Tuesday, November 21, 2017

Home of the Swan Bells, The Bell Tower icon Perth Australia

Belum habis lagi cerita Australia aku ni. Layankan je la. Home of the Swan Bells, The Bell Tower, Perth Australia terletak di Riverside Drive yang menghadap Swan River. Bell Tower ni merupakan salah satu tempat yang paling unik untuk dikunjungi di Perth. Satu daya tarikan untuk pelancong-pelancong yang melancong ke Perth. Penuh bersejarah serta reka bentuk yang unik dan tersendiri. Hasil daripada seni bina utama, The Bell Tower telah menjadi ikon untuk Perth dan Australia Barat.
Aku tak pasti tentang sejarah-sejarah dorang ni. Ada gak baca tapi terlalu complicated sikit nak faham. Haha so aku abaikan jela. Kalau datang ke Perth kena singgah sini. Cantik sangat tempat ni. 
Love Locks
Aku yakin ramai yang tau alkisah love locks ni.. Tulis nama pada mangga lepas tu gantung kat rantai tu.. buat kenangan sudah, tak yah percaya benda lain.. 
Dibuka setiap hari bermula jam 10 pagi waktu tempatan Perth. 
Ini yang dapat aku snap dalam galeri The Bell Tower. 

Bukti aku dah sampai sini. buku Visitors lagi. 
Souvenir Gold Coins
Aku dah dapatkan sebiji untuk kenangan. Murah je, Aud$2.00 sebiji. 


Cantik kan pemandangan sini. Kalau malam-malam lagi warna warni sini. Tapi kamera tak berapa nak dapat capture moment malam-malam. Jadi tak cun, noice tinggi. Okeh lepas jalan-jalan sini, korang jalan di sekeliling Bell Tower ni, sekitar Swan River. Korang boleh nampak cityscape yang bandar Perth. Tak tau apa lagi nak citer.. Haha bandar bersih, cantik dan tenang. 

Lepas bersiar-siar dalam bandar Perth korang boleh pergi menikmati keindahan luar bandar Perth pulak. Meluncur pasir di Lancelin Sand Dunce dan melihat keunikan alam di Moore River dan The Pinnacle View.. Perjalanan untuk 3 tempat ni ambil masa sehari gak tapi apadahal nama pun melancong. 

1 comment:

  1. Look like you have spent quality time in Perth. Thanks for sharing informative post and crispy clicks. Truly, this post will guide to new traveler!

    ReplyDelete