Friday, September 14, 2012

Rezeki Bulan Syawal

Alhamdulillah dua hari lepas 12 September 2012, anak aku dan geng-gengnya (Tadika KEMAS Jalan Dato Onn) menjadi johan pertandingan nasyid. Pertandingan ini diadakan Sempena Hari Potensi Tabika Kanak kanak KEMAS Peringkat Wilayah di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Actually macam-macam ada selain pertandingan nasyid ada pertandingan tilawah, bercerita, tarian, pidato dan lain-lain. Ini merupakan saringan terakhir untuk pemilihan mewakili wilayah ke peringat kebangsaan. Wakil negeri tu, jangan main-main oo.. So, aku fokus entri ni pada pertandingan nasyid sebab anak aku dan geng-geng dah jadi juara.. Kena bagi semangat la. Fyi, sebelum ni dorang dah buat dah saringan antara Tadika seluruh wilayah dalam mencari top 5 terbaik dalam 20 tadika yang mengambil bahagian. Memang tip top dorang ni. Dapat lah top 5.
So hari potensi ni kira kira final lawan antara 5 kumpulan terbaik ni. Jom tengok aksi-aksi mereka.
Tadika Jalan Dato Onn
Detik-detik penyampaian lagu nasyid. 2 buah lagu disampaikan iaitu lagu "Bahtera Noh" dan satu lagi aku tak sure tajuknya.. Berbakat, mantap dan berpotensi. Perrghh macam juri plak aku ni.
Antara penonton yang datang, kebanyakkan para ibu bapa, cikgu-cikgu dan urusetia. Juri Awam dari kumpulan nasyid Algebra.
Detik-detik penyampaian hadiah.Hadiah disampaikan oleh Ketua Pengarah KEMAS Malaysia

Tu dia siap ada main belon.. Hhahaha.. Dah macam menang anugerah bintang popular la pulak. Apapun, walau peringkat kanak-kanak tapi sungguh meriah. Sungguh berbakat semuanya. Oklah sekarang diharapkan dorang fokus pada pertandingan peringkat kebangsaan di terengganu november nanti. Bukan pada kumpulan nasyid ni je malah semua yang mewakili wilayah dalam semua pertandingan. Chayookk.. Tahniah and Good Luck.

6 comments:

  1. wah..meriahnya.. bagus..memberi semangat kepada anak-anak kecil untuk terus maju di masa hadapan.. :)

    tahniah kepada anak tuan blog.. :)

    ReplyDelete
  2. Terima kasih asyraf. InsyaAllah. Moga mereka lebih maju.

    ReplyDelete
  3. tahniah !! comel2 diorg semua dlm gmbr tu :)

    ReplyDelete