Showing posts with label NBOS. Show all posts
Showing posts with label NBOS. Show all posts

Monday, February 26, 2018

Pertandingan Foto Dan Video Pendek KEMPEN #SAYANGMALAYSIA | Promosi PELANCONGAN Negara Tahun 2018

PUTRAJAYA, 23 Februari 2018 - Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (KPK) meneruskan Pertandingan Foto dan Video Pendek di media sosial dengan subtema kedua iaitu #MyDestination mulai 1 Mac hingga 30 April 2018. 

Orang ramai yang berminat untuk menyertai pertandingan ini perlu menghantar foto atau video pendek kreatif berkaitan keunikan dan kepelbagaian lokasi-lokasi /tempat-tempat percutian yang menarik atau lokasi yang kurang diketahui umum menerusi platform media sosial iaitu Facebook, Twitter dan Instagram.

Bagi menyertai Pertandingan Video Pendek, orang ramai perlu memuatnaik video pendek berdurasi antara 30 hingga 60 saat di media sosial dengan hashtag #SayangMalaysia berserta hashtag #MyDestination. 
Pertandingan ini menawarkan pelbagai hadiah menarik bagi tempat pertama hingga ketiga dan 5 hadiah saguhati. Antara hadiah yang disediakan berupa tiket penginapan percuma di destinasi popular terpilih dalam negara, tiket percuma taman tema terkenal, baucer beli belah di pusat beli belah terkenal dan banyak lagi. 

Pertandingan ini dianjurkan bersempena Kempen Media Sosial #SayangMalaysia oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia di dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi utama pelancongan dan kebudayaan yang terkemuka serta menggalakkan penyertaan pelancong domestik dan luar negara menggunakan media sosial untuk berkongsi detik indah dan keunikan semasa mereka berada Malaysia. 

Sepanjang tempoh Kempen Media Sosial #SayangMalaysia ini, orang ramai berpeluang menyertai enam pertandingan foto dan video pendek sepanjang tahun 2018 dengan memperkenalkan tiga (3) subtema baru iaitu #MyShopping bagi Julai hingga Ogos, #MyHeritage mulai September hingga Oktober.dan #MyKampung bagi November hingga Disember. Berikut adalah subtema bagi setiap pertandingan berkenaan: 

i. #MyCuisine - Januari hingga Februari 
ii. #MyDestination - Mac hingga April 
iii. #MyCulture - Mei hingga Jun 
iv. #MyShopping - Julai hingga Ogos 
v. #MyHeritage - September hingga Oktober 
vi. #MyKampung - November hingga Disember 

Maklumat lanjut berkaitan pertandingan ini boleh didapati di laman web rasmi Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia iaitu www.motac.gov.my/sayangmalaysia

Kempen Media Sosial #SayangMalaysia merupakan inisiatif lautan biru kebangsaan (NBOS) antara Jabatan/Agensi kerajaan dan pihak swasta. 

Sunday, January 19, 2014

Railway Tourism | Konsep Pakej Pelancongan Pertama di Malaysia

 
Tahun 2014 merupakan Tahun Melawat Malaysia. Pelbagai program-program telah dirancang bagi menyambut tamu dari serata dunia merasai serta melihat keindahan, kesenian dan kebudayaan yang terdapat di Malaysia. Juga merupakan program National Blue Ocean Strategies(NBOS). Antara pihak yang bertanggungjawab mengemudi Tahun Melawat Malaysia 2014 ni semesti Kementerian Perlancongan dan Kebudayaan Malaysia di bawah pimpinan Menteri Perlancongan dan Kebudayaan Malaysia YB Dato' Seri Mohamed Nazri Bin Tan Sri Abd Aziz. Sinonimnya kita sering mendengar melancong je mesti menaiki kapal terbang atau pengangkutan darat seperti menaiki kereta atau bas. Jadi aku nak share kelainan pengalaman aku melancong menaiki keretapi.

Railway Tourism Packages Brochure
Pada 10 Januari 2014, berlangsung pelancaran program Pakej perlancongan berkoncepkan melancong menggunakan keretapi (Railway Tour) dan juga merupakan konsep pakej yang pertama dalam Malaysia. Agensi yang terlibat melaksanakan program ini ialah Railway Tourism Assosiation Malaysia (RTAM) dan juga Keretapi Tanah Melayu Berhad
Pelancaran yang berlangsung di KL Sentral disempurnakan oleh Menteri Perlancongan dan Kebudayaan Malaysia dan disaksikan oleh Pengerusi RTAM, Puan Khadijah Abd Rahman. Pelancaran turut dihadiri oleh kumpulan media-media, blogger, pelancong dan ramai lagi.

Electric Train Service -ETS
Program Railway Tour ini dimulakan dengan pakej Homestay di sekitar Perak Darul Ridzuan, iaitu Homestay Kg. Beng, Homestay Gopeng dan Homestay Bukit Gantang. Perjalanan dari KL Sentral menaiki ETS atau Electric Train Service yang dimiliki sepenuhnya oleh KTMB. ETS memiliki kelajuan maksimum sehingga 140 km/j dan mengambil masa lebih kurang 2 jam untuk sampai ke Terminal Ipoh dari KL Sentral. ETS dilengakapi dengan cafe, tempat duduk yang selesa dengan ruang tempat letak barang yang luas, plug pin untuk charging, juga dilengkapi dengan tandas separa automatik dan yang paling utama ETS juga ada pramugara dan pramugari. Untuk maklumat lanjut boleh layari www.ktm.com.my atau klik untuk semak ETS Train Timetable
 
Inilah kami sebagai blogger yang tidak sabar-sabar untuk beraksi dalam program Homestay ni. Bersedia untuk merasai pengalaman menaiki ETS sampai ke Ipoh seterusnya ke Homestay. Menteri YB Dato' Seri sendiri turut menaiki ETS. Pengalaman menaiki train bersama menteri tidak mungkin dapat dilupakan. Bukan senang nak jumpa menteri naik train.

Sidang media bersama Menteri Perlancongan dan Kebudayaan Malaysia di Terminal IPOH
Setiba di Terminal Ipoh, sidang media diaadakan. Ucapan sendiri oleh YB Dato' Seri Mohamed Nazri Bin Tan Sri Abd Aziz.

Majlis Perasmian Brosur Pakej Perlancongan Keretapi Peringkat Negeri Perak
Selepas persidangan dibuat, Dato' Seri terus ke Majlis Perasmian Brosur Pakej Perlancongan Keretapi Peringkat Negeri Perak bagi menyempurnakan progam tersebut.

Selesai program perasmian, program ini turut dimeriahkan dengan konsert dari artis undangan seperti Mus May, Najwa Latif, Ronnie Hyper Act dan lain-lain. Kira-kira jam 11 malam kami semua menaiki bas dan bersedia bertolak ke lokasi Homestay.

Okeh nanti aku cerita pengalaman di Homestay Kg. Beng. Apapun korang boleh baca juga
 pengalaman perjalanan ke Homestay Kg. Beng