENSOR yang pertama di Malaysia. Korang hanya perlu tekan QIBLAT SENSOR, dan jam ini akan menunjukan arah kiblat secara automatic ‘LIVE’ seperti digital compass.
  • Arah kiblat 3x lebih tepat dari compass biasa. Ketepatan menggunakan GPS coordinate sebagai asas lokasi menjadikan ia tepat dan yakin arah solat korang. Diuji khas dengan alat piawaian Mufti Negeri.
  • Waktu Solat automatik di bandar utama seluruh dunia. Di programkan khas lebih dari 1000 bandar utama. 
  • Satu satunya jam di dunia ini yang mempunyai kelebihan mampu mengukir nama sendiri. Jadikan keunikan jam ini sebagai identiti diri anda.
Lawa pun lawa jam ni. (9.45pagi waktu nak berlepas ke Perth)

Okeh ni pengalaman aku, sepanjang 5 hari di Perth, Australia, aku sedar betapa pentingnya penunjuk arah kiblat. Kat Perth memang agak susah nak cari Masjid atau Surau yang berdekatan kalau nak solat. Kalau kat apartment, solat dalam bilik je. Tapi kalau kat luar macam mana ? Aku tau zaman sekarang ni dah ada banyak qiblat apps yang kita boleh download kat smartphone tapi kalau smartphone bateri abis, atau tiada network coverage macam mana kita nak tentukan arah kiblat. Takkan nak solat ikut arah naluri je. 

Lebih mencabar bila time rombongan pergi ke tempat-tempat menarik di Perth. Ada tempat-tempat yang agak jauh dari bandar Perth. Contohnya kami ke Moore River, Lancelin Sand Dunes dan The Pinnacles View.. Lokasi sekitar 200km dari bandar Perth.. Bukan ada tempat solat pun. Macam mana nak solat ? Kena bentang tikar la jawabnya. Arah Kiblat ?


Nahhh berbaloi aku bawa jam ni. Kawasan berhenti rehat makan tengahari sekitar Lancelin sebelum meneruskan perjalanan menuju ke Moore River dan Lancelin Sand Dunes. Tiada Mussollah di sekitar kawasan. Bentang sejadah dah boleh solat. 

Hanya setting negara dan city. Pastu tekan button qiblat. Automatik terus tunjuk arah kiblat. Wow ! Memang kena ada la jam ni untuk travel. Tak kisah la pergi memana pun. Senang bawa, macam kita pakai jam tangan biasa. Kita tau la jangka hayat jam ni kan lama. Tak perlu cas macam telepon.  
F&A Qiblat Sensor Watch di Blue House Swan Rive, Perth Australia

Alhamdulillah, mudahnya dengan ada jam ni. Pada pendapat aku la kan, tak semestinya kalau pergi ke luar negara pakai je jam ni, dalam negara pun sangat sesuai. Lagi-lagi kalau pergi ke pulau-pulau, nak cari tempat solat pun susah kann.. Apa kata korang usha dulu jam ni, boleh baca maklumat lanjut dan check review kat : 


Instagram : @QiblatSensor

Ada banyak model dan design lain-lain..

"Bercutilah dengan hati yang tenang. Bagai Cintaku tertinggal di bumi Perth, setiap hari di sana aku mengingatimu..."

Kalau rajin, korang boleh baca : Persiapan dan persediaan aku sebelum pergi bercuti ke Perth.

3 comments:

  1. Smart jam ni. Ada banyak design ke?

    ReplyDelete
  2. haishhh..
    macam wajib pakai jer jam nie..
    snang [ulak tgk tentukan kiblat.

    ReplyDelete