Wednesday, May 21, 2014

Filem Animasi SuperSquad | Bloggers Movie Day Out Meletop

Bloggers Movie Day Out 
Tayangan Perdana Khas Filem Animasi SuperSquad
Tarikh : 17 Mei 2014 (Sabtu)
Tempat : Cathay Cineplex, e@Curve Damansara
Jemputan dan Anjuran: Bro Framestone

Sabtu lepas aku tak melepaskan peluang join event menonton wayang bersama geng bloggers. Boleh bawak family pulak tu. Aku bawa Akif dan Aliah tengok wayang laju je dorang ni. Aku cakap kat anak-anak aku bukan main seronok lagi nak tengok wayang. Dapat jemputan khas dari blogger terkenal Bro Framestone - Top Blogger Malaysia. Malah Bro sendiri juga selaku penganjur Bloggers Movie Day Out ni. Ramai bloggers & parenting bloggers yang hadir. Memang meletop dan meriah..

 Filem Animasi SUPERSQUAD

Filem animasi pertama di Malaysia tu yang dihasilkan menggunakan 
teknik "Hybrid Motion-Capture"
.....dan Filem animasi SuperSquad adalah sebuah filem yang berdasarkan siri animasi 3D supertots yang memenangi anugerah animasi 3D terbaik di Anugerah NEF-AWANI. Dikendalikan dengan kerjasama sebuah syarikat animasi dan E-Learning NETCARBON SDN BHD yang telah bertapak lebih 10 tahun di Malaysia. Memang cukup banyak pengalaman.

Ok aku story sikit sinposis filem animasi SuperSquad ni :
Ia berkisarkan tentang ketabahan dan kecekalan sekumpulan 5 adiwira muda iaitu Kapten Danny, Elly, Alan, Sasha dan Blinq yang berjuang untuk mempertahankan negara dan planet Bumi daripada serangan armada makhluk asing serta menyelamatkan bapa mereka dari serangan tersebut. Sebuah filem epik 'action comedy' filem ini mengandungi babak peperangan di angkasa lepas, pertempuran di sebuah kampung, makhluk asing mendarat di bandaraya Kuala Lumpur, pertempuran sengit di ruang angkasa KLCC dan berbagai lagi. Mampukah adiwira ini mempertahankan negara dan planet BUMI?? 5 orang cukup ker?
Memang mendebarkan, kalau nak tahu bagaimana kisah dan kesudahan filem animasi ni korang datang ramai-ramai tonton kat pawagan pada 5 Jun 2014 nanti. Bawa anak-anak, adik beradik, abang, kakak semuanya. Serius Akif dan Aliah layan sampai habis. Siap dah cop watak masing-masing tu. Akif suka BlinQ, Aliah suka Elly... Ia jugak merupakan pembelajaran melalui animasi. Banyak pengajaran dan pembelajaran yang terdapat dalam filem animasi ni.

Kalau nak tahu lagi, 'voice over' dalam watak-watak animasi SuperSquad ni memang bukan calang-calang orangnya. Antara yang terlibat ialah pelakon terkenal Aaron Aziz (Laksamana Aaron), Diana Danielle (Elly), Dafi Sabri (Kapten Danny) dan lain-lain.

Jom tengok screenshot dari Filem Animasi SuperSquad ni
SuperSquad
Kapten Danny (Dafi Sabri)
Elly (Diana Danielle)

Alan (Marina Tan) watak adiwira yang bongsu
 Sasha (Elza Irdalynna)
 Blinq (Radhi Khalid)
 Laksamana Aaron (Aaron Aziz)

 Pertempuran di Bandaraya
Suasana di Kampung

Antara watak-watak makhluk asing dalam Filem ni
 Ratu (Maya Arissa)


 Antara gambar-gambar pembikinan dan rakaman VOICE OVER Filem Animasi SuperSquad



Diana Danielle dan Dafi tengah baca skrip
Diana Danielle dan Aaron Aziz merakamkan Voice Over
Fuhhh dengan gaya skali. Voice over animasi SuperSquad merupakan voice over animasi pertama dalam Karier Aaron Aziz.




Pengarah Filem Animasi SuperSquad, Mohd Rashdan Ramlee dan keluarga bergambar bersama Mascot SuperSquad Danny dan Elly. Minat yang mendalam terhadap siri kartun Supertot yang ditayangkan di televisyen mendorong ibu dan bapa Elly dan Danny menerbitkan filem animasi SuperSquad.
  Sekitar Bloggers Movie day out.... Ramai dan meriah

  Credit pic dari Blog Fana
 Gambar yang ramai-ramai ni tak dapat lagi...

Aku dan family jugak tidak melepaskan peluang bergambar dengan Mascot Danny dan Elly. Akif ni siap main dukung lagi. Lepas tu kan brapa kali nak salam ntah dengan maskot ni. Kejap jumpa je salam, asal jumpa je salam. Aku pulak menang contest intagram yang 
Bro Framestone buat. #SuperSquad #SayangiBroFramestone. Terbaek.

Terima kasih ke Bro Framestone kerana sudi menjemput dan bagi tiket percuma ke Tayangan Perdana Khas Filem Animasi SuperSquad. Terima kasih jugak kepada tuan dan puan pengarah yang sangat sporting. Semoga filem ini meletop-letop di pawagan nanti. 


Kepada korang kat luar sana jangan lepaskan peluang saksikan 
Filem Animasi SuperSquad pada 5 Jun 2014  
di pawagan-pawagan berdekatan. Kalau jauh tu pun pergi jugak. Bawa anak-anak serta keluarga ok. Jom tengok thriller Filem Animasi ni.

4 comments:

  1. Lama dah x tengok filem animasi di pawagam lagi-lagi filem animasi melayu. eh, mmg x pernah tgk lagi kot filem animasi melayu di pawagam. hehehe.. all the best buat Animasi Super Squad ! :D

    ReplyDelete
  2. Pehhh.. meriah... grafik pun cantik....

    ReplyDelete
  3. Terbaek punyaaaa !! dafi :)

    ReplyDelete
  4. Film animasi dapat ditemukan di koleksi aplikasi mobdro, streaming film langsung terbaru dapat diunduh di: Netflix Mod apk kindmodapk

    ReplyDelete