Monday, May 29, 2017

Tak puas bermanja dengan Kanggaroo di Caversham Wildlife Park, Perth Australia

Hari ketiga di Perth, Australia bersama dengan Ayden Averroes Travel. Jadual hari ni padat weh.. Hari ni kami akan ke beberapa tempat menarik dan tempat-tempat bersejarah di sekitar Perth. Seawal 8.30 pagi dah terpacak depan aparment, destinasi pertama kami hari ni menuju ke Caversham Wildlife Park, Perth Australia. Tempat apa ni ? Senang cakap Caversham macam zoo la. Caversham ni antara tempat menarik yang wajib pergi kalau ke Perth. Kat sini la korang akan jumpa kanggaroo, koala, wombats dan lain-lain.. 

Terletak kira-kira 20km dari apartment tempat kami tinggal. Setengah jam perjalanan naik bas. Tak jauh pun. Tapi kena ingat, nak masuk ke dalam ni kena bayar sendiri tau.. Takde dalam pakej Ayden.. Harga tiket masuk ke Caversham Wildlife Park ni 28Aud bersamaan dengan $$ Ringgit Malaysia, convert sendiri haha.. 
Caversham Wildlife Park, Perth Australia

Kalau ikut trip ni, biasanya akan ada zoo guide yang follow. Jadi lokasi pertama, kami di bawa tengok koala dulu...Jom.. 
Meet the Koalas !
Caversham Wildlife Park, Perth Australia
Caversham Wildlife Park, Perth Australia
Caversham Wildlife Park, Perth Australia
Caversham Wildlife Park, Perth Australia
Haa sebelum jumpa koala wajib cuci tangan dulu dengan hand sanitizer . Amboi Koala ni, sensitifnya.. Nanti kalau ramai-ramai pegang takut kena jangkitan eh ? Apa motif eh, lupa nak tanya. Kalau ikut logik, ramai orang akan pegang koala ni nanti, jadi tak nak la ada kuman-kuman tersebar. 
Caversham Wildlife Park, Perth Australia
Lagi satu nak pesan, kena datang awal-awal ke sini. Orang ramai, kena berbaris panjang la jawabnya nak jumpa koala. Kalah retiss bhaahahaha... Sebahagian dari pelancong atau pelawat yang berbaris kat belakang-belakang kami. Rezeki kami sampai awal ! Maka berjumpa la dengan koala ni. Say 'Hii'... 
Caversham Wildlife Park, Perth Australia
Ala jumpa sekejap je, lepas possing ambik gambar, dah. Kejap beno, tak sempat nak manja-manja...
Caversham Wildlife Park, Perth Australia
Ini la dia gerangan spesis Koala. Salah satu hidupan liar atau haiwan yang terkenal di Australia. Sedikit fakta tentang Koala ni. Hobi dia mentido je. 20 jam untuk tido saja, 4 jam bangun untuk makan. Huh.. 

Okeh lepas jumpa koala kami pergi tengok wombats dan kawan-kawan. Pebenda la wombats. Mula-mula aku ingat kelawar, pasal ada bat-bat kat selakang tu..
Wombats and the gangs !
Caversham Wildlife Park, Perth Australia




Caversham Wildlife Park, Perth Australia
Caversham Wildlife Park, Perth Australia
Ini la dia Wombats ! Sejenis marsupial Australia. Berkaki pendek, dengar kata saudara kepada koala.. Yeker.. Google cakap, bukan aku cakap. 

Okeh sekitar dalam hall ni. Ada bettongs ?
Caversham Wildlife Park, Perth Australia
Caversham Wildlife Park, Perth Australia
Caversham Wildlife Park, Perth Australia
Caversham Wildlife Park, Perth Australia
Ular pun ada
Caversham Wildlife Park, Perth Australia
Burung Helang
Caversham Wildlife Park, Perth Australia
Burung Hantu
Macam-macam lagi spesis burung, dan haiwan yang terkenal di Australia. Tak sempat nak ambik gambar pasal abis masa berbaris nak photoshoot dengan wombats.. 

Okeh yang dinanti-nanti baru berkunjung tiba... 
Meet the Kanggarooooo !!
Caversham Wildlife Park, Perth Australia
Caversham Wildlife Park, Perth Australia
Sekitar kawasan riadah bersama kanggaroo.. Jinak-jinak kanggaroo kat sini. Boleh food feeding lagi...
Caversham Wildlife Park, Perth Australia
Caversham Wildlife Park, Perth Australia
Caversham Wildlife Park, Perth Australia
Caversham Wildlife Park, Perth Australia
Caversham Wildlife Park, Perth Australia

Datang ke Australia, kalau tak jumpa kanggaroo macam tak sah. Jadi aku tak sia-siakan peluang, ni la sweet moment aku feeding kanggaroo. Jinak wehhhh. rileks je dok sebelah aku. Baru nak ajak tinju, tak jadi. 

Ni gambar kenang-kenangan bersama dengan pelancong dari Malaysia.. hehehe 
Caversham Wildlife Park, Perth Australia
Caversham Wildlife Park, Perth Australia
Elok plak kanggaroo dok tengah-tengah. Aku syak kanggaroo ni dah diajar untuk possing. Haha.. Kalau takut-takut nanti tak dapat makanan..

Last but not least.. 
The FARM SHOW !! 
Caversham Wildlife Park, Perth Australia
Kat Caversham Wildlife Park pun ada show atau pertunjukan untuk tatapan pelancong. Kat sini panggil "The Farm Show" jadi korang jangan termiss pertunjukkan ni. Waktu pertunjukkan The Farm Show ialah jam 10.00 pagi, 12.00 tengahari, 1.00 petang dan 3.00 petang.
Kami tengok show yang pukul 10.00 pagi. Dan apa yang menarik perhatian aku di The Farm Show ni, ada pertunjukan bagaimana anjing mengawal biri-biri, cara-cara nak shave biri-biri untuk dapatkan bulu dan lain-lain.. Selalu kita tengok burung-burung buat show, kali ni totally lain dari yang lain. 
Caversham Wildlife Park, Perth Australia
Aku share sikit video aku rakam masa kat The Farm Show. Aku dah upload dalam youtube.. Zaassss layann...
[Youtube] How Sheep Shearing for Wool Demonstration | Caversham Wildlife Park, Australia
"Time's up mike, need to go other place".. 
Fuhhh masa sangat mencemburui betul la. Aku syorkan trip ke Caversham ni dipanjangkan sikit. Tak puas la main-main dengan Kanggaroo... Haha.. Apapun, begitulah kisahnya di Caversham Wildlife Park. Seterusnya kami ke tempat-tempat menarik dan bersejarah sekitar Fremantle Australia

7 comments:

  1. asal mcm somthing je pic dgn Wombats hahaha

    ReplyDelete
  2. Giler gempak.... tggu 1 fine day aku pun nak bergmbar selfie dgn kanggaroo...

    ReplyDelete
  3. seronoknya dapat jumpa koala, kangaroo

    ReplyDelete
  4. sama macam ujang la koala tu hahahah

    ReplyDelete
  5. comel la koala tu..rasa nak peluk-peluk. takut pula dengan kangaroo tu, takut kena boxing
    JanjiKita

    ReplyDelete