Cosmoderm

cosmoderm

Sunday, May 7, 2017

Menikmati pemandangan Perth City dari atas bukit Kings Park and Botanic Garden

Hari kedua di Perth Australia, terasa macam hari pertama sebenarnya sebab hari pertama tak terasa sangat, flight day dan urusan penginapan. Terasa masa begitu cepat. Flight ambik masa 5 jam lebih, setel imigresan dan kastam. Sampai apatment dekat pukul 5 petang. Kalau nak tau waktu di Perth sama saja dengan waktu tempatan di Malaysia cuma kat sini gelap awal. Pukul 5.50 petang dah maghrib. Tu yang tak terasa hari pertama di Perth. Haha.. 

Hari kedua ni seawal jam 7 pagi rombongan kami akan ke 4 lokasi berbeza dan 3 darinya berada di luar bandar Perth City, jarak perjalanan dianggar lebih 200km.. Jauh tak ? Digalakkan membawa bekalan makanan sendiri (tapau). Breakfast siap-siap kat aparment.

1. Kings park and Botanic Garden, Perth Australia

Singgah sebentar di sini untuk menikmati pemandangan indah bumi Perth dari atas bukit. Suhu pagi ni sekitar 9-11 Celsius. Sejukkkk. Dari atas bukit ni korang boleh nampak bandar Perth dan Swan River. Kalau datang ke Perth wajib singgah sini. Antara tempat-tempat mesti pergi. View memang cantik giler. Terasa pergi obersea hehe...


War State Memorial
Selain dari pemandangan yang cantik, kat atas ni ada tugu peringatan, State War Memorial. 

Tugu peringatan sempena memperingati nama-nama semua anggota perkhidmatan lelaki dan wanita yang didaftarkan dalam Australia Barat yang terkorban dalam Perang Boer, Perang Dunia I, Perang Dunia II, Perang Korea atau Vietnam. Termasuk beberapa nama-nama kakitangan perkhidmatan yang meninggal dunia di Iraq dan Afghanistan juga telah tertulis kat tugu ni.


Botanic Garden Western Australia
Taman Botani seluas 18 hektar dan mempunyai 2000 spesis flora. Tempat ni dorang panggil Taman Botani Australia Barat
Memang sangat cantik tempat ni. Udara bersih dan nyaman.Tapi sedihh tak dapat singgah lama kat sini, sekejap saja. Sebab nak mulakan perjalanan jauh ke lokasi seterusnya. 
Gambar kenang-kenangan bersama rombongan di Western Australian Botanic Garden. Kredit gambar pada tuan punya gambar ya..

Seterusnya kami ke Moore River atau Guilderton Caravan Park. Lokasi sejauh 100km dari Perth City. Dan ada keajaiban di Moore River. Tunggu... 

Sambil-sambil tu boleh baca Pakej Percutian yang aku pilih.

3 comments: