Tuesday, May 2, 2017

Pocket Wifi Travel Recommends memang berbaloi di Perth Australia

Sebagai blogger atau pengguna aktif media sosial, aku kena fikir macam mana nak dapatkan internet. Aku nak LIVE UPDATE dari lokasi kat Perth nanti. Jadi aku pilih untuk sewa pocket wifi sepanjang 5 hari (26-30 April 2017) di Perth nanti. Aku pilih Wifi Router Rental dengan Travel Recommends

 Pocket WiFi (Overseas WiFi Router)


Aku book dalam website Travel Recommends . Maklumat dan harga pakej yang ditawarkan semua ada dalam website. Tengah promosi pulak tu. 
Untuk ke Australia, kadar sewa wifi router ni RM26.00 sehari. Dan yang menariknya untuk ke Australia dapat data unlimited. Wow best tak !! Pilih destinasi dan isi form bawah ni. Mudah sangat. 

Contoh form yang kena isi. Bila tarikh nak guna dan sampai bila nak guna. Book dan bayar serta deposit. Then delivery dan return method tu aku pilih self pickup / self drop off. Sebab alang-alang dah sampai klia2 boleh ambik dan pulang kat situ. Kecuali kalau balik tu turun kat airport lain, boleh la courier delivery. 
Haa aku self collect wifi router aku. Lokasi pickup di KLIA2 - Gateway@KLIA2, Level 2, Arrival Hall, L2-73A Tune Store. Store ni buka 24 jam, jangan risau ambil awal ke lambat ke.. Tunjuk je booking nombor. Nanti dia bagi beg macam kat bawah ni.
Dalam beg dibekalkan wifi router, international plug dan cable charger. Nak aktifkan wifi ?Tunggu dah sampai lokasi travel nanti dia automatik aktif. Tak perlu setting apa-apa, cuma on kan saja dan connect wifi dengan smartphone macam biasa. Pocket wifi ni kecik je, lebih kurang besar powerbank je, so nak bawa ke mana-mana memang senang. 

Signal sampai 4G memang puas hati la.. Internet ada sepanjang masa cuma kalau melalui kawasan highway yang jauh dari bandar tu ada la terputus-putus sekejap. Itu aku rasa normal. Tapi setakat ni sekitar kawasan tempat-tempat favourite yang aku pergi ni ada coverage. Boleh aku buat LIVE UPDATE.  
The Pinnacles Views, Perth Australia
Moore River, Perth Australia
5 hari di Perth, aku puas hati dengan Poket wifi Travel Recommends. Siang malam internet ada. Nak whatapps video call pun boleh.. 

Yang nak travel lepas ni, korang boleh usha-usha details kat bawah ni. Setiap destinasi berlainan ada quota berlainan dan harga promosi pun berbeza. Mungkin lagi murah ! Okeh dah settle guna nanti return tempat yang sama masa ambil. Kena jaga elok-elok router ni, jangan sampai rosak nanti kena telan duit deposit. Hehe.. 

Lokasi pick up dan return : KLIA2 - Gateway@KLIA2, Level 2, Arrival Hall, L2-73A Tune Store
Store Operation : 24 jam


6 comments:

  1. Dulu aku ingtkan kalau travel negara org kena beli sim sana... rupanya ade gak sewa gini... senang... sebab nak roaming sim sendiri kat sana confirm mahal tu...

    ReplyDelete
  2. ok! terjah website sekarang juga hehehhehehe

    ReplyDelete
  3. memang menarik, sewa pun nampak murah

    ReplyDelete
  4. Okeh masuk list utk nak travel oversea nnt hehe

    ReplyDelete
  5. Yes, I did find the lounge with the Free WiFi access using the site. I was happily surfing the web and killing time for Free! Kudos to the Cathy Pacific people for providing the Free WiFi signal from their lounge in the Bangkok Airport.read more

    ReplyDelete