Cosmoderm

cosmoderm

Monday, May 1, 2017

Persediaan Percutian 5 Hari 4 Malam ke Perth Australia

Alhamdulillah tercapai impian aku melancong keluar negara atas tiket blogger. Terima kasih Ben Ashaari bagi peluang dan kepercayaan kepada aku dan Ujang untuk trip kembarakbba9 ni. Terima kasih Cosmoderm dan Ayden Averroes Travel menaja percutian ni. Memang satu pengalaman yang tak mungkin akan dilupakan. 
Terlebih dahulu aku nak share sikit persediaan aku sebelum travel 5H4M ke Perth Australia walaupun sebenarnya excited nak story pengalaman kat sana. Persediaan awal memang penting, lagipun aku tiada pengalaman pergi melancong jauh-jauh ni. Nubies la kiranya. Yang biasa travel tu mungkin dah ada pengalaman masing-masing. 

Passport
Pertama sekali kena ada passport. Kalau belum ada passport,pergi imigresen buat. RM200 untuk 5 tahun. Yang dah ada passport pastikan passport belum expire sekurang-kurang 6 bulan sebelum tarikh flight. Semak blacklist imigresen korang dulu, risau disekat untuk ke luar negara. 

Untuk Pakej Murah 5 Hari 4 Malam ke Perth Australia yang ditawarkan oleh Ayden Averroes Travel berharga RM1999 adalah termasuk tiket penerbangan dan tempat penginapan. Pakej yang ditawarkan ni antara yang pakej percutian termurah. Makan, minum, luggage atau tiket masuk satu-satu tempat lawatan kat sana nanti tidak termasuk dalam pakej. Jadi kena sediakan duit poket sikit. Urusan tiket dan visa akan diuruskan pihak Ayden Averroes Travel. Datang bawa luggage je pergi airport. 

Pakaian dan beg (termasuk yang aku pakai hari pertama)
Aku bawa 5 helai baju, 2 seluar jean dan 1 sluar jogger, kasut, stoking, kain pelikat dan sejadah kecil. Aku juga bawa beg galas kecil untuk berjalan-jalan kat sana nanti. 1 Beg sling untuk memudahkan aku letak passport, powerbank dan charger. Memandangkan suhu kat Perth Australia cecah 9 C aku syorkan korang bawa jaket atau sweater. Selipar kalau nak bawa pun boleh. 
Untuk personal care aku bawa Cosmoderm Travel Set. Ada 3 dalam 1 set. 
Advance Moisture Therapy Cream,
Vitamin E Cream, dan
Tea Tree Oil - Magic Body Lotion.
Memang sangat sesuai untuk travel, ringan dan mengikut syarat piawaian barangan boleh bawa. 
Travel Wifi
Sebagai blogger atau pengguna aktif media sosial, aku kena fikir macam mana nak dapatkan internet. Aku nak LIVE UPDATE dari lokasi kat Perth nanti. Jadi aku pilih untuk sewa poket wifi sepanjang di Perth nanti. Wifi Router Rental Travel Recommends
Jam Kiblat
Melancong-melancong gak, kewajipan jangan lupa pulak. Nak travel ke luar negara ni kita tak tau Islam mereka macam mana. Hotel-hotel atau tempat dilawati tu ada tempat solat atau tidak. Kalau tiada masjid atau surau memang susah nak cari arah kiblat. Jadi aku bawa jam kiblat, F&A Qiblat Sensor Watch. Aku hanya perlu set Negara & Bandar tempat aku pergi nanti. Memang berbaloii. Boleh baca Jam F&A Qiblat Sensor harus ada untuk kaki travel !

Bekalan makanan
Memandangkan aku pergi ke Perth, Australia, aku check harga makanan kat sana agak mahal dan susah nak dapatkan makanan halal jadi aku bawa sedikit bekalan. Nak bawa makanan ni kena declare. Paling senang bawa maggi dan roti gardenia. Kalau beli luggage boleh bawa makanan lebih sikit. Kalau hand luggage ni maksimum berat beg hanya 7kg je boleh bawa masuk. Jangan sampai terlebih kalau kantoi tu kena bayar RM200 tuuuu. Untuk travel ni aku beli luggage balik sahaja. RM110 untuk 20kg. Biasa balik beg akan lebih berat. 
Ni contoh declaration makanan. Kalau makan dalam tin kena google makanan yang boleh bawa dengan yang tak boleh bawa. Imigresen dan kastam Australia ni ketat sikit. Kang bawa sia-sia kena rampas. 

Gadjet dan peralatan elektronik
Untuk tangkap gambar selain dari smartphone, aku syorkan bawa kamera. Tak mampu camera dslr, camera compaq pun jadi la. Takde camera, kena ada dua smartphone (sebagai backup). Sedih oo pergi jauh-jauh pastu tak dapat ambik gambar. Powerbank jangan lupa ! Susah nak cari tempat cas telepon ni. Pastu international plug jangan lupa, charger telepon dan charger camera. Elok ada sendiri punya, jangan pinjam kawan punya. Dia pun nak guna gak.

Agak-agak ada lagi tak yang missing. Aku rasa tu je kot, persediaan percutian sebelum aku ke Perth, Australia. 

Di hari penerbangan
Kena ada kat airport sekurang-kurangnya 3 jam sebelum flight. Memudahkan urusan check in, drop baggage, imigresen dan kastam. Berkumpul dengan tour guide masing-masing, ada group whatapps nanti jangan risau. Kalau ikut arahan, semua akan berjalan dengan lancar. 
Dah lepas semuanya, tiba masa untuk terbanggg......

Oh ya.. urusan pembelian luggage dan meal boleh terus dengan Ayden Averroes Travel. 
Meal nanti, better order terus dengan travel agensi (order online) dari beli dalam flight. Lebih murah dan jimat. Perjalanan ke Perth ambik masa 5 ke 5 jam setengah jadi silalah order makanan. Nanti kelaparan. 
Aku order Nasi kerabu !! YAY.. makanan orang mana ni ? 😍😍 

Flight berlepas jam 9.50 pagi waktu Malaysia. Menanti ketibaan dengan penuh debaran. Tak pernah lagi naik flight lama-lama gini. Nak tidur ke berjaga ? Akhirnya, ketibaan di Bumi Perth Australia.


**waktu Malaysia dan Australia sama saja cuma Australia gelap awal. 5.50 petang dah Maghrib.

7 comments:

  1. Good tips. Nak bawa roti & meggi gak lah nnt..

    ReplyDelete
  2. Fuhh untung dapat pi Australia...

    ReplyDelete
  3. bagus gak entry ko ni... good tips... mmg membantu org yg 1st time travel...

    ReplyDelete
  4. Wahh smpai perth dahh. Oh ye baru tau sana makanan susah sikit. Thanks for tipss naa

    ReplyDelete
  5. Ns kerabu makanan orangggggggggg........

    ReplyDelete